KONGSIKAN

‘Penyangak halal.’ Itulah yang diungkapkan oleh netizen mengenai isu dikenakan GST bagi mereka yang menunaikan Umrah.

Menurut Safuan Borhan dalam luahannya di laman sosial Facebook itu,

“IMAMS bukan dikendalikan oleh Motac, tetapi oleh sebuah syarikat swasta yang membuat cadangan kepada kementerian satu sistem yang boleh diguna pakai serentak dengan penguatkuasaan Lesen Khas Umrah (LKU).

Menerusi IMAMS, syarikat itu akan mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10, selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans), daripada setiap umat Islam Malaysia yang hendak mengerjakan umrah.

Berita ini sangat segar dalam ingatan aku,

Ketika aku bermusafir ke Alor Star baru ni, sahabat aku meluahkan perasaan mengenai sikap ‘penyangak halal’ yang di beri lesen oleh kerajaan. Akhirnya hari ini, telah di halalkan.

Semua syarikat pelancongan pengendali umrah yang dilesenkan LKU dan berstatus muasassah adalah diwajibkan mengguna pakai Sistem Pengurusan Maklumat Pemantauan Bersepadu IMAMS berkuat kuasa 15 Disember 2017.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10, selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans), daripada setiap umat Islam Malaysia yang hendak mengerjakan umrah.

Sedangkan, menurut sahabat aku, insurans sedia ada yang mereka guna jauh lebih baik untuk cover dari insurans yang mereka cas ini.

ATAS SEBAB APA MEREKA WAJIB DI KENAKAN INSURANS YANG DI KENDALIKAN IMAMS INI ?

Secara tidak lansung, sistem ini akan collect semua database company umrah yang lain. Mudah buat duit. Pihak uruskan ini adalah swasta yang telah di luluskan oleh kerajaan.

Pemegang lesen berstatus muasassah hendaklah memastikan semua maklumat jemaah dan butiran pakej jemaah dimasukkan ke dalam apa-apa kaedah yang diarahkan oleh pesuruhjaya dari semasa ke semasa.”

Luahannya lagi,

“APA TUJUAN SISTEM INI DI GUNA PAKAI ?

Makin hari, makin tersepit rakan rakan kita dalam bidang perniagaan. Ada sahaja cara mereka untuk ” cari duit tepi ” .

Banyak perkara yang kami bincangkan, Aku sendiri insyallah jika tiada aral melintang akan join umrah under company sahabat aku ni. Beliau juga buat tawaran untuk ajak rakan lain yang ingin buat umrah sekali. Jika ada yang berminat, boleh lah kita pergi sekali, bulan 3-4 . Kita gerak dalam satu group 20 orang. Muhammad Najib Nashir, Habibol Lotfie.”

Kesal dengan SISTEM IMAMS yang masih kabur ini.

Laman Web Rasmi IMAMS.

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here