Trip 5 Hari 4 Malam Ke Lombok Dengan Bajet RM550

Trip 5 Hari 4 Malam Ke Lombok Dengan Bajet RM550

Share Artikel

Itinerari ringkas ini dikongsikan boleh Mohd Shafiq Sabari yang telah bercuti di Lombok, Indonesia selama 5H4M. Ikuti perkongsian ini.


Hari 1

  • Penerbangan dari KL-Lombok, 4pm-7pm.
  • Makan malan di Nasi Balap Puyung Inak Esun
    • Ada 3 level tahap kepedasan Biasa, Sedang dan Pedas.
    • Bagi yang suka makan bedas, ambil yang sedang pun sudah memadai.
  • Check-in di Lombok Guest House, Mataram.

Hari 2

  • Sarapan pagi di tepi jalan.
    • Makan makanan tradisi orang Lombok iaitu Nasi Daun.
    • Nasi ini lebih kurang macam nasi lemak kita. Cuma mereka banyak gunakan kerisik dan tidak berkuah.
  • Taman Wisata Gunung Tunak
    • Tak ramai orang Malaysia yang sampai sini sebab jalannya yang azab dan kena jalan kaki agak jauh. Di sini ada satu menara tinjau yang sangat sangat tinggi.
    • Buat yang tak takut tinggi bolehlah panjat.
  • Makan tengah hari di Pantai Kuta. Menu Nasi Campur.
    • Pasirnya macam peluru pistol manik tembak cicak dan ada kisah misterinya di sebaliknya.
  • Pantai Tanjung Aan
    • Di sini ada buaian macam Gili Trawangan.
  • Bukit Meresse
    • The best spot untuk lepak petang sambil layan sunset dan buat penggambaran filem Hindustan dengan kawan kawann.
  • Makan malam menu Bakso Telur Puyuh
  • Check-in Lombok Guest House.

Hari 3

  • Sarapan pagi.
  • Check-out Lombok Guest House.
  • Bukit Malimbu, Bukit Melake, Villa Hantu.
    • Dekat Villa Hantu ada seorang photographer tak berbayar offer untuk ambil gambar kita. Nanti sedekahlah sikit bagi pada dia.
  • Sindang Gile, Tiu Kelep Waterfall.
    • Ada 2 level air terjun dan perlu redah hutan dan anak sungai, perlu naik turun tangga sekitar 30 minit.
    • Diwajibkan bawa air, makanan ringan siap-siap, ikut arahan local guide di sana.
  • Camping di atas bukit daerah Sembalun dengan suhu 17°C dan sangat-sangat berangin.
    • Alat-alat camping semua disediakan tapi perlu dipasangkan secara ramai ramai.
    • Mas Lalu Raffa Cooplism mas EL Febriza Soebhan siap tolong masak nasi lauk tempe goreng, ayam bakar, sambal goreng dan paling tiptop air kopi original sambil berkelah ramai-ramai pukul 2 pagi .

Hari 4

  • Bukit Selong, Sembalun Lombok.
    • Bangun pagi, sarapan pagi sambil sambil layan sunrise.
  • Snorkeling di Sambelia (Gili Bidara, Kondo, Petagan, Kapal).
  • Makan tengah hari menu Nasi Campur di gerai tepi jalan.
  • Pantai Pink.
    • Jalan offroad yg sangat sangat azab teruk dan tak digalakkan untuk siapa yang cepat mabuk kenderaan.
  • Makan malam di Lesehan Ayam Taliwang.
    • Jangan lupa cuba maknan pelecing kangkung di sini, sedap sangat-sangat!
  • Check-in di Selasar Hotel, Sengigi.

Day 5

  • Sarapan pagi dan checkout.
  • Banyumulek Kraf Tangan.
    • Pembuatan tembikar tanah liat .
  • Rumah Adat Sasak Sade.
    • Budaya, adat dan tradisi masyarakat Lombok .
  • Airport Transfer

Budget Travel Ke Lombok 5H4M

Untuk trip 5 hari 4 malam kos perbelanjaan untuk supir, local guide, parking fees, entrance fees, alat camping, dinner + sarapan pagi, hari camping, hanyalah RM450 seorang.

Untuk penginapan pula hanya RM100 seorang.

Jumlah perbelanjaan RM550 seorang tidak termasuk tiket flight, makan dan lain-lain.

P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open