Traveller Boleh Lakukan Penerbangan Terus Dari Korea Selatan Ke Johor Menjelang 2018

Traveller Boleh Lakukan Penerbangan Terus Dari Korea Selatan Ke Johor Menjelang 2018

Share Artikel
Sumber gambar The Star Online.

Artikel ini dikongsikan oleh Majalah Libur yang sumber asalnya diperolehi daripada The Online Star.

Menurut berita.

Penerbangan terus dari Incheon, Korea Selatan ke Lapangan Antarabangsa Senai, Johor akan dilancarkan pada tahun depan kerana memenuhi permintaan tinggi.

Menurut Pengerusi Pelancongan, Jawantakuasa Perdagangan dan Consumer Domestic, Datuk Tee Siew Kiong.

Jin Air Co Ltd dari Korea Selatan akan memulakan penerbangan Korea Selatan ke Lapangan Antarabangsa Senai, Johor pada 2 Januari 2018. Kekerapan penerbangan 2 kali seminggu dengan kapasiti penerbngan 393 penumpang sekali penerbangan.

Katanya.

"Bulan Jun, syarikat penerbangan itu akan menambah ke empat penerbangan seminggu."

"Pada 2015, seramai 256,000 pelancong dari Korea Selatan melawat Johor dan sehingga Julai 2017, seramai 72,000 pelancong Korea Selatan datang melawat".

Kebanyakan mereka pelancong ini sangat cintakan pulau, pantai, dan golf, ketika negara mereka sedang musim sejuk.

Kerajaan negeri Johor gembira dengan usaha ini dan mahu menjadikan Johor sebagai negeri mesra pelancong Korea Selatan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Sumber gambar Google.
Pulau Mersing, Johor. - Sumber CARI Infornet.

Sebahagian inisiatif yang diambil termasuk terjemahan bahasa Korea pada website dan pamplet pelancongan dan juga kursus bahasa Korea bagi pengusaha industri pelancongan di Johor.

Ketika ini, Johor ada 11 penerbangan domestic ke seluruh Malaysia dan 7 penerbangan antarabangsa termasuk Bangkok, Ho Chi Minh, Jakarta, Surabaya, Guangzhou dan ke Macau dan Kolkata.

Lapangan terbang Senai menerima kenaikan pelancong dari 1.9 juta pada 2013 ke 2.8 juta pada 2016. Penerbangan antarabangsa juga meningkat 212% dari 138,000 pada 2013 ke 431,000 pada 2016.

Tahun depan meriah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan perkataan 'Annasayo', 'Oppa', dan macam-macam lagi.

Bangsa Johor jangan lupa share info ini! Terima kasih.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open