KONGSIKAN
Sumber gambar Google.

Artikel dan video ini dikongsikan oleh Nurul Azida bulan lepas baru sahaja pergi ke Taiwan, digelar The Heart of Asia.

Assalamualaikum & Haiiii!

Nak share serba sikit last month trip to Taiwan – The Heart of Asia.

Saya pergi 8D7N. Cover Southwest – Chiayi/Alishan, Tainan & Kaohsiung.

Itinerary:

Hari Pertama :

Flight landing di Kaohsiung dlm pukul 1 ptg. Dari airport ke railway station. Naik train ke Chiayi. Stay 2 mlm di Chiayi.

Hari Kedua :

Awal pagi ambik bas naik ke Alishan @ Gunung Ali. Jalan bengkang-bengkok selama 2 jam. Untuk yang tak tahan better prepare untuk motion sickness. Seharian di Alishan, naik forest railway, jalan dalam hutan cypress & relax di sister pond.

Hari Ketiga :

Pusing-pusing Chiayi. Sewa E-bike di Chiayi Station – rate 200NTD/day. E-bike ni ialah electric scooter, tak perlu lesen apa-apa. Cuma prepare passport untuk dia snap gambar. Petang, ambil train ke Tainan. Stay 2 malam di Tainan.

Hari Keempat :

Pusing-pusing Tainan. Naik public bus. Boleh naik bas no 88 & 99 yang memang cover tourist spot. Ataupun, guna google maps pilih option bas/train, then bolehla naik bas accordingly.

Hari Kelima :

Pusing-pusing Tainan lagi. This time, saya try public bicycle @ T-Bike – pusing2 area Anping. Petang, ambil train ke Kaohsiung. Stay 3 malam di Kaohsiung.

Hari Keenam :

Pusing-pusing Kaohsiung. Naik bas & public basikal (C-Bike). Malam naik Love River Cruise.

 

Hari Ketujuh :

Naik ferry ke Cijin Island. Sewa basikal, pusing-pusing pulau. Malam ke Ruifeng Night Market.

 

Hari Kelapan :

Hari balik. Flight dari Kaohsiung airport pukul 1.30pm.

 

Nota :

1. Beli simkad Taiwan di airport. 500NTD/7 days (~RM75) – unlimited data. Selepas 7 hari, ada extra 36hrs. Saya beli Chunghwa Telecom, reception sangat bagus. Kat atas gunung tiada masalah.

2. Restoran halal, ada..cuma tak banyak. Saya pernah post pasal tempat halal di Taiwan sebelum ni jadi boleh refer situ. Kat 7E pun agak susah nak cari yg halal. Jadi kalau nak jalan-jalan, boleh standby megi. Air panas senang nk dapat, especially kt public area.

3. Public transportation agak efficient. Especially train intercity. Pengalaman saya, train di Taiwan always full. Ramai yang berdiri. So, kalau nak selesa, better book siap-siap untuk secure seat.

4. Taiwan sama waktu dengan Malaysia, tak perlu adjust jam. Cuma kat sini cepat gelap dan cepat cerah. Pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 8 pagi di Malaysia. Pukul 6 petang pula, dah gelap. Jadi sila plan masa accordingly. Macam saya, book train tiket ETA dalam pukul 6 petang. 1st day sampai Chiayi dah gelap. Jadi agak susah sikit nak cari hotel. Lepas pengalaman tu, saya tukar train tiket (ke Tainan & ke Kaohsiung) supaya sampai sejam awal. Nak tukar tiket boleh buat di kaunter station. Cuma kalau tak silap, 1st pertukaran adalah FOC. 2nd time maybe ada charge.

5.️ Saya beli EasyCard. Deposit 100NTD & top-up accordingly. Berguna untuk naik bas & train (E-Bike di Chiayi & T-Bike di Tainan pun boleh bayar guna Easycard). Selain tu, card ni juga as prepaid card, boleh beli brg 7e. Expired date – 20thn.

6. Accomodation di Taiwan agak mahal.

7. Taiwanese sangat helpful. Walaupun ada language barrier, tapi diorang still nak tolong gak escpecially time nak tunjuk jalan.

8. Travel bulan 9, cuaca sangat panas atau bahang. Paling ideal katanya bulan April (late spring) & November (late autumn).

Total Budget (lebih kurang): RM2,000

  1. Flight tiket – RM600
    2. Ground transportation – RM300
    3. Accomodation – RM730
    4. Makan – RM150
    5. Fee & Simkad – RM220

Ok. Bai. ? Di bawah ni saya kongsikan video :

 

1 KOMEN

  1. Salam awk, simkad tu kalau pergi taiwan or mane2 luar negara memang kene beli ke?
    – mimi (first timer going to travel to taiwan)

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here