Pengembaraan Mencari Harta Karun Kini Bermula

Pengembaraan Mencari Harta Karun Kini Bermula

Share Artikel

Musim cuti sekolah telah tiba!  Apa rancangan anda semua? Terutamanya yang dah berkeluarga tu.

Inilah masanya kita nak bawa anak-anak bercuti sakan sebelum mereka memulakan sesi persekolahan yang baru pada awal tahun hadapan.

Bagi yang belum ada rancangan nak ke mana-mana, jom kita ke Bandar Hilir, Melaka.

Di sana ada sebuah tempat yang sangat menarik untuk aktiviti santai bersama keluarga. Lagi-lagi untuk anda yang meminati filem 'Pirates of The Carribean'.

The Pirate Adventure

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Bersedia untuk alami sebuah pengembaraan yang bakal merangsang pancaindera anda semua. Di taman tema ini, anda akan menjalani kehidupan harian sebagai seorang lanun sebenar. Dan menjelajah ke zaman dahulu kala, di mana kita menguasai segalanya sebelum kita dijajah!

Kumpulkan segala keberanian anda bagi menghadapi sebuah pertarungan yang tidak akan dilupakan. Alamilah keadaan lautan yang bergelora semasa berada dalam kapal lanun anda.

Imej dari sumber
Imej dari sumber
Imej dari sumber
Imej dari sumber
Imej dari sumber
Imej dari sumber
Imej dari sumber
Imej dari sumber

Waktu Operasi

The Pirate Adventure ini dibuka pada setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 7.00 petang. Dan dibuka juga pada hari cuti umum Malaysia. Masa operasi pula bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 9.30 malam.

Pengembaraan anda dijangka memakan masa hanya lebih kurang 30 minit sahaja. Anda pasti akan berasa teruja dan bersemangat!

Harga Tiket

Dewasa:RM23 (Mykad)
Dewasa:RM28 (Non Mykad)
Kanak-kanak(4-12 tahun):RM17 (Mykad)
Kanak-kanak(4-12 tahun):RM23 (Non Mykad)
Warga Emas(60 tahun ke atas):RM17 (Mykad)
Warga Emas(60 tahun ke atas):RM28 (Non Mykad)

p/s: Nikmati diskaun 20% jika anda membuat pembelian tiket atas talian (online purchase)

Aktiviti Khas Tahunan (Treasure Hunt)

Aktiviti khas ini dijalankan selama sebulan. Sejumlah wang tunai akan diberikan kepada pemenang pada setiap minggu. ?

Kalau tiada sesiapa yang memenangi cabaran ini, hadiah wang tunai tersebut akan di bawa ke minggu seterusnya. Dan jika tiada pemenang dalam 4 minggu tersebut, wang tunai terkumpul akan dihadiahkan kepada peserta yang memenangi cabutan bertuah.

Adakah anda akan berjaya menemui harta karun yang di cari di akhir pengembaraan? Semoga berjaya! ?

the-pirate-adventure-melaka

Maklumat Lanjut

Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka.
Tel: 012-266-9374 / 03-7877-2828
Emel:  [email protected]
Website: The Pirate Adventure
Facebook: Melaka Alive


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open