Wajib Singgah 5 Tempat Menarik Ini Jika Bercuti Ke Macau

Wajib Singgah 5 Tempat Menarik Ini Jika Bercuti Ke Macau

Share Artikel

"Ada apa je yang menarik kat Macau tu? Kan penuh dengan kasino je. Tak ada apa pun yang boleh dibuat kat sana."

Haip! Silap tu. Sebenarnya, banyak tempat menarik untuk kita lawati di Macau ni. Hampir 20 juta pelancong yang datang ke Macau tiap-tiap tahun taw. ?

Satu masa dulu, Macau ni pernah dijajah oleh pihak Portugis. Buktinya, anda boleh lihat pada reka bentuk bangunan di sana. Bentuk asal bangunan lama masih dikekalkan sebagai salah satu warisan negara.

Macau tidaklah terlalu besar. Kalau kita bijak susun itinerari, 2-3 hari pun dah cukup untuk lawat kesemua tempat menarik di sana.

Dalam entri kali ini, kami senaraikan 5 tarikan utama yang ada di Macau.

1. Senado Square

thepoortraveler.net
Imej dari sumber

Kalau tak ke sini, kira macam tak lengkaplah pengembaraan anda ke Macau.

Jalan kecil yang dihiasi dengan pusat beli-belah dan restoran menjadikan ia sebagai daya tarikan kepada para pelancong yang datang ke Macau.

Bersiar-siar di sekitar sini, membuat anda seolah-olah sedang berada di Eropah. Anda pasti terpegun dengan struktur bangunannya yang sangat indah itu.

2. Ruins of St Paul's

wallpaperswide.us
Imej dari sumber

Ha! Kalau di Malaysia kita ada A'Famosa, di China ada Ruins of St Paul's Cathedral. Ini salah satu dari peninggalan hasil jajahan Portugis. Dari Senado Square tu, anda boleh berjalan kaki menuju ke sini.

Dulunya, di sini berdiri megah St Paul's College dan Gereja St Paul. Malangnya, kedua-dua bangunan itu musnah dalam kebakaran pada tahun 1835.

Jadi, Ruins of St Paul's ini adalah sisa bangunan yang terselamat daripada kebakaran besar itu.

Nak beli cenderamata murah dan cantik? Memang sinilah tempatnya.

3. Grand Prix Museum

itsmacau.com
Imej dari sumber

Anda peminat fanatik Michael Schumacher? Kalau ya, muzium ini pasti buat anda terpukau. Muzium ini penuh dengan sejarah sukan permotoran F1 Macau.  Tapi apabila memasuki muzium ini, anda pasti dapat rasa seolah-olah berada di litar F1 sebenar.

Muzium ini telah dirasmikan pada tahun 1993. Terdapat lebih daripada 20 jentera F1 yang dipamerkan di sini.

Kalau masuk dalam muzium ni, terasa macam kita pulak yang bertanding dalam setiap perlumbaan. Mesti seronok kan?

Bagi yang non-muslim, anda boleh ke Wine Museum selepas melangkah keluar dari muzium ini. Ia terletak bersebelahan saja dengan Grand Prix Museum. Di sana, anda boleh mencuba wain yang disediakan dengan kadar bayaran tertentu.

4. Macao Museum

itsmacau.com
Imej dari sumber

Ini adalah muzium terbesar di Macau. Lokasinya begitu strategik sekali, iaitu di Mount of Fortres.

Kenapa dikatakan strategik? Sebab Mount of Fortres ini adalah kubu pertahanan Portugis satu masa dulu. Muzium inilah yang banyak menyimpan sejarah mengenai Macau.

Macao Museum ini dibina bertujuan untuk menunjukkan cara kehidupan harmoni pelbagai bangsa di Macau berabad yang lalu.

p/s: Dengar cerita, kalau nak dapatkan tiket percuma, kenalah datang pada 15hb taw.

5. Macao Fisherman’s Wharf

wikimedia.org
Imej dari sumber

Macao Fisherman’s Wharf mempunyai keluasan lebih daripada 28 ekar. Ia adalah taman tema pertama dan juga pusat beli-belah yang dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu East Meets West, Dynasty Wharf dan Legend Wharf.

Di bahagian East Meets West, elemen tradisi oriental digabungkan bersama konsep gaya barat. Memang cantik lah hasil seni bina tu.

Bila dah puas berjalan, bolehlah berhenti rehat dan menjamu selera di Taste of India. Anda jangan risau! Restoran ni halal taw.

Apa macam? Mesti anda dah tak sabar nak melancong ke Macau pulak kan. Jumpa di sana!


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open