Tahukah Anda Korea Selatan Bukan Hanya Seoul dan Busan?

Tahukah Anda Korea Selatan Bukan Hanya Seoul dan Busan?

Share Artikel

Apabila sebut negara Korea Selatan, pasti terbayang di kepala berkenaan K-Pop. Bagi traveller pula akan terbayang 2 destinasi utama, Seoul dan Busan. Persoalannya, apakah Korea Selatan hanya mempunyai 2 tempat ini sahaja yang berbaloi di lawati? Atau kita hanya tahu 2 tempat ini sahaja kerana orang selalu pergi ke sana? Terlalu cliche bagi saya. Hari ini saya hendak berkongsi beberapa tempat lain yang berbaloi dilawati, di mana ramai orang Malaysia tidak ramai tahu.

1. Mokpo

Bandar di Selatan negara ini hampir sama seperti Busan kerana terletak ditepi pantai negeri Jeolla Selatan . Namun ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana terdapat beberapa spot untuk hiking. Antaranya Yudal-san (Gunung Yudal), yang mempunyai ketinggian 228m dari aras laut. Dengan pendakian yang kurang dari satu jam, anda akan sampai di puncak yang mensajikan pandangan seluruh bandar di samping laut. Sudah pasti spot yang terbaik untuk melihat matahari terbenam.

Pemandangan bandar Mokpo dari puncak Yudal-san

2. Andong

Andong terletak di negeri Gyeongsang Utara dan merupakan satu daripada 3 bandar utama untuk melihat budaya dan tradisi Korea. Andong yang memang sedia dikenali sebagai Pusat tradisi dan Tradisi Rakyat menjadi tempat tumpuan orang melihat perkampungan Hanok (Rumah lama tradisi Korea). Antara 2 perkampungan terbesar yang utama ialah Hahoe Folk Village dan Yangdong Folk Village. Kedua-duanya mendapat pengiktirafan UNESCO pada tahun 2010.

Yangdong Folk Village

3. Daejeon

Daejeon terletak di bahagian tengah dan merupakan bandar ke-5 terbesar Korea. Bandar ini signifikan kerana menjadi hab pengangkutan negara. Semua laluan dan jalan utama bertemu dan bersilang di sini. Sebagai contoh, semua laluan keretapi Korail dari utara ke selatan dan timur ke barat akan bertemu di sini. Selain itu, bandar ini juga menjadi hab pentadbiran di samping Seoul, Gwacheon dan Sejong. Ada satu lagi perkara menarik, tempat beli-belah bawah tanah di sini juga antara yang terbesar!

Pusat beli-belah di sepanjang tempat pejalan kaki bawah tanah

4. Iksan

Iksan yang terletak di negeri Jeolla Utara terkenal sebagai 'The City of Jewelry'. Jadi antara tarikan utama ialah Muzium Permata dan Muzium Dinosour yang terletak disebelahnya. Di musim luruh terdapat Festival Chrysanthemum. Selain itu, tiada apa yang istimewa selain menjadi bandar laluan untuk mengeksplorasi gunung dan bukit yang banyak di negeri Jeolla utara ini. Antaranya Moak-san (Gunung Moak) yang terletak kira-kira 30-minit dengan menaiki kereta.

Sebahagian replika dalam Muzium Permata

5. Gapyeong

Nama Gapyeong mungkin asing, tetapi tidak Pulau Nami. Mungkin ada sebahagian orang yang sudah sampai ke Pulau Nami, tetapi dia tidak tahu nama tempat terletaknya Pulau Nami. Mungkin ada juga sebahagian yang ingat Pulau Nami itu sebahagian dari Seoul. Walaupun dari Seoul kita boleh menaiki Subway terus ke sana, tetapi hakikatnya Pulau Nami sudah berada di negeri yang lain bernama Gyeonggi. Manakala Gapyeong ialah nama daerahnya. Keistimewaan Gapyeong mungkin tidak perlu cerita panjang kerana ramai sudah maklum tentang Pulau Nami, Petite France dan tarikan-tarikan lain.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa pelakon winter Sonata merupakan orang Malaysia berketurunan jawa!

6. Jeju

Jeju merupakan sebuah negeri pulau yang mempunyai tarikannya yang tersendiri. Ramai yang sudah maklum pasal Jeju, tetapi masih ramai yang belum sampai mungkin kerana lokasinya yang memerlukan kita menaiki penerbangan lain ke sana. Percayalah, walaupun terpaksa bayar lebih untuk tiket pesawat, ia sangat berbaloi! Disebabkan Pulau Jeju 2.5 kali ganda lagi besar dari Singapura, ia memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk mengkhatamkannya. Terdapat juga beberapa pulau kecil disekeliling Pulau Jeju yang termasuk sebahagian dari negeri Jeju seperti Pulau Udo.

Pemandangan di Persisir Pulau Udo

7. Jeonju

Terakhir, saya nak cerita tempat paling padu dalam senarai saya hari ini. Jeonju! Bandar yang terletak di negeri Jeolla Utara ini juga merupakan satu daripada tiga bandar utama untuk melihat budaya dan tradisi korea, sama seperti Andong. Malah ketika perayaan Chuseok (perayaan keagamaan terbesar di Korea), anda akan melihat Jeonju Hanok Village akan dipenuhi ribuan manusia yang memakai kostum tradisional mereka. Selain itu, Jeonju juga dipilih oleh UNESCO sebagai Bandar Kreatif dalam kategori Gastronomi. sebab itu tidak hairan apabila Jeonju disenaraikan oleh Lonely Planet (Nombor 3)dalam senarai 10 bandar terbaik Asia 2016.

Gambar penulis yang handsome bersama pasangan Koreanya di Jeonju Hanok Village ketika perayaan Chuseok

P/S- Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain. Jangan lupa tekan butang share ?

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open