Selamatkah Mengembara di Iran?

Selamatkah Mengembara di Iran?

Share Artikel

Artikel disunting dari artikel asal yang ditulis oleh Rose Yaacob.


Saya telah menjelajah Bumi Parsi secara solo selama 14 hari bermula 21 Mei 2016 hingga ke 3 Jun 2016 dan meliputi kawasan Utara dan Selatan Iran.

Tehran - Kashan - Esfahan - Shiraz - Bandar Abbas - Qeshm Island - Shahrekod - Gilan - Langrud dan akhir sekali kembali Tehran.

Kenapa saya memilih Iran?

Iran mempunyai budaya yang tertua di dunia.

Empayar Parsi berbentuk sejarah awal manusia. Terkenal dengan ketukangan, seni bina, kerja-kerja jubin, permaidani Parsi yang sukar ditandingi dan sastera untuk menamakan beberapa kawasan.

Tidak hairanlah, pada masa kini mereka mempunyai tahap pendidikan yang begitu tinggi.

Adakah selamat untuk ke Iran?

Seperti selalu apabila kita bercakap berkenaan dengan rancangan untuk travel. Persoalan akan timbul, adakah berbahaya untuk travel ke sana?

Iran juga tidak terkecuali, tetapi sebaliknya!

Iran mempunyai reputasi yang menyokong keganasan, tanah Ayatollah fanatik mana wanita terpaksa di bawah chador, apatah lagi liputan media yang tidak berkesudahan mengenai program nuklear Iran.

Saya tidak percaya satu minit pun bahawa Iran adalah satu tempat yang bahaya untuk travel dan apa yang boleh saya simpulkan bahawa Iran terbukti menjadi salah satu negara yang paling selamat yang telah saya jelajah setakat ini.

Seperti biasa, fikiran kita dimanipulasi oleh diet harian kita media barat.

Saya percaya satu kata-kata bahawa "If you have prejudices about a country, then travel it".

Kod Pakaian

Semua pelancong perempuan dikehendaki memakai pakaian sopan seperti seluar longgar, baju yang labuh dan menutupi pinggul anda (di Iran dipanggil "Manto") dan selendang.

Sila patuhi kod pakaian yang betul kerana ianya merupakan undang-undang di Iran.

Masa terbaik untuk melawat Iran?

Bulan Mei hingga Jun adakah masa terbaik untuk melawat utara Iran.

Pada ketika ini Iran mengalami musim bunga, manakala dikebanyakan tempat-tempat tinggi seperti gunung-gunung yang terletak di utara Iran masih kelihatan salji.

Untuk pengetahuan, Iran merupakan negara 4 musim.

Walaubagaimanapun, bagi selatan Iran masa yang sesuai untuk melawat adalah pada bulan Januari hingga Februari.

Saya agak bernasib baik kerana suhu agak rendah berbanding biasa apabila saya melawat selatan Iran (Bandar Abbas-Qeshm Island).

Apa yang perlu anda tahu?

Kemudahan kredit kad adalah terhad di Iran, jadi sila bawa duit tunai.

Bagi memudahkan urusan sila bawa matawang USD ke Iran kerana agak susah untuk terus membuat pertukaran RM ke Iranian Rial (IRR) di kaunter pertukaran wang di Malaysia.

Jadi, bila sampai di Iran boleh terus buat pertukaran dari USD ke IRR.

Masyarakat tempatan masih menggunakan mata wang Toman secara meluas untuk urusan harian di Iran. Namun Toman adakah matawang yang tidak rasmi Iran.

Matawang Rial merupakan matawang rasmi negara ini.

Jadi jangan keliru, contoh untuk 10 rial adalah bersamaan dengan 1 Toman. Maka, 10,000 IRR pula bersamaan dengan lebih kurang RM1.35.

Perbezaan masa Iran dan Malaysia

Malaysia mendahului Iran sebanyak 3jam 30minit berbanding Iran dari segi masa.

Rakyat Malaysia boleh melawat Iran bagi tempoh maksimum 14 hari tanpa visa.

Kos di Iran

Saya telah menaiki Iran Air dari KLIA ke Imam Khomeni Airport, Tehran dengan tiket penerbangan sebanyak RM1765 return.

Walaubagaimanapun, saya telah membeli tiket Iran Air 2 bulan sebelum Air Asia mengumumkan bahawa mereka telah membuka kembali route ke Tehran dengan harga RM600+ untuk tiket penerbangan return.

Jadi sebagai langkah penjimatan sesiapa yg berminat untuk melawat Iran boleh mempertimbangkan untuk menaiki Air Asia.

Namun saya juga berpuas hati dengan perkhidmatan Iran Air memandangkan juruterbang Iran Air adalah antara yang terbaik di dunia (sangat cekap dan selamat).

Makanan disediakan sebanyak 4 kali selama 8jam penerbangan dari KL-Tehran.

Ground cost termasuk penginapan, makan, tour, membeli belah dan sebagainya yang saya belanjakan adalah lebih kurang RM2600 sebab ada yang free stay dan free transport cost.

Untuk perempuan yang travel solo.

Saya cadangkan sesetengah tempat perlu ambil tour.

Terutama kawasan-kawasan pedalaman dan kampung-kampung kerana kebanyakan masyarakat tempatan tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa english.

Jadi penting adanya tour di sana.

Isu keselamatan tiada masalah.

Bila masyarakat tempatan tahu anda dari Malaysia dan muslim mereka akan jadi over protective terhadap anda dan akan jemput anda ke rumah mereka.

Jadi terima jemputan mereka dengan hati terbuka dan dalam masa yang sama belajar kebudayaan mereka.

Apa...?

Isu syiah dan sunni?

Saya bernasib baik... Tidak dibunuh oleh masyarakat Syiah semasa di Iran. Hehehe... Tak... Saya bergurau saja. Saya percaya bahawa hanya ada dua golongan di muka bumi ini, regardless of any religious beliefs.

There is only good and bad people in this world.

Ada seorang makcik Iran saya jumpa di tengah jalan siap peluk dan cium saya bila beliau dapat tahu saya ini muslim dari Malaysia.

Malunya waktu itu sebab muka hitam dan berminyak.

Maklumlah, backpacking.

Hehehe...

Jadi kalau masih ada lagi nak risau pasal isu Syiah dan Sunni itu saya cadangkan baik duduk di rumah sahaja. Tak perlu travel.

Akhir kata dari saya.

Travel is fatal to prejudice, bigotry and narrow-mindedness.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca.

Inshaallah kalau ada kelapangan masa saya akan kongsi gambar-gambar semasa melawat Iran selama 14 hari. Kalau ada yang ingin info lebih lanjut boleh pm.

Tuan/Puan boleh hubungi Mr Bijan Eftekhari untuk transport dan guide di Iran atau layari Page dia di @jelajahiran atau Email [email protected] atau WA/telegram at +98 935 570 9233.

Penulis boleh dihubungi di laman FB Rose Yaacob


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open