KONGSIKAN
Pantai Hulhumale

MALDIVES TRIP

Artikel ini disumbangkan oleh Yusoff Ahmad

Alhamdulillah trip ke Maldives pada 28 April – 2 May 2017. Sempat cover Hulhumale, Maafushi dan Male Island.  Di bawah ini ada sedikit info dan gambar perkongsian bersama.

Bila cerita tentang Maldive orang kata tempat ini adalah syurga pulau. Sebab di Maldive sahaja ada lebih 1000 pulau. Public Island dan Private Island. Public Island ni boleh masuk percuma sahaja dan kebanyakan ada perkhidmatan ‘public ferry’  tapi pilihan hari dan masa.  Jadi kena cek betul-betul jadual waktu feri dengan itinerari supaya tidak ‘stranded’ nanti.  Private Island pula ni boleh masuk tapi kena bayar. Harga meninggal dunia juga la. Hehehe. Lebih kurang USD80-USD150 bergantung pada resort.

Public Island banyak juga antaranya Hulhumale, Male, Maafushi, Gulhi, Guraidhoo, Rashdoo, dan macam-macam lagi.  Semuanya berselerak menjadikan gugusan kepulauan Maldives. Jadi bayangkan nak cover Maldives ni boleh jadi dua tiga trip baru cun!

 

Entry Point :

Dari Malaysia direct flight AirAsia akan masuk ke Male International Airport (Velana).  Selalunya flight dari KLIA2 ni akan depart lewat petang dan akan sampai Velana dalam jam 8.00-9.00 malam. Airport terletak dalam Hulhumale Island.  Jadi ada beberapa pilihan untuk anda bila sampai malam sama ada tidur di airport, tidur di hotel di Hulhumale Island, tidur hotel di Male Island atau kalau stay private island boleh terus masuk by private boat.

 

  1. Dari Airport ke Hulhumale by bas dalam 20 minit tix 1usd, bas setiap 30 minit atau by hotel pickup 2usd.
  2. Kalau nak stay Male boleh ambil Public Ferry tix 10mvr 24 jam servis setiap 10 minit.

 

Hulhumale Island.

  1. Pulau yang ada airport dan paling banyak hotel.
  2. Pantai dan air di area airport atau feri sangat ohhhsemmm tapi kat area Hulhumale ni so-so sahaja.
  3. Malam lepas jam 10 bandar ni agak mati.
  4. Hotel dengan pantai terpisah dengan jalan.
  5. Restoran dan kedai runcit tak banyak sangat.
  6. Kawasan pantai tidak berapa sesuai sangat banyak sangat construction tengah buat Male Island.
  7. Pulau ni terletak di ibu negara Maldive dan banyak bangunan tinggi-tinggi.
  8. Hulhumale ke Male hanya boleh access by public ferry 15 minit perjalanan tix 10mvr. Feri banyak je setiap 10 minit servis 24 jam!
  9. Di sini boleh melawat local market, muzium, palace dan lain-lain.
  10. Makan di Dinemore Restoren Mali harga berpatutan dan pemandangan subhanallah lawa. Mesti cuba Milk Shake. Sangat sedap!
  11. Untuk ke Maafushi Island dari Male feri terminal kena ambil teksi tix 25mvr dalam 20 minit ke Vilingli Ferry Terminal.

 

Maafushi Island

  1. Ada dua cara untuk masuk ke Maafushi, public ferry atau speedboat.
  2. Public Ferry dari Villingi terminal, tix 2usd, Cuma 90 minit sahaja.
  3. Speedboat dari airport terminat, tix 25usd, 30 minit, beli tix dari ICOM reliable.
  4. Public ferry 1-2 trip sahaja sehari. Dan hari Jumaaat ferry tidak beroperasi.
  5. Pulau yang ada kampong dan kemudahan yang agak lengkap. Lebih kurang macam Pulau Mabultapi chalet dan hotel sini jenis landed bukan atas air.  Jadi kalau nak jalan-jalan kampong dan mingle-mingle dengan local sini sangat seronok. Penginapan dari bajet ke mahal ada tapi tak boleh semahal resort.
  6. Kalau naik basikal 30 minit dah boleh pusing pulau. Tapi lagi seronok kalau masuk celah-celah lorong tengok aktiviti masyarakat tempatan.
  7. Pantai dan air laut sini not bad. Kalau nak seronok mandi dan lepak di Bekini Beach. Huhu.
  8. Banyak pantai atau aktiviti laut yang boleh dibuat disini macam snorkelling, jetski, parasailing, private island, dan macam-macam lagi. Sampai je sini boleh survey dulu.

 

Nota :

  1. Makanan halal sangat-sangat mudah dicari.
  2. Tukar duit local di airport dan simpan resit kalau nak tukar semula masa balik.
  3. Boat, ferry, bas sangat tepati masa dan jangan tertinggal!
  4. Simkad boleh beli di airport harga 16usd untuk 3GB.
  5. Maldive tengah H1N1, sebaiknya ambil vaksin H1N1 untuk protection. Klinik besar senang cari RM80-RM100 satu cucuk.
  6. Sand Bank dan Dolphin wajib pergi.
  7. Kalau ada bajet lebih buat la day trip ke private island.
  8. Budget subjekti bergantung cara travel dan aktiviti berapa lama stay sana.
  9. Dalam RM1.2K dah boleh pergi tapi jiwa kena kental la. Heheh.
Pantai Hulhumale
Kaunter Tix Ferry Ke Male Beroperasi 24 Jam
Jadual Jenis Boat Pergi dan Balik.
Male Capital City of Maldive. Cantik.
Suasana Terminal Feri di Maafushi Island.
Semua jenis sewaan ada disini.
Sini pun ada penjara.
Masjid di Maafushi. Hampir 100% muslim.

 

Semoga bermanfaat!

 

1 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here