Tips Ringkas Untuk Newbie Yang Ingin Melancong Ke Luar Negara

Tips Ringkas Untuk Newbie Yang Ingin Melancong Ke Luar Negara

Share Artikel

"Cemburunya tengok kawan-kawan lain melancong ke sana sini. Entah bila lah aku nak merasa macam tu."

Ha! Mesti anda pun alami situasi sama seperti di atas kan. Teringin nak pergi melancong, tapi dihimpit rasa takut. Tak yakin dengan diri sendiri.

brianraymondking.com
Imej dari sumber

Jangan risau! Kami kongsikan tips ringkas ini bagi membantu anda yang baru pertama kali merancang untuk melancong ke luar negara.

1. Tentukan destinasi pilihan

Bila dah tahu nak ke mana, baru senang nak cari maklumat. Anda boleh dapatkan info di internet atau bertanya pada kenalan anda yang dah pernah sampai ke sana.

Ini dapat menjimatkan masa sekiranya anda dah rancang dari awal. Cari tahu di mana letaknya port-port menarik, lokasi makanan halal dan cara untuk akses ke semua tempat tersebut.

Selepas ambil kira semua faktor di atas, barulah anda boleh tentukan untuk menginap di mana. Oh! Jangan lupa untuk semak laporan kajicuaca dulu ye. Kalau anda ke sana masa cuaca kurang elok, memang terperap dalam bilik saja lah nanti. Rugi! Rugi!

2. Jangan Berlebihan

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Walaupun anda berasa sangat teruja untuk pergi melancong, tapi cuba untuk kawal diri ye.

Tak perlu bawa semua pakaian yang ada dalam almari anda tu. Hanya bawa barang yang penting dan perlu saja.

Beg yang kecil dan ringan bukan saja memudahkan anda untuk bergerak, malah dapat menjimatkan kos penerbangan.

Jangan lupa! Setiap penerbangan akan kenakan caj tambahan sekiranya barang anda melebihi had yang ditetapkan. Daripada membazir bayar caj tambahan tu, lebih baik kalau duit tu digunakan untuk beli-belah. Betul tak?

3. Sediakan salinan penting

Pastikan anda sediakan sekurang-kurangnya satu salinan bukti pengenalan diri anda. Terutamanya pasport,visa dan kad pengenalan. Simpan dalam beg yang berasingan ye.

Kita tak tahu apa yang akan berlaku. Jadi, tidak salah kalau kita sediakan payung sebelum hujan kan.

Dan ingat! Apapun yang berlaku, tenangkan diri dan sentiasa berfikir secara rasional.

4. Bersedia Untuk Sesat

timemanagementninja.com
Imej dari sumber

Kami cadangkan supaya anda tidak gunakan mana-mana perkhidmatan agensi pelancongan. Cuba untuk rancang itinerari anda sendiri. Lebih jimat dan aktiviti anda akan lebih fleksibel.

Sesat sekali-sekala apa salahnya. Inilah masanya untuk kita jelajah setiap pelosok jalanan yang ada di tempat yang kita kunjungi tu. Yang penting, jangan cepat panik.

Oh, satu lagi! Pastikan ada kamus atau aplikasi bahasa bersama anda ye. Ini bagi memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan di sana nanti.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open