Perkhemahan Mewah Alaf Baru Di Kota Tinggi, Johor

Perkhemahan Mewah Alaf Baru Di Kota Tinggi, Johor

Share Artikel

Makin hari, makin popular kan 'glamping style' ni. Iyalah, masing-masing nak bertukar angin. Selalu menginap dalam hotel je, sekali-sekala nak jugak rasa tidur outdoor kan. Setuju?

Jadi, apa kata kita pergi glamping ramai-ramai? Mesti seronok kan. ?

Kami akan bawa anda terjah ke lokasi glamping mewah di Kota Tinggi, Johor. Best wei. Macam-macam aktiviti ada kat sini taw. ?

Tak sabarnya! Jom kita terjah!  ?

Canopy Tribes

Lokasi ini berdekatan dengan Air Terjun Kota Tinggi. Cuma 5 minit pemanduan je dari kawasan air terjun tu. Mudah je nak cari lokasi Canopy Tribes ni. ✌️

Anda pun dah tak perlu susah-susah nak bawak sleeping bag atau barang untuk memasak, sebab semuanya dah disediakan di sini. Perkhemahan bertaraf tinggi ni. Bukan biasa-biasa taw.

Anda akan tidur dalam 'Bell Tent' yang dikelilingi dengan flora dan fauna yang sangat menakjubkan. Mesti teruja punye lah. ?

Aktiviti Yang Disediakan

Banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Paling penting, anda takkan bosan sepanjang berada di Canopy Tribes ni. Antaranya ialah;

1. Mandi-manda air terjun
2. Trekking di Gunung Panti (513m)
3. Berbasikal
4. Berkayak
5. Menaiki ATV (All Terrain Vehicle)
6. Berkelah di tepi sungai
7. Membuat aktiviti campfire bersama rakan-rakan dan keluarga
8. Trekking pada waktu malam

Tarikan lain yang ada di sekitar sini ialah;

1. Taman Burung Unta
2. Taman Buaya
3. Taman Kelip-kelip
4. Dusun Buah-buahan ?
5. Taman Burung (ada lebih daripada 270 spesies burung di sini)

Kadar Bayaran

Canopy Tribes menyediakan dua pakej untuk pilihan para pengunjung mereka, iaitu;

1. 2 Hari 1 Malam
? RM180/orang

2. 3 Hari 2 Malam
? RM320/orang

Nota:
? Pakej bayaran termasuk BBQ dan sarapan 'English style'.
Tidak termasuk kos pengangkutan dan aktiviti.
? Chef di sini Muslim dan makanan di sini halal.
Vegetarian food juga turut disediakan.
? Caj tambahan sebanyak RM35/orang akan dikenakan pada hujung minggu, cuti awam dan cuti sekolah.
? Satu khemah boleh muat 2-6 orang sahaja dan tidak akan berkongsi dengan pengunjung yang lain.

Maklumat Lanjut & Tempahan

Alamat: 7815, Jalan Lombong, Batu 8, 81900, Kota Tinggi, Johor

No. Tel:
? 019-7339866
? 018-7865152 (Whatsapp)
? 07-2443788

Emel: [email protected]

Website: Canopy Tribes Kota Tinggi

Facebook: Canopy Tribes

Nota:
? Mereka suka buat promosi taw. Jadi, kenalah rajin-rajin check website mereka ni ye. ?

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

.

p/s: Jom like FB Page kami untuk dapatkan lebih banyak info dan tips travel!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open