KONGSIKAN
Jom menikmati perkhemahan seperti berada di rumah sendiri

Apabila sebut tentang perkhemahan,mesti dalam kepala anda dah terfikir,

“Ah, mesti penat! Nak pasang khemah lagi. Tak larat lah.”

Betul kan? Jangan tipu!hehe.

Mesti dah terbayang betapa susahnya nak hidup 2-3 hari dalam hutan belantara yang tebal tu dengan keperluan yang tidak mencukupi. Nak mandi susah, nak makan pun susah.

Tapi! Sekarang anda dah boleh berhenti berfikiran negatif seperti tu. Sebab kami ada tawaran best untuk anda.

Kami nak bawa anda ke satu dimensi baru dalam dunia perkhemahan. Kalau nak tahu, jom baca ni!

Pengenalan

Caravan Serai Exclusive Private Villas ini terletak cantik di Bentong, Pahang Darul Makmur. Lokasi ini cuma memakan masa selama 45 minit dari Kuala Lumpur dan hanya 15 minit dari bandar Bentong.

Caravan Serai ini dikelilingi oleh hutan, dusun buah-buahan tempatan, sungai dan pemandangan bukit yang indah dan akan menjadikan percutian anda bersama yang tersayang menjadi sangat bermakna.

Imej dari sumber

Misi utama Caravan Serai adalah untuk memberikan tahap keselesaan terbaik seperti anda berada di rumah sendiri.

Mereka menawarkan pelbagai jenis Caravan Suite dan Safari Tent untuk keselesaan para pengunjung mereka. Safari Tent yang ada di Caravan Serai ini merupakan yang pertama didirikan di Malaysia, khas untuk tetamu mereka.

Kemudahan

Khemah yang disediakan di sini sangat sesuai bagi mereka yang obses dengan ‘glamping style’. Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu ‘glamping’ kan?hehe. Glamping ni nama singkatan kepada glamorous camping. Comel kan?

Safari Tent

Terdapat 7 jenis khemah yang disediakan di Caravan Serai ni. Khemah di sini dilengkapi dengan katil yang terdiri daripada pelbagai saiz mengikut jenis khemah, perabot asas, kipas berdiri dan penghawa dingin. Tapi, yang lagi best ialah, bilik mandi pun turut disediakan dalam khemah. Gempak beb!

Imej dari sumber

Servis Makanan

Untuk servis penyediaan makanan, mereka menyediakan steamboat, makan malam barbeku dan juga sarapan gabungan tempatan Malaysia beserta beberapa ala-carte dalam menu. Restoran mereka boleh menampung seramai 130 orang pada satu masa.

gypsyondamove.blogspot.my
Imej dari sumber 

Aktiviti Yang Disediakan

Antara aktiviti kekeluargaan yang disediakan ialah seperti berbasikal, permainan sukaneka, mencari harta karun a.k.a explorace, dan karaoke. Bagi anda yang meminati aktiviti lasak, jangan risau. Ada aktiviti best untuk anda! Iaitu meredah hutan menggunakan All Terrain Vehicle (ATV). Mesti syok!

All Terrain Vehicle (ATV) yang disediakan di Caravan Serai Bentong

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi mereka di talian 03-7972 3655  atau anda juga boleh melayari laman facebook Caravan Serai Bentong.

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

.

p/s: Jom like FB Page kami untuk dapatkan lebih banyak info dan tips travel!

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here