5 Perkara Penting Yang Perlu Dirancang Sebelum Pergi Bercuti

5 Perkara Penting Yang Perlu Dirancang Sebelum Pergi Bercuti

Share Artikel

Setiap orang pastinya mengimpikan sebuah percutian yang menarik. Betul tak?

Sebab ini adalah satu-satunya masa yang paling ideal untuk kita rehatkan minda dan tenangkan diri.

Bercuti tidak bermaksud kita perlu pergi ke tempat yang jauh dan mahal sahaja. Masih banyak lagi tempat menarik dalam Malaysia yang boleh kita kunjungi.

Yang penting, sebuah percutian perlu dirancang dengan betul supaya cukup dengan bajet yang kita ada. Barulah kita dapat bercuti dengan tenang dan aman.

Kami kongsikan 5 perkara utama yang perlu anda semak sebelum merancang untuk pergi bercuti.

1. Destinasi pilihan

Ini adalah perkara paling utama dalam setiap percutian. Bila anda dah tentukan destinasi, lebih mudah untuk anda merancang dari segi bajet kewangan anda.

Jika bajet anda terhad, tidak salah untuk memilih lokasi percutian seperti air terjun atau pulau berdekatan.

Tidak perlu pun nak ke taman tema air yang ternama seperti Sunway Lagoon atau A'Famosa Melaka. Sebab misi utama adalah untuk main air. Malah lebih jimat kan?

mykelah.com
Imej dari sumber

2. Tempahan awal

Ini merujuk kepada tempat penginapan dan tiket penerbangan. Cara yang paling berkesan untuk berjimat adalah anda perlu rajin dan pantas.

Bagi anda yang biasa menempah tiket dengan Air Asia, anda sudah tentu sangat faham kenapa kita perlu rajin dan pantas untuk mendapatkan harga promosi. Setuju tak? Sebab tempat duduk yang ditawarkan adalah sangat-sangat terhad.

gulshantours.com
Imej dari sumber

3. Jadual a.k.a itinerari

Untuk melancarkan lagi percutian anda, sediakan tentatif program. Jadi, lebih senang untuk anda membuat anggaran perbelanjaan. Anda boleh lihat pelbagai itinerari di Facebook atau mana-mana forum berkaitan percutian.

thesoabrand.com
Imej dari sumber

Sesetengah orang lebih suka menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sebab semua perkara dah diuruskan termasuklah urusan penginapan dan pengangkutan. Tapi sebenarnya, lagi best kalau kita merancang sendiri jadual percutian kita taw. Masa kita akan jadi lebih fleksibel.

4. Barang keperluan

Sebaik-baiknya, sediakan satu senarai semak 2-3 minggu sebelum pergi bercuti. Perkara ini penting supaya anda tidak terlupa untuk bawa barang keperluan. Sekaligus dapat menyelamatkan duit anda daripada hangus begitu saja. Contohnya seperti ubat gigi dan berus gigi.

Apa sahaja yang terlintas dalam kepala, terus catatkan dalam buku nota atau telefon pintar anda. Semasa mengemas barang nanti, baru tentukan mana yang perlu dibawa dan mana yang tidak perlu.

magellans.com
Imej dari sumber

p/s: Jangan lupa bawa ubat-ubatan yang perlu ye.

5. Duit belanja

Setiap percutian semestinya memerlukan duit perbelanjaan yang agak banyak. Jadi, mulalah menabung dari awal ye.

Buat perancangan kewangan yang merangkumi kos penginapan, pengangkutan, makanan, cenderamata dan duit kecemasan.

barbeskumpe.com
Imej dari sumber

Kalau anda merancang untuk bercuti ke luar negara, lebih elok jika anda rajinkan diri untuk mengenalpasti lokasi restoran yang halal sebelum terbang ke sana.

Ringankan juga mulut untuk bertanya pada penduduk tempatan bagi mendapatkan kepastian. Walaupun maklumat ada di hujung jari, tapi bukan semua boleh percaya bulat-bulat ye.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open