5 Tips Kurangkan Kos Penggunaan Data Internet Ketika Di Luar Negara

5 Tips Kurangkan Kos Penggunaan Data Internet Ketika Di Luar Negara

Share Artikel

Percutian tanpa data internet? Oh tidakkkk! Pastinya kita perlukan internet untuk memudahkan percutian kita kan? Lebih-lebih lagi kalau bercuti ke luar negara.

Kita mesti nak guna Google Map untuk senang mencari tempat kan. Supaya tak sesat. Dan dapat jimat masa. Setuju?

Tambahan pula, mesti lah nak muatnaik gambar percutian ke akaun Facebook dan Instagram. Sekurang-kurangnya ahli keluarga di rumah tahu keadaan kita di negara orang.

Eh! Tapi, kenapa ada yang berkerut dahi tu ye?

Ohhhh, mesti anda takut kalau bil anda melambung tinggi kan? Gara-gara data internet.

Tenang saja! Kami sediakan beberapa tips supaya anda boleh guna internet di perantauan dengan senang hati. Yeayyy!

1. Beli kad sim antarabangsa

Sebelum bercuti, pastikan anda dah buat semakan dengan pembekal telco anda. Cuba semak jika pelan semasa anda tu boleh digunakan untuk membuat panggilan antarabangsa.

Jika tidak, anda boleh memilih sama ada untuk menyewa telefon antarabangsa atau membeli telefon yang dilengkapi kad sim antarabangsa sepanjang percutian anda.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

2. Tutup data internet

Cuba untuk kurangkan penggunaan data internet anda. Hanya aktifkan apabila perlu. Dan pastikan semua tetapan anda diset untuk dikemas kini dengan menggunakan Wi-Fi sahaja.

Sebagai alternatif, anda boleh menetapkan telefon anda dalam ‘Aeroplane Mode’ apabila anda tidak menggunakan internet. Sekaligus dapat menyelamatkan bateri telefon anda daripada cepat habis.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

3. Mencari Wi-Fi percuma

Setiap hotel pasti menawarkan Wi-Fi percuma untuk penghuni hotel mereka. Itu merupakan kemudahan wajib untuk keselesaan pengunjung mereka. Anda boleh mendapatkan username dan kata laluan anda sebaik sahaja anda ‘check-in’ ke hotel tersebut.

Sentiasa mencari restoran dan cafe yang menyediakan Wi-Fi percuma untuk pelanggan mereka. Sambil menjamu selera, dapatlah kita melayari media sosial dan berhubung dengan ahli keluarga.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

4. Gunakan aplikasi mesej percuma

Ini sudah tentu kita dah biasa kan. Kita boleh gunakan aplikasi Whatsapp dan Wechat untuk kekal berhubung dengan yang tersayang. Jika anda merancang untuk membuat panggilan menggunakan laptop, Skype adalah pilihan terbaik.

TAPI! Pastikan anda menggunakan Wi-Fi taw. Kalau tidak, anda sendiri akan rasa sakitnya masa nk bayar bil yang banyak tu nanti. Pheww!

Imej dari sumber
Imej dari sumber

5. Gunakan kad telefon prabayar

Ada satu lagi cara untuk buat panggilan dengan mudah. Anda boleh membeli kad telefon prabayar. Kad telefon prabayar ini boleh dibeli di stesen minyak atau mana-mana kedai serbaneka berhampiran lokasi percutian anda.

Lepas tu, anda kena cari ‘public phone’ taw! Tapi senang je nak cari. Rileks okey! Kad ini boleh dibeli dengan pelbagai harga. Jadi, pilihlah ikut bajet penggunaan anda.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Kalau anda merancang untuk melancong bagi tempoh masa yang panjang, kami cadangkan anda untuk membeli kad sim antarabangsa. Ini adalah cara yang lebih jimat untuk anda.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open