Jejaka Ini Berkongsi Pengembaraan Beliau Bersama Dua Orang Rakannya Ke Kota Singapura Selama 3 Hari 2 Malam

Jejaka Ini Berkongsi Pengembaraan Beliau Bersama Dua Orang Rakannya Ke Kota Singapura Selama 3 Hari 2 Malam

Share Artikel

Entri kali ini disunting khas daripada perkongsian Tuan Asyraff Jamin dan dua orang rakannya yang menjelajah ke Singapura pada bulan Ogos yang lalu.

Jom kita ikuti pengembaraan mereka selama 3 hari di Kota Singa ini.

Hari Pertama:

1. KLIA2 - Changi Airport: RM55

2. Changi Airport - Bugis Street: 2.40$ (MRT)

3. Little India - Checkers Backpackers Inn: 23$  X 2 malam = 46$

4. Menikmati nasi lemak ayam dan air kosong di Al Bismi Restaurant: 3.80$

Nota:
* Servis di Checkers Backpackers Inn memang terbaik. Sangat-sangat disyorkan menginap di sini.
* Naik MRT East West Line (Hijau) untuk ke Bugis Street. Tiket hanya boleh dibeli dari mesin tiket sahaja.
* Boleh berjalan kaki dari Bugis Station ke Little India kerana jaraknya hanya 1.4 kM sahja.

Hari Kedua:

1. Malay Heritage Centre

2. Istana Kampong Glam

3. Masjid Sultan

4. Arab Street

5. Haji Lane
Tips: Malay Heritage, Istana Kampong Glam, Masjid Sultan, Arab Street dan Haji Lane sangat berdekatan. Boleh jalan kaki dan jimat duit tambang. ?

6. Singapore Art Museum

7. Singapore National Museum

8. Fort Canning Park
Tips: Fort Canning Park terletak di belakang Singapore National Museum. Hanya perlu naik open escalator di bahagian tepi muzium itu. Dalam Fort Canning Park itu terletaknya Fort Canning Art Centre, Battle Box, Fort Gate dan macam-macam lagi.

9. Battle Box

10. Fort Canning Art Centre

11. Bras Basah ke Bayfront: 1.50$ (MRT)

12. Gardens by the bay
Tips: Beli tiket masuk ke Gardens By The Bay, USS, Sea Aquarium dan lain-lain lokasi tarikan di Hostel ini dengan harga tempatan. Jimat! ?

13. Esplanade
Tips: Untuk solat di kawasan Marina Bay ni, naik ke tingkat 4 bangunan Esplanade, jumpa dengan kakak pustakawan yang jaga Esplanade Library dan cakap nak cari tempat solat, dia akan tunjukkan tempat solat. ?

14. Merlion Park

15. Fullerton

16. Clifford Pier

17. Downtown ke Rochor: 1.70$ (MRT)

18. Menjamu selera di Restoran Abbas: Nasi Putih + Kari Kambing + Air Kosong: 4.80$

19. Beli baju di Bugis Street: 3$

Hari Ketiga:

1. Little India ke Harbour Front: 2$ (MRT)

2. Harbour Front ke Sentosa Island: 4$ (pergi balik)

3. Universal Studio

4. Sentosa Merlion

5. Siloso Beach

6. Vivo City (Harbour Front)

7. Harbour Front - Bouna Vista - Jurong East - Kranji: 2.60$

8. Kranji ke JB Sentral: 1.60$ (SBS Transit)

9. Mengisi perut di Food Court KOMTAR: RM9.00

10. JB Sentral ke Senai Airport: RM8.00 (Bas Causeway Link)

11. Senai Airport ke KLIA: RM77

Nota: Kos keseluruhan untuk percutian kali ini ialah RM 435.50, termasuk tiket penerbangan KUL-SIN (Tiger Air) dan JHB-KUL (MAS).

 

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

.

p/s: Jom like FB Page kami untuk dapatkan lebih banyak info dan tips travel!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open