Pengembaraan Ini Menjadikan Kami Lebih Kuat Dan Kental

Pengembaraan Ini Menjadikan Kami Lebih Kuat Dan Kental

Share Artikel

Mabuhay! Selamat datang ke Flilipina.

Kali ni, kami nak bawa anda berjalan-jalan ke Cebu, Filipina pula.

Hmm. Nak ikut ke?

Kalau nak, apa lagi? Cepat-cepat book tiket ke Cebu.

Tapi, hati kena kental sikit. Biasalah, jalan-jalan di tempat orang kan?

Perkongsian kali ini disunting khas dari blogspot Tuan Qayyum Sunawan untuk bacaan anda semua.

Jom kita ikuti ringkasan percutian kaki travel ni ke Cebu bersama sahabatnya. Yeayy!

Pengangkutan

  • Lapangan Terbang Mactan ke South Bus Terminal (SBT) - Teksi
  • SBT Cebu City ke Moalboal - Bas
  • Pekan Moalboal ke Asian Belgian Resort - Tricycle
  • Moalboal ke SBT Cebu City - Bas

Nota:

  • Mental dan fizikal kena kuat taw lagi-lagi bila naik bas. ?
  • Boleh pilih nak naik teksi atau bas untuk ke Moalboal.

Penginapan

  • Menginap di Asian Belgian Resort 3H2M - 500MYR

Nota:

  • Asian Belgian Resort ni paling murah dan paling dekat dengan Pekan Moalboal.
  • Resort ni sediakan aktiviti snorkeling dan kayak secara percuma.

Aktiviti Yang Dilakukan

  • Berkayak ke White Beach Moalboal
  • Tengok whaleshark di Oslob - 1000 peso
  • Bergerak pulak ke Kawasan Falls
  • Menikmati kepuasan berganda-ganda di Kawasan Falls

Nota:

  • Kami gunakan kayak percuma yang disediakan oleh pihak resort. Penat ooo! ?
  • Tak boleh pakai sunblock, jangan pijak atau sentuh whaleshark, dan jaga jarak semasa menyelam.
  • Kawasan Falls adalah antara tarikan utama di Cebu.
  • Dari bawah nak ke Kawasan Falls ni lebih kurang 20 minit berjalan.
  • Sediakan duit lebih ye kalau berhajat nak ke Kawasan Falls ni sebab banyak benda nak kena bayar. ?
scary jugak ni!
jernih kan air kat belakang tu?

Tarikan Lain Di Cebu

  • Osmena Park
  • Tumalog Falls
  • Zipline (berdekatan Chocolate Hills)

Nota:

  • Kami sempat ke Kawasan Falls je sebab kesuntukan masa. ?
  • Kuatkan semangat, mental dan fizikal untuk rasai keriangan berganda.

P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open