Pengembaraan 4 Hari 3 Malam di Kota Istimewa Yogyakarta

Pengembaraan 4 Hari 3 Malam di Kota Istimewa Yogyakarta

Share Artikel

Artikel ini disunting dari perkongsian oleh Yaya Morshella.


Perkongsian ini kira travelog saya ke Kota Istimewa Jogjakarta / Yogyakarta. Saya ke sana selama selama 4 hari 3 malam. Ramai yang tanya itinerari dan macam-macam lagi. Jadi kami nak kongsi sikit.

Sepanjang di sana, semua kami buat sendiri tak pakai agent pun. Maklumat itinerary dan budget semua kami buat sendiri dengan cara google dulu.

Hari 1

Rabu, 16/8/2017

  • 12:00am
    • Berlepas dari KLIA2 ke Adi Sutjipto airport, Yogjakarta.
  • 1:00pm
    • Check-in di Safa Homestay, Sleman.
    • Homestay ala-ala hotel, bersih dan full wifi.
    • Rate untuk 4H3M, Rp 2,650,000 = RM860 dibahagi 6 orang, jadi RM143 seorang.
  • 2:00pm
    • Terus ke Pantai Parangtitis, tempat yang sangat tenang dengan ombak yang kuat.
    • Di sini kami ada naik kuda, Rp 60,000 = RM20 / 2pax.
  • 3:30pm
    • Makan tengah hari di Warung Pohon, Rp 201,000 / 6pax.
  • 5:30pm
    • Singgah di Gumuk Pasir untuk aktiviti sand boarding, Rp 100,000 = RM32 sepapan.
  • 8:00pm
    • Singgah di Malioboro, nak shopping tapi dapat suku jalan saja sebab kedai dah nak tutup.
    • Lepas itu kami buat keputusan untuk makan malam di kawasan Malioboro, Rp 300,000 / 6pax.
  • 10:30pm
    • Balik homestay, semua dah kepenatan.
    • Esok kena bangun pagi-pagi untuk aktiviti lain pula.

Hari 2

Khamis, 17/8/2017

  • 5:00am
    • Sarapan pagi di homestay. Sarapan akan disiapkan ikut masa kita.
    • Keluar dari homestay untuk ke Borubudor. Kami minta supir belikan tiket masuk ke Borubudor dan Prambanan sebab tak nak beratur panjang dan boleh dapat murah.
    • Untuk 2 tiket ini Rp 523,000 = RM168 seorang
  • 7:00am
    • Supir beli tiket
  • 8:00am
    • Sampai di Borubudur, the biggest Candi in Jogja.
    • Jika nak hiking sampai atas kena ada stamina.
    • Nak kena pandai cari spot untuk gambar yang cantik.
    • Kalau jumpa loceng yang terbuka ada patung, itu bukti anda dah sampai Yogja.
    • Cuaca panas yang amat tapi who cares? Nama pun tourist kenalah berjemur sikit
  • 10:00am
    • Terus drive ke Gunung Merapi.
  • 11:45am
    • Start Merapi Tour, tiket masuk (Rp 22,000 = RM7 / 6pax).
    • sewa 2 jeep untuk 6 orang (Rp 350,000 x 2 = Rp 700,000) dalam RM37 seorang.
    • Naik jeep yang sungguh adventures sampai sakit-sakit badan dibuatnya. But happening gila.
    • Kami dibawa ke "Rumah Memori ku" untuk lihat rumah peninggalan yang dah terkena letusan Merapi. Paling terbaru Merapi meletus tahun 2010 dan ramai juga yang terkorban.
    • Nanti anda akan dibawa untuk bergambar di spot-spot yang cantik di kawasan ini. Ikut nasib juga untuk dapat gunung saat cerah. Waktu kami pergi masa itu awan tebal.
  • 1:00pm
    • Makan tengah hari di Restoran Bale Kambang (Rp 380,000 / 6pax)
  • 3:30pm
    • Sampai di Candi Prambanan, agak besar dan luas but more to relax compare to Borubudur.
    • Candi Prambanan harus dilawati sebab candi-candi inilah bukti aku dah sampai Yogya. Tempat terbaik dapat tengok sunset masa ini.
    • Anda jangan ragu-ragu nak beli ole-ole / sourvenier dekat Candi Prambanan. Sebab sini saja paling murah. Di Malioboro pun ada juga tapi mahal.
  • 6:30pm
    • Memandangkan rasa macam awal lagi, kami minta supir singgah homestay dulu untuk letak barang dan solat.
    • Lepas itu minta supir turunkan kami di Malioboro untuk sambung tawaf dan makan malam sekali (Rp 350,000 / 6pax).
  • 10:00pm
    • Balik homestay naik uber. Kami dapat kereta Avanza (Rp30.000 = RM10 / 6pax).

Hari 3

Jumaat, 18/8/2017

  • 3:30am
    • Sarapan di homestay.
    • Bangun awal semata-mata nak tengok sunrise.
  • 5:00am
    • Sampai di Kebun Buah Mangunan.
    • Kebun terletak di atas bukit. Sini sejuk yang amat.
    • Sampai atas kabus awan tebal menutupi sunrise, too bad.
  • 7:30am
    • Seterusnya singgah di Hutan Pinus, tiket masuk (Rp 2,500.= RM0.80 seorang).
    • Di sini cuaca tetap sejuk sebab atas bukit jugak. Tempatnya ala-ala dalam filem Twilight, cantik sungguh.
    • Dalam ini penuh dengan hiasan bunga-bunga hidup. Ada juga spot cantik untuk tangkap gambar di sini.
  • 10:00am
    • Aktiviti seterusnya di Goa Pindul. Harga pakej kami siap sekali dengan makan tengah hari (Rp 180,000 = RM57 seorang)
    • Start cave Tubing dalam 1jam 30minit. Duduk dalam gua yang gelap sampai tertidur. Syok... airnya sejuk saja.
    • Siapa nak lompat dari air terjun itu dipersilakan.
  • 3:30pm
    • Sampai di Pantai Timang dan teringin nak makan lobster.
    • Supir tunggu di bawah dan kami naik ke atas dengan jeep. Jalan nak naik ke Pantai Timang sangatlah memerlukan kesabaran.
    • Perjalanan naik lebih kurang 2km dan ambil masa lebih kurang dalam 20minit. Begitu juga perjalanan turunnya.
    • Harga upah Jeep, Rp 350,000 = RM 112 / 6pax. Satu jeep boleh naik 5-6pax.
    • Boleh juga kalau nak naik atas guna Ojek. Ojek kalau tak silap harga dia puluh-puluh ribu. Tapi aku sanggup lagi naik Jeep.
    • Sampai atas, tempat naik Gondola itu kena bayar sendiri-sendiri. Harga Gondola (Rp 200,000 = RM64 seorang).
    • Ada 2 pilihan, Gondola / Jambatan Gantung tapi owner lain-lain. Jadi kalau anda melintas laut naik Gondola maka pulang juga harus naik gondola.
    • SubahanAllah. Cantik view Pantai Timang. Ombak melambung-lambung sampai terkena percikannya.
  • 5:50pm
    • Semua dah kelaparan.
    • Makan malam di local restaurant. Menu makan, lobster. Sumpah sedap.
    • Harga lobster siap masak, 3 jenis lauk lain, siap air dan nasi adalah Rp600,000 (6pax makan).
  • 8:00pm
    • Drive pulang ke homestay ambil masa 2jam setengah.
    • Jauh juga perjalanan hari ini, semua sempat ketiduran. Hari ini aktiviti sangat padat. Kami ambil keputusan untuk balik tidur.
    • Tenaga pun dah habis sebab pagi tadi masing-masing bangun awal, jam 3 pagi.

Hari 4

Sabtu, 19/8/2017

  • 6:00am
    • Hari terakhir.
    • Sarapan pagi di homestay. Hari ini dapat bangun lambat sikit sebab Kalibiru buka jam 8:00am.
    • Ini adalah aktiviti akhir sebelum balik Malaysia.
  • 7:30am
    • Drive ke Kalibiru.
    • Kena hiking sikit untuk sampai ke spot-spot menarik di sini. Semput jugalah tapi nasib baik ada jual air.
    • Kami cuma bayar (Rp 10,000 = RM3 seorang) untuk spot Love. Kami ada photographer sendiri. Tapi kalau anda nak guna photographer sana pun boleh. Cuma kena bayarlah.
    • Kami tak sempat ambil gambar di spot Panggung yang paling besar sebab 80 org tengah beratur masa itu.
    • Tak payah ambil banyak-banyak spot pun tak apa. Cukup ambil di satu spot saja sebab view sama saja.
    • Kami juga sempat flying fox (Rp 35,000 = RM11 seorang).
  • 10:45am
    • Bertolak ke Pasar Beringharjo. Sebenarnya dah agak lewat ke sana sebab sepatutnya kena ada di airport 2jam sebelum flight. Sampai Pasar Beringharjo jam 12 tengah hari, kami ada masa 3jam saja untuk shopping last minute untuk beli ole-ole.
    • Sebenarnya Malioboro dan Pasar Beringharjo sebelah-sebelah saja. Tapi panjang yang amat. Bayangkan kami jalan dah macam explorace. Sebab nak kejar masa.
    • Masa nak ke tempat parking jumpa supir, kami guna khidmat naik kuda yang di tepi jalan sebab dah tak larat nak berlari (Rp 40,000 = RM14 / 6pax).
    • Bayangkan Bakpia pun tak sempat nak beli dekat kilang. Jadi beli saja di tepi-tepi jalan.
  • 3:30pm
    • Bertolak ke airport. Jalan agak macet sebab hujung minggu.
    • Memandangkan ada masalah check-in, agak kelam kabut dibuatnya.
    • Nasib baik sampai airport jam 4:30pm
  • 5:30pm
    • Flight balik ke Malaysia.
    • Alhamdulillah, kami selamat tiba di Malaysia jam 9:00pm

Supir Di Jogjakarta

Supir: AKAR Transport
Website: www.akartransjogja.com
No HP: +62816687447

Kami ambil info supir dari website Yogyes yang khas untuk tourist Jogjakarta. Rate untuk 1 hari Rp 375,000 = RM120, untuk 4 hari Rp 1,500,000 = RM480.

Supir kami nama Mas Ronny dan Mas Agus (adik Mas Ronny).

Budget ke Jogjakarta

Tiket flight kami beli semasa promosi free seat dapat RM180 return manakala homestay pula kami book dari booking.com. Rate homestay 4H3M, Rp 2,650,000 = RM860 dibahagi 6 orang, jadi RM143

Supir + Pantai Parangtitis + Gumuk Pasir + Prambanan + Malioboro + Alun kidul + Borubudur + Merapi + Kebun Buah Mangunan + Hutan Pinus + Goa Pindul + Pantai Timang + Kalibiru + Pasar Beringharjo = RM600++

RM600++ ini tidak termasuk belanja homestay.

Supir untuk trip ini kami memang rekomen. Orangnya memang baik.

Never say NO dengan apa yang kami minta.

Kami nak tengok sunrise pagi-pagi buta, nak singgah solat + lunch semua dia ikut. Kami sangat gembira sebab kami sendiri yang tentukan bila masa start dan ending.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang percutian ke Jogjakarta yang anda idamkan.

P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

One comment on “Pengembaraan 4 Hari 3 Malam di Kota Istimewa Yogyakarta”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open
Warning: is_file(): open_basedir restriction in effect. File(woocommerce.php) is not within the allowed path(s): (/home/admin/web/travelkliq.com/public_html:/home/admin/tmp:/bin:/usr/bin:/usr/local/bin:/var/www/html:/tmp:/usr/share:/etc/phpMyAdmin:/etc/phpmyadmin:/var/lib/phpmyadmin:/etc/roundcubemail) in /home/admin/web/travelkliq.com/public_html/wp-content/plugins/adsanity/vendor/device-detector/autoload.php on line 27