Pengalaman Manis Di Jogja Dengan Perbelanjaan RM700 Untuk Pasangan Suami Isteri.

Pengalaman Manis Di Jogja Dengan Perbelanjaan RM700 Untuk Pasangan Suami Isteri.

Share Artikel

Perkongsian asal daripada Zuriani Hayati Abdullah.

Assalamualaikum semua. Cuma nak berkongsi pengalaman manis di Jogja. Sepanjang di Jogja Alhamdulillah dipertemukan dengan rakyat Malaysia yang sangat ramah tamah dan saling bertegur sapa. 

Tidak lokek untuk bertukar pengalaman travel bersama.

Dan juga paling manis berkenalan bersama pasangan yang sporting daripada Penang, Najahatul Juhaida dan Mirul yang juga berdua dan akhirnya kami bergabung menjadi travel mate.

Jadi ringan sikit perbelanjaan yang kita rasakan agak besar jika hanya berdua seperti Jeep di Pantai Timang, makan lobster dan Jeep Merapi. Jadi jom tengok sikit itinerari dengan kawan-kawan yang lain.

Semua harga di bawah adalah untuk dua orang atau per couple. Semoga bermanfaat!

17 May Hari Rabu

  • 03:35PM Depart KLIA2
  • 05:10PM Arrival JOG
  • Ambli Bas ke 1A ke Malioboro (3k/pax)
  • Turun Halte Malioboro 2
  • Jalan-Jalan di Malioboro
  • Check-in Zest Hotel
  • Dinner Room Service (Sebab penat jalan kaki dari Malioboro ke Hotel (88k)

Jumlah Perbelanjaan Hari Pertama: 94k = RM30

18 May Hari Khamis

  • Sunrise Bukit Panguk: 2pax 4k, parking 5k, satu spot 3k (3spot, 9k)
  • Bukit Mojo: 2pax 4k, 2spot 6k
  • Rumah Hobbit: 2pax 4k
  • Hutan Pinus: 2pax 4k
  • Pantai Timang Jeep: 350k/2 (175k/pasangan)
  • Gondola: 400k (200/pax)
  • Lobster: 550k/2 (275k/pasangan)
  • Bakso Raksasa Beranak: 80k

Jumlah Hari ke-2: 966k = RM310

19 May Hari Jumaat

  • Merapi Sunrise Tour: 250k/pasangan
  • Candi Brobodur: 300k/seorang (Tanya pada travel agent diskaun Mas Heru Heriyanto bagi diskaun istimewa.)
  • Bakpia: 25 (Tak ingat berapa k sebab resit hilang. Hehehe)
  • Dgejrot Kemek Percuma Lunch daripada Una dan Husband.
  • Balik Hotel: Kaki melecet jadi skip Chicken Churh
  • Malam ke Malioboro Grab: 10k
  • FM: 50k 5 Packet
  • Naik Kereta Kuda: 50k dari Malioboro ke Hotel

Jumlah Hari Ke-3: 985K = RM316

20 May Sabtu

  • Kalibaru
    • Entrance Fee: 10k/pax (20k/pasangan)
  • Spot 1: 15k/pax (30k)
  • Gambar: (5k) min 4 kpg/pax
    • Tapi sejak hari terakhir dan baki duit banyak lagi suami suruh ambil semua gambar (100k Huhuh)
  • Makan di restoran yang awesome! Gebung Makan Mang Engking: (Seafood 318k)
  • Beli Ole-Ole di Jogja’s Secret sebab tiada pilihan tak boleh masuk pasar sebab ada rusuhan.
  • Balik Airport.

Jumlah Keseleruhan: 2.714 Juta = RM700

Supir: 1.4 Juta = RM450

Tips:

  1. Bukit Panguk, Bukit Mojo, Jurang Tembelean, Rumah Hobbit, Kebun Buah adalah satu jalan sahaja. Jarak dekat-dekat jadi boleh habiskan tidak sampai setengah hari lepas tu boleh shoot terus ke Pantai Timang.

  2. Merapi Sunrise sejuk bak hang sila bawa sweater.

  3. Lepas Merapi ke Candi Brobudur dan keadaan di sana sangat panas sila bawa air paying atau topi.

  4. Jalan ke Pantai Timang walaupun naik Jeep terasa macam nak terputus urat kentut! Naik Ojek memang respect la. Huhuh.

  5. Jika banyak ber’Sunrise’ sila pastikan tidur awal kalau tidak korang akan rasa penat ya amatttt! Walaupun nak ke mana-mana supir yang bawakan.

  6. Pastikan kasut tu selesa. Macam Hakak kasut ok tapi di hutan pinus terpijak batu tak rata kuku kaki terperosok kena bahagian depan kasut maka hazab la nak berjalan.

  7. Kalau rasa satu-satu aktiviti tu macam mahal atau tidak berbaloi ringan-ringan kan mulut bertanya paling tidak cuba consult dengan supir nanti dia akan tolong cari pasangan untuk tong-tong Jeep atau diskaun untuk Entrance Candi.

  8. Stamina kena kuat jalan-jalan di Jogja. Jogja ni berbukit bukau, bertangga-tangga, nafas macam kuda tu normal! Hahahaha.
Naik Jeep.
Mendayung sampan di lautan angin.
Melihat kebesaran ciptaan Allah SWT.
Berjumpa dengan travel mate.

P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

One comment on “Pengalaman Manis Di Jogja Dengan Perbelanjaan RM700 Untuk Pasangan Suami Isteri.”

  1. Assaam akak, anggaran harga barang2 di malioboro kira2 berapa ye? Mcm tshirt, keychain, freeze magnet, makanan semua2 tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open
Warning: is_file(): open_basedir restriction in effect. File(woocommerce.php) is not within the allowed path(s): (/home/admin/web/travelkliq.com/public_html:/home/admin/tmp:/bin:/usr/bin:/usr/local/bin:/var/www/html:/tmp:/usr/share:/etc/phpMyAdmin:/etc/phpmyadmin:/var/lib/phpmyadmin:/etc/roundcubemail) in /home/admin/web/travelkliq.com/public_html/wp-content/plugins/adsanity/vendor/device-detector/autoload.php on line 27