Penantian Selama Satu Tahun Ternyata Berbaloi

Penantian Selama Satu Tahun Ternyata Berbaloi

Share Artikel

Kali ini kami nak kongsikan sebuah travelog pengembaraan ke Palawan, Filipina. Mesti ramai kan yang belum sampai ke sini. Sebab jarang kita nampak orang kongsi pengalaman mereka bercuti ke Filipina ni. Betul?

Jadi, manfaatkan sebaik mungkin perkongsian ini taw. Mungkin boleh jadikan rujukan untuk rancang itinerari anda untuk bercuti ke sini nanti.

Entri kali ini disunting khas dari perkongsian Tuan Qayyum Sunawan dalam blogspot beliau untuk bacaan anda.

Setelah setahun menunggu, akhirnya mereka sampai jugak ke Palawan ni. Jom kita ikuti pengembaraan beliau dan rakannya sepanjang di sana.

Hari 1

  • Bertolak dari KLIA2 pada jam 9 malam
  • Tiba di Manila jam 2 pagi
  • Tidur di lapangan terbang sebab penerbangan ke PSS pada jam 9.45 pagi
  • Menaiki penerbangan menuju ke PSS
  • Sampai di PSS pada jam 12 tengah hari
  • Bergerak ke El-Nido dengan menaiki van
  • Tiba di El Nido lebih kurang jam 7 petang
  • Check-in ke Austria Guest House
  • Jalan-jalan sekitar hostel
  • Menikmati makan malam
  • Mencari package tour untuk aktiviti esok hari

Nota:

  1. Harga tiket: KUL-MANILA RM 79 dan MANILA-PPS = RM 17.
  2. Kami memang dah rancang untuk lepak di lapangan terbang je supaya tak terlepas penerbangan ke PSS.
  3. Kalau boleh, bawak sleeping bag untuk keselesaan anda.
  4. Manila tak sama dengan Malaysia. Elakkan jalan seorang diri dan lebih berhati-hati ye.
  5. Untuk ke EL-Nido, anda boleh pilih untuk naik van (4-5 jam) atau bas (~8 jam).
  6. Di Filipina, agak susah nak cari makanan halal, jadi lebih baik bawa lebih sikit makanan segera dari Malaysia.
Austria Guest House

 Hari 2

  • Kami ronda-ronda ke beberapa buah pulau mengikut pakej yang kami pilih
  • Singgah ke 5 lokasi yang sangat-sangat cantik
  • Menikmati hidangan tengah hari di atas bot
  • Aktiviti malam: Jenjalan di tepi pantai dan menjamu selera (makan lagi dan lagi)

Nota:

  1. Pilih tour package dengan harga yang berbaloi. Kami ambil satu pakej dengan harga 1200 peso, tapi ada satu kumpulan Pinoy ni dapat 1200 peso untuk 2 pakej. 
  2. Tour package termasuk hidangan tengah hari dan peralatan snorkeling.
  3. Lokasi yang kami singgah ialah Small Lagoon, Big Lagoon, Seven Commandos Beach, Secret Lagoon dan Simizu Island.
  4. Sebelum start tour, sebaiknya pesan pada krew atas bot untuk sediakan makanan halal ye.
  5. Makanan laut di sini tak lah cekik darah sangat, mampu milik lagi. 
Hidangan tengah hari kami.. yummy!

Hari 3

  • Check-out Austria Guest House
  • Bersiap untuk bergerak menuju ke PPS semula
  • Check-in di The House Inn - 35MYR
  • Aktiviti malam: Ronda-ronda di Baywalk

Nota:

  1. The House Inn ni memamg selesa dan murah. Dari sini ke Baywalk, jalan kaki 15 minit je dah sampai.
  2. Macam-macam makanan laut ada di sini, tapi isunya, lalu makan ke tak.
The House Inn
Baywalk ni lebih kurang macam Uptown
macaaaaaaam ular je tu... erk!
daging buayaaaa wei!
ni je okey. hehe

Alhamdulillah, selesai lah trip ke Palawan ni. Akhirnya, penantian selama setahun ini tertunai jua.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open