Nak Tidur Dalam Kontena Atau Paip Konkrit? Anda Tentukan Sendiri

Nak Tidur Dalam Kontena Atau Paip Konkrit? Anda Tentukan Sendiri

Share Artikel

Siapa kata kat K.L tak ada port lepak best dengan harga berpatutan?

Ada la. Mungkin anda je yang terlepas pandang.

Tak pe! Jangan risau.

Ini lah yang akan kami kongsikan kepada anda dalam entri kali ni.

Nah, jemput baca!

malaysia.asiatravelgate.com
Imej dari sumber

Container Hotel KL ini dibina dari bekas kontena yang boleh diperbaharui. Dan direka semula dalam gaya moden yang berwarna-warni dan berkonsepkan seni bina lestari.

thatsofarah.com
Imej dari sumber

Hotel ini merupakan hasil idea Gen-Y yang masih muda dan bertenaga. Untungnya, mereka berpengetahuan dalam seni pembinaan, reka bentuk dan pengurusan.

Ini membuatkan mereka rasa terpanggil untuk membawa konsep kelestarian dalam dunia sebenar sebagai satu sumbangan kepada masyarakat.

Maka, dengan gabungan idea bernas tersebut, akhirnya membawa kepada penubuhan Container Hotel ini.

containerhotel.my
Imej dari sumber

Idea untuk Container Hotel telah diilhamkan oleh konsep "Kyosho Jutaku". Ia bermaksud kehidupan dalam gaya sederhana dengan membina sebuah rumah tapi hanya gunakan ruang yang kecil dan padat.

Kalau kita tonton cerita Doraemon, kita boleh lihat saiz bilik di rumah mereka nampak kecil dan padat kan? Itulah konsep yang cuba diterapkan dalam pembinaan hotel ini.

saffuanjaffar.blogspot.my
Imej dari sumber

Misi utama pembinaan Container Hotel KL adalah untuk menyediakan tempat penginapan yang fleksibel dan berkualiti tinggi kepada tetamu mereka. Dan pastinya dengan harga yang berpatutan. Gerenti puas hati punya!

Bilik hotel

Container Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik untuk pengunjung mereka. Dan harga bilik yang disediakan pula sangat berpatutan. Anda boleh pilih bilik yang sesuai mengikut bajet dan keselesaan anda. Setiap bilik ada tarikan dan keunikan yang tersendiri taw.

Container Deluxe Room

Bilik ini direka dengan gaya moden yang simple. Tidak sarat dengan hiasan tapi sedap mata kita memandang. Dilengkapi pula dengan sebuah katil bersaiz Queen dan sebuah bilik mandi peribadi.

containerhotel.my

Container Suite Room

Bilik ini disediakan khas untuk mereka yang bercadang untuk menginap di sini bersama seisi keluarga. Bilik yang luas beserta sebuah ruang tamu ternyata cukup selesa untuk keluarga yang besar. Oh ya! Dalam bilik ni ada dua buah katil bersaiz Queen ye.

containerhotel.my

Concrete Room

Bilik ini agak kecil tapi unik. Sesuai bagi mereka yang bercadang menginap untuk satu atau dua malam.

Walaupun diperbuat daripada batu kontrit, anda tidak akan berasa panas pun. Sebab bilik ini dilengkapi dengan pendingin hawa. Pasti nyaman dan selesa sentiasa.

Tapi, tiada tandas dan bilik mandi peribadi. Jadi, kena berkongsi dengan penghuni lain taw.

containerhotel.my

Camp Site

Bilik ini tidak jauh bezanya dengan Concrete Room. Cuma ia berkonsepkan sebuah ruang kecil yang berbentuk seperti khemah. Menarik kan? Ala-ala camping di tengah kotaraya gitu.

containerhotel.my

Meneroka Sekitar Container Hotel

www.airbnb.com
Imej dari sumber 

Container Hotel ini ibarat permata yang tersembunyi di tengah-tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur.

"Hmmm. Ada apa ye di sekitar hotel ni? Takkan nak memerap dalam bilik je kan ."

Ha! Jangan pening kepala. Muat turun saja peta ini supaya mudah untuk anda merancang perjalanan anda apabila ke sini nanti.

Kemudahan & Perkhidmatan

Sebaik tiba di pintu masuk hotel ni, anda bakal disambut dengan staf mereka yang mesra dan berpengalaman. Rasa macam dihargai gitu.

Nikmati sepuas-puasnya suasana yang santai dan riang gembira selama anda berada di hotel ini.

Apabila sudah selamat check-in, anda boleh akses kepada semua jenis kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia di sini.

containerhotel.my

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi mereka di talian 03-21104388 atau anda boleh lawati website mereka ye.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open