KONGSIKAN

Artikel yang sangat bermanfaat dikongsikan oleh Nora Firdaus tentang permohonon BRIDGING VISA. Baca sebelum anda ditipu bulat-bulat.

PERHATIAN: RAKYAT MALAYSIA YANG NAK DATANG BEKERJA DI AUSTRALIA
****Cara Elakkan Tertipu dengan Agent Yang tidak diiktiraf dan berdaftar.

Saban tahun ramai rakyat MALAYSIA yang ingin berhijrah ke Australia samada untuk bekerja dan terus menetap disini. Disebabkan lambakkan dan permintaan yang tinggi rakyat MALAYSIA yang ingin kesini telah menyebabkan segelintir rakyat MALAYSIA yang tidak BERTANGGUNGJAWAB yang telah lama berada disini mengambil peluang untuk menipu dan memperbodohkan mereka dengan menjanjikan visa untuk bekerja di Australia.

Ada segelintir mereka menjanjikan dan menyediakan perkerjaan terutama di sektor perladangan dengan mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi atau nilai yang tidak sepatutnya. Untuk mendapatkan perkerjaan dan pengurusan untuk ke sini ada sebahagian agent yang tidak berdaftar/scammer mengenakan caj pengurusan sebanyak RM3500-RM10,000 kepada seorang individu. Nilai ini sangatlah tinggi dan berunsur penipuan serta penganiayaan keatas individu tersebut. Untuk maklumat untuk mendapatkan pekerjaan di Australia tidak ada bayaran pendahuluan pun untuk mendapatkan kerja.

Rata-rata penipuan ini berlaku keatas individu yang ingin datang ke Australia dan bekerja di ladang. Tidak dinafikan untuk mengenakan caj atas usaha menguruskan mereka ke Australia namun biarlah kena pada harga dan tidak terlalu tinggi yang melampaui batas. Kebanyakkan mereka yang nak datang bekerja disini adalah dalam keadaan terdesak dan janganlah gunakan kesempatan ini untuk menangguk ikan di air yang jernih. Kasihanilah mereka jangan menipu dan letakkan bayaran yang tidak sepatutnya.

Fremantle, Western Australia.

Fenomena kedua berlaku di Australia adalah menawarkan perkhidmatan untuk memohon “PROTECTION VISA SUBCLASS 866 (XA)” @ lebih dikenali BRIDGING VISA di kalangan rakyat MALAYSIA. Rata-rata ramai tertipu dan kurang faham apa visa ini. Ada sebahagian memohon visa ini tanpa memikirkan masalah yang akan berlaku dimasa depan. Ada individu yang tidak bertanggunjawab ini telah mengenakan caj perkhidmatan Aud300- Aud5000 untuk satu permohonan. Untuk makluman harga sebenar visa ini adalah aud35 sahaja. Bagi pendapat personal saya, Aud300 untuk servis caj masih boleh diterima atas alasan pihak “agent” perlu menyiapkan kertas kerja dan sebab-sebab yang hebat untuk pemohon namun jika melebihi aud500 itu adalah satu penganiayaan dan penindasan terhadap kaum sendiri. Ditambah lagi, mereka tidak memberikan infomasi yang lengkap untuk visa ini dan menyebabkan masa depan pemohon dalam keadaan samar seandainya visa ini gagal/refuse.

Sepintas lalu, apa itu protection visa, protection visa ni didefinasikan untuk mereka yang mempunyai masalah dinegara sendiri yang memerlukan perlindungan dari kerajaan Australia atas sebab seandainya mereka balik ke MALAYSIA mereka akan dihukum, dibunuh, atau berlaku kekecaman keatas mereka samada secara fizikal atau mental. Terdapat beberapa faktor yang menjadi kayu ukur dalam memohon visa ini iaitu disebabkan penukaran agama, perbezaan politik, kewarganegaraan, atau berminat untuk menjadi gay/ lesbian. Setiap pemohonan visa ini haruslah mengemukakan bukti yang kukuh misal contoh anda memerlukan perlindungan disebabkan anda berhutang dengan AH long, Ceti Haram jika anda pulang nyawa anda diancam. Semua sebab diberi haruslah dikemukan bukti yang jelas dan tepat.

Namun kini tahun 2017 lambakkan rakyat MALAYSIA yang memohon visa ini telah menyebabkan 98% ditolak. Ini kerana MALAYSIA adalah negara kelas pertama yang mempuyai kestabilan politik-bermaksud tiada keganasan/peperangan, mempunyai perlembagaan iaitu jika mereka terjebak dengan ceti HARAM/AH LONG ada badan yang akan melindungi mereka iaitu Polis, dan lain-lain. Kesilapan berlaku disini apabila ramai yang tidak faham fungsi protection visa. Nak dapatkan visa ini sangatlah susah dan banyak akan diuji untuk mendapatkan visa ini. Jangan mohon visa ini jika anda masih muda berumur lingkungan 18tahun-35tahun kerana kita tidak tahu apa akan berlaku dimasa depan.

Fremantle, Western Australia.

Untuk makluman, setiap permohonan visa ini segala maklumat akan disimpan dan direkod didalam database immigresen. Justeru ini akan menyukarkan keluarga anda seandainya anda meletakkan segala butiran keluarga, adik-beradik dan ibu-bapa didalam permohonan ini. Misal contoh, anda mohon protection visa dan visa anda telah ditolak dan anda menetap di AUSTRALIA secara haram, apabila salah seorang ahli keluarga anda ingin ke Australia kebarangkalian untuk tidak dapat masuk adalah tinggi kerana rekod lampau anda yang tidak cantik. Besar kemungkinan akan menyukarkan mereka masuk dan memohon lain-lain visa.

Kepada pemohon visa ini KESAN yang akan berlaku dimasa depan adalah susah untuk mendapatkan pertolongan daripada mana-mana agensi untuk memohon visa lain. Jika anda telah memohon PROTECTION VISA ini AUTOMATIC anda tidak layak untuk memohon @ menukar kepada STUDENT VISA. Anda tidak lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan disini/Australia sekiranya visa protection anda ditolak. Tiada lagi peluang anda disini jika visa anda GAGAL.

Nasihat saya, jika masih muda janganlah mohon visa ini kerana kita belum tahu jika sekiranya kita nak kembali lagi ke Australia di masa akan datang. Pilihlah jalan yang cerah yang akan membantu kita untuk masa depan dan kehidupan akan datang.

Sila fahami, ambil tahu sebelum membuat permohonan visa ini. Jangan terikut-ikut dengan budaya ikut kawan dan sebagainya. Jika kita ingin membina kerjaya untuk masa depan, ingin berjaya di masa akan datang pilihlah jalan dan laluan yang betul.
Bina kerjaya di jalan yang betul, buatlah investment yang betul untuk masa depan.

Ada yang terkeliru PROTECTION VISA VS BRIDGING A,B,C,D,E. Rata-rata mereka tidak faham apa itu bridging dan beranggapan bridging itu adalah visa mereka telah lulus untuk menetap di AUSTRLIA.

BRIDGING VISA- dalam ayat paling mudah adalah visa menunggu yang diberikan kepada pemohon ketika pihak immigresion dalam proses untuk meluluskan permohonan visa yang dipohon. Sebagai contoh memohon protection visa, sementara pihak immigration membuat keputusan samada lulus/gagal mereka diberikan bridging ini dan bridging ini akan mendapat segala kebaikan sama seperti visa yang kini sedang dipohon. Contoh dari segi visa condition : Mendapat hak untuk bekerja, hak untuk hidup di Australia tanpa ganguan, hak untuk belajar dan sebagainya.

Kategori Bridging terbahagi kepada beberapa bahagian, paling banyak adalah BRIDGING A, BRIDGING C.
Bridging A- adalah permohonan yang dibuat sebelum visa sebelum tamat. Contoh VISA ETA belum tamat mereka memohon protection visa/ student visa dan automatic mereka dapat bridging A.
Bridging C- adalah pemohon yang membuat permohonan ketika visa sebelum telah tamat tempoh atau mereka telah menjadi illegal.
Untuk lebih mendalami info sila rujuk web immigration Australia.

***TIPS NAK ELAK DITIPU***
1. Sebelum memohon apa-apa visa sila gunakan carian engine google untuk mendapatkan info yang tepat
2. Jangan mohon visa sebelum tahu kebaikan, keburukan visa tersebut dimasa akan datang
3. Rujuk kepada websites department of Immigration and Border Protection Australia untuk mengetahui segala info.
4. Rujuk kepada orang yang bertauliah seperti peguam, migration agent, study agent untuk sebarang info tambahan.
5. Jangan buat pembayaran jika “agent/scammer” tidak memberikan anda info yang tepat
6. Jangan semudahnya memberikan wang kepada mereka untuk membuat permohonan visa.
7. Pastikan anda tidak mengikut kawan untuk memohon apa-apa visa
8. Pastikan anda kaji dan selidik terlebih dahulu latarbelakang “orang” yang akan membuat permohonan anda.
9. Pastikan anda sentiasa berhati-hati sebelum membuat apa-apa keputusan
10. Sentiasa bertanya dan cuba ambil tahu keadaan visa semasa, bukan terikut trend yang hot sahaja.

Moore River Beach, Western Australia.

Semoga, info diatas bermanfaat kepada mereka yang bakal atau telah pun berda di Australia dan kepada “AGENT/SCAMMER” janganlah membuat penipuan dengan menjanjikan yang manis-manis kepada mereka yang terdesak untuk terus menetap di Australia untuk mencari rezeki yang halal.

Pada penghayatan dan pengalaman saya, ambilah keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke sini menjadi satu titik point untuk membina kerjaya disini secara sah. Laluan sebagai pelajar disini sangat cerah untuk membina kerjaya dimasa depan.
Saya ucapkan selamat maju jaya yang ingin menjadi anak rantau. I.allah di lain masa saya akan menulis lagi dari sudut seorang anak rantau yang ingin berjaya membina kerjaya dimasa depan di bumi Australia.

Sekian anak rantau,
Terima kasih kerana membaca
Sila kongsikan kepada rakan anda

Follow fb & Ig: Nora Firdaus, @norafirdaus

Kepada anda yang nak kerja di Australia boleh hubungi 01126373014.

8 KOMEN-KOMEN

  1. Salam
    Picking blueberry start sikit2 hujung bulan ni. Berminat boleh whatsapp or call.
    Buat yang di Malaysia nak ke Australia boleh hubungi saya. Tiada agen fee. Saya cuma guide sahaja.
    +61456637718 firdaus
    Lokasi coffs harbour nsw

    Visa protection saya boleh buat 100aud upah

  2. Maaf info ni bagus CUMA KURANG TEPAT pada setiap point dia bagi. Jadi mohon penulis semak semula penulisan info anda

  3. TQ.Saya telah baca artikal di atas.Apa nasihat anda jika orang Malaysia pergi ke Australia atas tujuan sosial visit.tetapi ada niat untuk bekerja sebagai petik buah di ladang,sekarang ini pun mereka sudah ada di Australia.

  4. For someone need to apply for Bridging visa A or Bridging visa c can pm or whatsapp +61422438811..$250aud + 1st time review…

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here