KONGSIKAN
Sumber Gambar, Google.

Menurut Berita Harian dalam laporannya mengatakan wanita berusia 25 tahun dan keatas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong. Ini adalah berita yang gembira untuk kaum hawa. Jika sebelum ini hendak menunaikan Umrah kena ada teman mahram untuk kesana sama ada ayah, adik lelaki, abang, atau suami. Tapi tidak lagi untuk tahun ini. Info ini dilaporkan oleh jurucakap Suruhanjaya Pelancong dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi.

Tapi, haa mereka yang bawah berusia 25 tahun masih lagi kena ada mahram untuk kesana. Yang dibenarkan cuma 25 tahun keatas sahaja.

Menurut Berita Harian lagi, Ketua Pengarah Jabatan Pelesenan SCTH, iaitu Omar Al-Mubarak berkata, “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ianya sah selama 30 hari. Visa ini juga turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk lah bagi mereka yang berkerja, melancong, menunaikan haji, dan umrah.”

SCTH berkata lagi, peraturan ini akan diumumkan dan diberitahu dalam tempoh suku pertama tahun ini. Dan ini adalah berita gembira untuk kaum hawa yang berusia 25 tahun keatas.

Lepas ni boleh la anda pergi menunaikan umrah dan haji dengan group-group travel sendiri. Huhu. Tapi yang 25 tahun keatas sahaja. Yang belum cukup umur boleh pergi dengan ahli keluarga sanak saudara.

P/s : Jangan lupa share berita gembira ni.

 

 

1 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here