KONGSIKAN
Ni pon dekat morning calm garden. Banyak drama historical korea shooting kat sini. Kalau pakai hanbok kat sini mesti lagi cantik view tu

Itinerari dan tips lengkap ini dikongsikan oleh Puan Haraza atau dikenali sebagai Cik Kiah di Facebook.

KIAH PEKASAM TAKES KOREA 9H 8M
……………………………………………………….
……………………………………………………….

Memandangkan ramai sangat yang pm, wassap dan komen suruh share intenery dan bajet korea aritu, So arini kita share semua dengan korang ye. Harap boleh bantu sikit sebanyak kat korang yang tengah plan nak bercuti di korea tu. Kiah ke korea main redah je takda tour guide. Intenerary pon takda study mana. Hari nak jalan baru plan nak kemana. Travel kali ni memang plan nak light2 je tanak rushing dan sebab tu la pergi lama sikit.

LIST TEMPAT YANG SEMPAT PERGI
==========================
1. Ewha University
2. Ewha street
3. Nami island
4. Morning calm garden
5. Deoksugung palace
6. Itaewon
7. Namsam tower
8. Haneul park
9. Gwangjang market
10. Hongdae
11. Dongdaemun market
12. Namdaemun market
13. Myeongdong street
14. Gangnam street
15. Bukchon hanok village
16. Gyeongbokgung palace

  1. First day bertolak dari KUALA LUMPUR KE INCHEON AIRPORT KOREA menaiki AIR ASIA X. Flight pukul 7 pagi dan sampai di incheon airport pukul 3 petang. Dari airport terus cari train pergi ke HONGIK STATION . Sampai hongik station terus ke BOA TRAVEL GUESTHOUSE. (Kat gambo nanti kiah cite guesthouse ni). Malam tu lepak area hongdae street je sebab jarak guesthouse dengan hongdae dekat dan boleh jalan kaki. Hongdae street ni best sebab kalau malam minggu happening dengan street dance dan kpop. Kawasan budak muda orang kata. Boleh la cuci mata tengok oppa hensem. Eh! Haha
  2. Hari kedua jalan area EWHA UNIVERSITY dan EWHA STREET. Time autumn ewha university ni sangat cantik dengan daun yang kalerful ye. Dan pada kaki shopping, ewha street tempat shopping yang murah berbanding kat tempat lain sebab student area. Lunch plak dekat dengan SINCHON nama kedai GOSAME. (Refer gambo bawah)

    Ewha university. Cantik sangat university ni. University ni khas untuk pompuan je. Penat gak nak menapak sampai depan nung
  3. Hari ketiga plak pergi NAMI ISLAND dan MORNING CALM GARDEN. Jangan risau kat nami island tu banyak je makanan halal. Jangan lupa try nasi goncang ye! Manakala morning calm garden ni korang wajib pergi sebab kat garden tu banyak bunga yang lawa. Kalau nak pergi ke morning calm garden tu naik bas dari nami island dalam sejam setengah jugak baru sampai. Kena standby ubat dan makan jangan kenyang sangat sebab nak pergi garden tu jalan dia bengkak bengkok. Boleh la rasa mabuk dan muntah time balik. Jalan naik genting highland pontak teruk jalan nak pi garden ni.
    Geram nya lahai kat bunga ni. Macam macam jenis bunga ada. Nak view camni boleh datang morning calm garden.
    Kat nami island time ni. Pokok ni je yang banyak daun lagi. Pokok lain sume dah botak tinggal ranting je. Sempat oo oo tee dee macam cik ta 🤣

    Ewha university. Cantik sangat university ni. University ni khas untuk pompuan je. Penat gak nak menapak sampai depan nung
  4. Hari ke empat kita ke DEOKSUGUNG PALACE. Istana ni time autumn sangat la cantik (refer gambar bawah) Lepastu ke ITAEWON dan NAMSAM TOWER. Nak cari makanan HALAL, kat itaewon ni memang banyak restoran halal. Sangat senang cari sebab dia dekat masjid. Sempat la rasa lunch kat EID RESTAURANT. Makanan kat eid ni sumpah sedap. Kena try kalau korang ke itaewon. Lepas tunggu husband solat jumaat habis, petang tu kami ke namsam tower. Nak lock kunci kat atas kata nya.
    Dekat dalam deoksugung palace. Cantik sangat time autumn!

    Ni belakang deoksugung palace je. Ramai yang tak tahu area belakang ni sebab time kami shoot, takda orang sangat. Padahal view belakang istana ni cantik sangat2. Macam dalam lukisan
  5. Hari kelima pagi pagi lagi dah keluar pergi HANEUL PARK. Taman ni sangat lawa sangat kalau nak photoshoot. Sebab nya kat haneul park ni ada satu taman yang penuh dengan pokok lalang. Lalang pon cantik oi kalau tanam banyak banyak macam kat haneul park ni. Lepas ke haneul park, destinasi seterusnya ke gwanjang market. Orang cakap market ni murah kalau nak beli kain cotton. Sempat la jugak kiah borong kain cotton sampai 9 helai. Lepas dah shopping balik ke hongdae balik sebab tak tahan sangat sejuk aritu.

    Kita ke haneul park. Naik buggy ni. Jalan kaki pon boleh. Tu pon makan masa sejam nak sampai. Naik buggy dalam 3000 won roundtrip sorang.
  6. Hari ke enam bersiap siap nak pergi BUKCHON HANOK VILLAGE, GYEONGBUKGUNG PALACE. Excited sangat sebab teringin nak pakai hanbok macam puteri raja. Lepas pusing dua tempat ni kami ke INSADONG STREET nak beli souvenir. Orang kata kat street ni murah kalau nak beli souvenir. Sempat jugak la beli sikit sikit sebab nanti kiah akan share tempat souvenir yang lagi murah dari insadong ni. Dah puas ronda insadong street kita ke HAN RIVER PARK. Tapi dekat han river ni tak lama sebab suhu time tu dah cecah negatif. Sejuk sangat dan tak tahan gigil.
  7. Hari ke tujuh kita ke DONGDAEMUN PLAZA, NAMDAEMUN MARKET dan MYEONGDONG STREET. Sempat jugak la beli brooch dan lepak kat cat cafe kat myeongdong. Lunch plak dekat BUSAN JIB area myeongdong . Sedap jugak makanan dia

    Myeongdong street. Tempat wajib kalau nak beli skincare dan makan.
  8. Hari ke lapan memang free and easy. So nak jugak kenal GANGNAM STREET. Orang kata tempat ni ramai orang have have dan artis kpop lepak. Kedai dia pon agak mahal kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Petang nya pulak balik hongdae balik sebab malam tu terus ke airport incheon. Tido airport sebab takut rushing esok nya. Ok je tido airport sebab ramai jugak time tu orang tunggu flight masing2
  9. Flight INCHEON KE KUALA LUMPUR pukul 9 pagi

***BAJET DAN COSTING KOREA UNTUK 2 PAX***
……………………………………………………..
……………………………………………………..

  1. Fight air asia = RM 2300 untuk dua orang return ( beli takda time promo)
    3. BOA travel guesthouse = RM 1100 termasuk tax
    4. Makan RM 700
    5. Fees entrance dan tiket RM 150
    6. T- money RM 450 (dua orang)
    7. Baju hanbok untuk dua orang RM 160 untuk dua jam.
    8. Shopping sediakan pitis yang mencukupi. Hehehe
    9. Travel recomended wifi RM 135 tak termasuk depo RM 200
    10. Total hangus tak termasuk shopping RM 5000 ++

*******Bajet ni boleh buat lagi murah dan sikit lagi sebenarnya. Terpulang berapa hari nak pergi dan tiket flight. Kalau dapat tiket time promo lagi murah. Boleh save banyak bajet lagi.

Tips dan guide di sana
================

  1. Boa travel guesthouse
    – Guesthouse ni sangat best sebab selain lokasi yang strategik, dekat dengan station subway iaitu hongik station dia jugak ada halal restaurant kat tingkat 1. Makanan pon sedap dan kalau stay kat boa ni patut try makanan dia. Kitchen masak dia plak memang disediakan peralatan berasingan untuk muslim. So tak da campor lagi dah dengan yang lain.

    Bilik di BOA travel guesthouse. Super selesa dan bersih. Ada bilik air private dan heater. Tak da la sejuk ketor kalau nak tido
  2. Guna HALAL NAVI GUIDE
    – Nak cari makanan halal kat korea install apps halal navi guide.
  3. GOOGLE MAPS
    – Boleh guna google maps untuk ke mana mana. Guna bas dan subway. Kadang2 guna bas lagi senang tak perlu turun naik subway.
  4. Dekat incheon airport tak disediakan wrap luggage service. Kalau flight pagi pagi, disarankan tido airport sebab hal berkaitan imigresen dan check in pon makan masa. Takut nanti terlepas flight plak.
  5. Kalau bercadang nak shopping kat korea, beli luggage siap siap masa beli tiket. Kalau beli luggage kat airport akan mahal dari biasa
  6. Nak shopping souvenir murah boleh ke DOOTA PLAZA dekat dongdaemun. Ada satu kedai tingkat 6 nama ARIRANG. Dekat situ memang souvenir sangat murah berbanding insadong. Kiah dah compare harga dan kedai arirang ni memang murah.
  7. Makanan kat korea agak mahal ye so bajet2 je la kalau makan. Macam kami makan sekali sehari dan lepastu malam makan nasik instant. Boleh beli dekat speedmart dan panaskan. Makan dengan serunding ataupon lauk yang dibawak dari mesia.
  8. T- money tu macam kad touch and go. Boleh bayar bas dan subway ataupon bayar dekat mart yang terpilih.
  9. Tempat makan halal yang banyak boleh ke itaewon.
  10. Kalau ke nami island, semolek nya pergi awal pagi sebab jarak perjalanan agak jauh.
  11. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dekat seoul yang tak sempat kami pergi. So korang yang nak pergi boleh la plan dari awal sebab trip kami kali ni sangat last minit. Flight, hotel pon book last minit
  12. Boleh try makan kat myeongdong street. Banyak je makanan yang best dan halal. Janji kena pandai pilih
  13. Kalau nak beli baju yang stylo dan murah. Baik beli kat sana lagi banyak pilihan. Boleh ke hongdae street kalau nak shopping barang yang stylo. Harga pon takda la ketuk gila gila
  14. Last but not least, kena prepare ubat dan skincare yang sesuai ye. Memandang kan suhu terlampau sejuk aritu kulit pon jadi kering dan kusam. So kiah bawak skincare dari honeybee. Alhamdulillah sangat elok dan kulit kering pon kurang.

👉🏻 Ni je la tips dan bajet kiah ke korea aritu. Harap dapat membantu pada korang yang tengah plan nak ke korea. Mana yang nak SHARE tu di alu alukan ye. Happy holiday uols❤️❤️

Ni la kedai grilled ikan bakar tu. Dekat dengan sinchon. Dari guesthouse nak ke sini dalam 700 meter. Nak menapak boleh nak naik subway pon boleh.
Makan grilled mackarel, sondobu jigae dan sotong sambal. Memang terbaik makan sini dan sedap gila. Sampai repeat dua kali datang makan sini.
Pegawai istana di deoksugung palace. Dalam pukul 10 pagi akan ada acara pertukaran pengawal istana
Pegawai istana di deoksugung palace. Dalam pukul 10 pagi akan ada acara pertukaran pengawal istana
Orang kata rugi kalau datang korea tak rasa strawberry dorang. Buah dia lain macam manis. Memang sedak dan yang pasti repeat lagi beli. Hehehe
Wah princess kemain happy!
Ni pon dekat morning calm garden. Banyak drama historical korea shooting kat sini. Kalau pakai hanbok kat sini mesti lagi cantik view tu
Morning calm garden. Rasa nya banyak historical drama korea berlakon kat sini

Silakan SHARE jika bermanfaat ye.

1 KOMEN

  1. Assalammualaikum.

    cantik2 gambar cik didalam entry ni. teringinnya nak pergi ke korea .

    boleh saya tau masa cik pergi ni dalam bulan bila ya? nak dapatkan daun2 daun autumn yang cenggini. tq jika sudi membalas.

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here