KONGSIKAN

Ada yang kata susah nak cari makanan halal kat Kota Kinabalu. Nak cuba tak makanan tempatan Sabah yang HALAL lagi sedap?

Kedai Kopi Kak Tini

Pertama sekali jom kita ke Kedai Kopi Kak Tini. Pesan pisang goreng.

Sebab apa?

Pisang goreng dia paling SEDAP di KK ni. Rugi kalau tak cuba. Lepas makan pisang goreng ni, mesti rasa macam taknak balik.

tripadvisor [dot] com [dot] my

Lokasi Kedai Kopi Kak Tini ni berada di sudut hujung di Jalan Gaya. Selain pisang goreng, menu yang disukai ramai adalah nasi kuning. Terfikir je pun dah terliur

Restoran Fook Yuen

Jom cuba kahwin. Eh, bukan kahwin antara lelaki dan perempuan.

Dekat sini kahwin bermaksud penyatuan kaya dan mentega dengan dua keping roti yang gebu lagi lembut.

eatbah [dot] com
Imej dari sumber
Minat dengan makanan cina?

Di sini turut menyediakan Dim Sum Halal. Gabungkan sekali dengan teh tarik atau kopi. Perghhh… Melengkapkan petang dengan sempurna.

dim-sum-halal-fook-yuen

Fook Yuen terletak di pusat membeli belah McCully yang menjadi tumpuan ramai. Selain dim sum, banyak lagi masakan cina yang boleh dicuba.

Restoran Kak Nong

Kak Nong ni dekat sangat dengan bandar Kota Kinabalu, di Jalan Coastal. Tempat letak kereta pun disediakan banyak. Senang nak letak kalau sewa kereta dan pandu sendiri.

newpages [dot] com [dot] my
Imej dari sumber
Kak Nong ni menyediakan makanan citarasa Melayu. Jadi kalau lidah dah sebati dengan masakan Melayu boleh datang sini. Cuba soto, laksa dan gado-gado.

Restoran Nasi Ayam Singapura

Walaupun namanya antarabangsa tapi Restoran Nasi Ayam Singapura ini adalah rangkaian tertua di Negeri Sabah.

Ayam yang dimasak secara kukus atau panggang ini telah menambat hati pelancong buat sekian lama.

mahumahu [dot] com
Imej dari sumber

mahumahu [dot] com
Imej dari sumber
Nasi ayam disajikan dengan sos resepi rahsia turun temurun.

Kecur air liur bila difikirkan.

Restoran Nasi Ayam Singapura ini terletak di dalam Kompleks Karamunsing di Jalan Tuaran. Pergi ke Tingkat Pertama Blok C ya.

.

Jadi, persoalannya sekarang. Nak makan yang mana dulu? ?

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

.

p/s: Jom like FB Page kami untuk dapatkan lebih banyak info dan tips travel!

3 KOMEN-KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here