KONGSIKAN

Artikel ini ditulis oleh Marya Yanie

Percutian Bajet ke Boracay 2017
<17 till 21/Aug>

Hello guys, as promised kot2 ade yg berkenan nak pergi bolehlah baca as references. Rough budget utk 4 orang selama 5hari.

1. Flight cost

JB – KUL : RM83++
KUL – KALIBO : RM358++
*Harga return per person. Nak lagi murah tunggu final call dr AA 😏

2. Accomodation

Lolas Lodge <5D4N> : RM561++ (4 person)
*Location berdekatan D’mall (station 2). 2 katil double decker, dapur, TV and attached bathroom. Bilik xberapa besar tp katil boleh muat sampai 8 orang. Cuma wifi dia je quite poor even guna local simkad pun poor 😂

3. Transportation

Utk ke Boracay island dari Kalibo Airport, kau kene naik 3 jenis pengangkutan.
Kalibo – Jetty Caticlan naik Van/private car : RM21 @250 peso (per person one way).
*Perjalanan dalam 2jam. Sampai di jetty kau kene bayar Terminal & Environment fee RM15 @175 peso per person. Masa kau nak balik nanti pun still kene byr terminal fee jgk dlm 50 peso. Tp environment fee xpayah.
Jetty Caticlan – Boracay island naik boat.
*Harga boat ni dah termasuk dlm 250 peso kau byr td. So no payment required.
Boracay island – Hotel naik tricycle (ala2 tuktuk).
*1 tricyle kalau kecil RM9 @ 100 peso. Besar dalam RM13 @ 150 peso. So kalau korang 4 org, share2 murahlah dptnya 😊

4. Activities

Direct deal dgn Mr Willy Berdonar utk arrange activities kitaorg kat sana.
– Island Hoping (Crystal Cove, Cliff Jumping, Snorkeling at Crocodile island, puka beach)
– Zipline & ATV
– Sunset Sailing & Parasailing
– Helmet Diving
Price included entrance fee : RM393 @ 4500 peso per person.
* Really recommended korang guna local guide kitaorg ni. Punctual, responsible, jenis xberkira and easy going 😊

5. Makanan

Since travel on budget, kitaorg xmakan luar pun sepanjang kat sana. Kitaorg akan ke D’talipapa market utk beli seafood, beras, minyak semua tu and masak kat rumah. Harga kat sana pun murah, janji kau pandai bargain. No kau wajib bargain 😂 Ikan merah setengah kilo boleh dpt dlm RM13 @ 150 peso je, sotong sekilo RM22 @ 250 peso. Udang xbeli sebab mahal sekilo je da dekat RM80 ke 100😂 so, dr mesia just bawak perencah segera jela. Mcm kitaorg, beli perencah sup sayur ke, perencah asam pedas and tomyam. So xyah susah2 masak just masuk2kan then kenyang! 😂 Kat sana pun aktiviti xbrp rushing sgt. So mmg sempat sgt nak masak. Tp kalau korg jenis travel 3 hari je,better korg makan je area D’talipapa ada kedai makanan halal cuma harga sorg up to 30 kot sekali makan 😂

6. Cuaca

Waktu terbaik nk p boracay antara bulan 11 ke bulan 5. Waktu ni peak season, ramai tourist especially koreans. Kalau kau pergi antara bulan 8 ke 10 risk sbb asyik hujan je and strong wave. So nak amek gambar and buat aktivities kat sana jd xbrp best. Tp okeh je sebenarnya, xkan 24jam hujan je kat sanakan 😂

7. Action Camera

Haa, yg ni wajib bawa! Sbb bnyk gambar2 best kau boleh shoot kat sana. Atas laut, dlm laut, penjuru laut semua cantik2 😭😂 Ramai je tourist yg xde action cam dia beli monopod hp, tp risk lah. Kang jatuh xpasal2 rosak. Boleh guna cuma hati2 jer 🤗

8. Souvenir

Kalau nak beli Souvenir murah boleh try area D’talipapa or D’mall. Standard harga utk Fridge magnet satu 50 peso and 7 key chains 100 peso. Kalau kau dpt lebih jgn beli! Usha tempat lain.

9. Airport Tax

Yg ni tolong hadam betul2 ye 😚 Masa nk balik nanti akan dikenakan airport tax RM62 @ 700 peso. Tolong jgn compiden sgt abeskan duit peso korg kat sana 😂 at least simpan dlm 1000 peso utk airport tax and terminal fee masa nak balik nanti. And friendly reminder AA dekat Kalibo agak ketat. Since dia xde self check in machine, korg akan dptkan flight tix dekat kaunter and dia akan timbang beg korang satu2. Cannot exceed 7kg! 🤣 and kalau korg backpack and jenis bawak extension wire, masa custom check nak balik tu kene rampas ye unless check in baggage 😂

So, roughly total cost kitaorg kt sana dalam RM1300~1400 shj all in per person 😊

– Be a wanderlust –

P/S- Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain. Jangan lupa tekan butang share 🙂

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here