Lembah Temir Resort, Tersembunyi Di Belantara Hutan Raub Pahang

Lembah Temir Resort, Tersembunyi Di Belantara Hutan Raub Pahang

Share Artikel

Anda dah lihat video promosi Lembah Temir Resort di atas? Anda rasa macam mana? Cukup menarik tak?

Resort ini juga dikenali dengan singkatannya LTR adalah resort yang menyediakan air terjun kepada anda sebaik anda membuka pintu. Serius tak ramai yang mengetahui tentang resort ini.

Asalnya resort ini adalah tempat private retreat bagi ahli keluarga pemilik resort dan rakan-rakannya. Resort ini akhirnya dibuka kepada orang awam setelah ramai yang bertanyakan tentang resort ini.

Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada resort ini.

Ada sungai kecil yang sangat jernih dan sejuk mengalir di bawahnya. Kami difahamkan air sungai ini berasal dari pergunungan di pedalaman hutan pahang.

Resort yang terletak 2 km dari jalan luar ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan dan merehatkan fikiran.

Anda boleh mendengar deruan air terjun yang terletak bersebelahan bilik resort anda. Resort ini juga pernah menyaksikan upacara akad nikah berlangsung di resort ini.

Menarik kan?

Memang syok!

Pelbagai aktiviti menarik ada di sini. Antara aktiviti menarik yang ada seperti memancing, paintball, futsal, jungle trekking, mandi sungai, karaoke dan sebagainya.

Ini point paling penting, mengalahkan perkara-perkara lain.

Makanan...

Tak guna kalau ada tempat secantik istana kalau makanan tak sedap.

Resort ini memilih tema masakan tradisional Pahang sebagai menu utama. Namun, pada sebelah malam ada dihidangkan seafood seperti ikan, ketam serta udang.

Bagi penggemar BBQ pula, tempat memanggang ayam/daging juga ada disediakan.

Review daripada pengunjung mengatakan, pasal makanan memang puas hati. Berbaloi-baloi. Kalau ada 5 bintang, mereka akan rate 6 bintang.

Mana taknya, puas makan sehari 4 kali makan. Makanan akan disajikan secara buffet. Anda akan menikmati sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, serta makan malam.

Lupa nak cakap. Anda juga boleh makan tengah hari selepas anda check out dari resort pada hari terakhir penginapan anda.

Fuhh…

Jika anda berkunjung pada musim buah-buahan, segala buah-buahan yang terdapat di sini adalah untuk dinikmati oleh anda. Tapi anda kena bayar mengikut harga buah pada waktu itu.

Rambutan? Ada...
Pulasan? Ada...
Manggis? Pun ada juga...

Durian?

Ada 2000 pokok durian... Dan kebanyakannya Durian Musang King ataupun D24. Meleleh air liur dapat makan buah segar dari dusun.

Mungkin ada yang tak perasan, kebanyakan resort yang mempunyai buah-buahan banyak terdapat di dalam dusun. Tetapi tidak bagi resort ini.

Resort ini terletak di dalam hutan yang redup, air terjun yang jernih, dan persekitaran yang tidak terganggu.

Mana nak cari kan?

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

Share:

6 comments on “Lembah Temir Resort, Tersembunyi Di Belantara Hutan Raub Pahang”

  1. Sy nak booking utk 2 couple ...8&9/10/16...cuba hubungi 0145228899, 0192310400
    0122112259
    0122189812...semua tak dpt dihubungi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open
Warning: is_file(): open_basedir restriction in effect. File(woocommerce.php) is not within the allowed path(s): (/home/admin/web/travelkliq.com/public_html:/home/admin/tmp:/bin:/usr/bin:/usr/local/bin:/var/www/html:/tmp:/usr/share:/etc/phpMyAdmin:/etc/phpmyadmin:/var/lib/phpmyadmin:/etc/roundcubemail) in /home/admin/web/travelkliq.com/public_html/wp-content/plugins/adsanity/vendor/device-detector/autoload.php on line 27