Lelaki Ini Kongsikan Video Sepanjang Bercuti Di Luang Prabang, Laos

Lelaki Ini Kongsikan Video Sepanjang Bercuti Di Luang Prabang, Laos

Share Artikel

Perkongsian video ini daripada Firdaus Yasin ( wakil Teroqa ) bercuti bersama dengan rakan-rakan yang lain di Luang Prabang, Laos selama 3 hari 2 malam.

  1. Di sini memang susah untuk dapatkan makanan halal. Restoran makanan halal ada di dalam video.

  2. Menurut sumber pemandu pelancong di sini, kira-kira 20 orang sahaja penganut agama islam di sini.

  3. Ada sumber mengatakan, Air Asia menunggu hampir 3 tahun untuk mendapat kebenaran mendarat di Luang Prabang. (Nak info yang lebih sahih, sila tanya Air Asia sendiri).

  4. Dengan bajet bawah RM1000, percutian anda di sini selesa (flight, penginapan, pengangkutan, cenderahati, makan).

  5. Sebaiknya, sewa van. Mudah sebab dia bawa kita ke mana saja yang mahu tuju. Uber/Grab? Macam tak ada saja di sini. Haha

  6. Ini antara tempat yang kami sempat kunjungi, 3H2M memang terhad.

  7. Kalau nak tukar duit, baht. Sampai Luang Prabang, tukar duit Laos.

  8. Internet, beli di airport pun okey. Harga masih berpatutan. Nanti pilihlah yang mana sesuai ikut citarasa dan bajet penggunaan.

  9. Ya, Laos ini negara komunis.

  10. Sekian saja info yang saya ingat. Ya ampunn.

Selamat menikmati video percutian ini!

Silakan share.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open