Kisah Bagpack Dicuri 'Homeless' Ketika Tidur Sewaktu Travel Di Czechia.

Kisah Bagpack Dicuri 'Homeless' Ketika Tidur Sewaktu Travel Di Czechia.

Share Artikel

Kisah ini disunting dari perkongsian oleh Iggy Malique yang sekarang sedang mengembara ke Czechia.


"BILA TUHAN NAK UJI KAU, TAPI PADA MASA YANG SAMA DIA KASIHANKAN KAU"

Kisah bagpack diambil orang ketika tidur...

Semalam, aku sampai di Prague, Czech Republic dengan menaiki bas dari Krakow, Poland. Kini ia telah dinamakan sebagai Czechia. Jarak perjalanan ini lebih 500km.

Waktu malam aku ingat nak bermalam sahaja di mana-mana sebab kebiasaannya stesen bas dan kereta api akan tutup pada jam 12.

Czechia. Sumber Linkedin.

Jadi seperti biasa, aku mencari taman untuk tidur.

Lebih kurang jam 3.40 pagi aku bangun dan sedar-sedar bagpack aku yang besar dah tak ada kat tepi aku. Terus aku bangun, gulung tikar dan sleeping bag.

Berkata aku pada diri sendiri.

"Tolong jangan panik Faizul."

Mencari dan menyuluh kawasan sekitar mana tahu bag aku dialih dan disorok budak-budak nakal pada waktu malam.

Aku terus pergi ke tong-tong sampah berhampiran, dengan harapan dapat jumpa kembali bagpack aku sebab tiada barangan penting di dalam bagpack aku itu.

Aku bawa 2 bagpack, 1 untuk pakaian, 1 lagi untuk barang-barang penting macam kamera, passport, alatan-alatan kecil dan sebagai tempat untuk simpan botol air dan makanan.

Bagpack kecil atau daypack itu aku buat bantal untuk alas kepala aku sejak beberapa hari lepas.

Lalu aku pergi ke balai polis berdekatan. Hanya lebih kurang 200 meter dari taman. Tekan doorbell 2 kali.

Tiada jawapan...

Aku kembali ke taman dengan harapan berjumpa balik orang-orang yang barangkali sedang menyelongkar bagpack aku.

Czechia. Sumber Leafly.

Dari jauh kelihatan 3 orang, kelihatan seperti homeless sedang khusyuk menyelongkar sebuah beg. Aku pergi menghampiri dia orang dan ternyata betul.

Itu bagpack aku.

Aku meminta bagpack aku.

Dia orang cakap dia orang beli bagpack aku ini dari seorang homeless lain yang dia orang jumpa dengan harga 300 czech khrone.

Entah boleh percaya ke tak.

Aku gertak untuk panggil Polis. Tapi dia orang kata, panggillah polis.

Dalam hati aku berbisik...

"Kenapalah polis tak nyahut panggilan aku menerusi doorbell yang aku tekan tadi."

Dia orang kata kalau nak bagpack aku balik, bayar 300 czech khrone.

Aku dah malas nak berfikir panjang aku cakap kat dia orang, bagi bagpack aku balik dan aku bagi 10 euro kat dia orang.

DEAL!

300 czech khrone bersamaan kurang sikit dari 10 euro.

Aku check balik barang-barang yang dia orang ambil.

Tak banyak.

Cuma peralatan toileteries seperti ubat gigi, berus gigi, sabun, syampu mandi, kurma, lampu lantern untuk camping hilang.

Aku pun pasrah sajalah janji barang-barang aku dapat balik.

Tidur di Taman Helsinki berbumbungkan khemah bagpack.

Lepas itu, aku kembali ke balai polis untuk maklumkan perkara ini.

Macam biasalah, dia orang pun tanya soal jawab sikit. Tanya ada barang hilang tak, warning bagai jangan tidur di taman.

Ya, aku tahu!

Tapi aku nak save budget, travel untuk tempoh yang agak lama.

Aku fikir besok pagi sajalah baru aku nak cari hostel selepas fed up belasan mesej yang dihantar kepada host-host di Couchsurfing untuk cuba bermalam semalam dua di rumah mereka.

Tapi kebanyakan tiada di rumah kerana melancong.

Musim panaslah katakan. Dan juga sebahagian besar daripada mereka sibuk dengan hal masing-masing. Tapi itulah... Lain kali janganlah taruk status "Accepting Guest" dekat Couchsurfing.

Namun, aku tetap syukur dapat balik bagpack aku. Kalau tidak memang aku fikir nak beli tiket balik rumah sajalah.

Pengajaran, sentiasa hati-hati dan waspada dengan kawasan sekitar.

Bagpack kalau boleh jangan berjauhan dengan kita, kalau boleh peluk, walaupun tidur tak selesa janji barang kau tak hilang.

Mesti ada orang antara korang berkata dalam hati.

"Padan Muka."

Terpulang lah.

Bukan senang aku nak tulis panjang-panajng macam ini. Aku cuma nak sama-sama beringat saja dan buat orang lain boleh ambil iktibar dengan perkara yang terjadi dekat aku ini.

Sekian.

Inilah dia gambar bagpack yang dicuri 'homeless'.
Pemandangan dari hostel di Prague, Czech Republic.

Hati-hati jaga bagpack elok-elok sewaktu travel okey. Nak jalan jauh.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open