Kini Netizen Tak Perlu Ke Sabah Untuk Berkunjung Ke Rumah Terbalik!

Kini Netizen Tak Perlu Ke Sabah Untuk Berkunjung Ke Rumah Terbalik!

Share Artikel

Dulu bila sebut rumah terbalik, tempat pertama yang terlintas di dalam kepala kami adalah Sabah. Lebih tepat lagi, kami terfikir tentang Tamparuli.

Kini tidak lagi...

Ada satu berita baik buat anda, sekarang anda tidak perlu lagi menempah tiket flight ke Sabah untuk merasai pengalaman masuk ke rumah terbalik.

Di Kuala Lumpur pun sudah ada rumah terbalik.

Rumah Terbalik Tertinggi Di Malaysia

Kuala Lumpur Upside Down House menjemput netizen yang berkeinginan untuk merasai suasana rumah terbalik tertinggi di malaysia ini supaya berkunjung ke galeri mereka.

Nak pergi sini pun senang. Lokasi galeri pameran mereka terletak bersebelahan Menara Kuala Lumpur (KL Tower).

Harga tiket berbeza bagi warganegara dan bukan warganegara. Bagi warganegara Malaysia, tiket orang dewasa cuma berharga RM19 manakala bagi kanak-kanak pula RM14.

Pengunjung bukan warganegara Malaysia perlu membayar harga yang sedikit tinggi. Harga tiket bagi orang dewasa RM24 dan RM19 bagi kanak-kanak.

Taman pameran ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga jam 7 malam.

Anda Nak Buat Wedding Photoshoot Di Sini?

Ada yang menguntungkan di sini, pengunjung bebas untuk bergambar dan menggayakan pelbagai aksi yang nampak ganjil dan rare di setiap struktur menarik di sini.

Bila lagi anda nak tunjukkan bakat terpendam... kan?

Kami cadangkan mereka yang mahu buat wedding photoshoot supaya ambil peluang keemasan ini.

Suasana di dalam dan luar rumah direka dengan susun atur yang betul-betul terbalik. Dapur, sofa, almari, dan segala jenis perabot termasuk pinggan adalah terbalik.

Malah, kereta di tempat parking pun terbalik juga.

Senang cerita, rumah tersebut adalah rumah sebenar dengan perabot sebenar tetapi terbalik.

Ini membuatkan kami terfikir, siapa agaknya yang mula-mula mencetuskan idea rumah terbalik ni ya?

Genius.

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open