Kenapa Anda Perlu Pergi Hiking Di Bukit Tabur?

Kenapa Anda Perlu Pergi Hiking Di Bukit Tabur?

Share Artikel

Bukit Tabur adalah salah satu tempat hiking yang mula terkenal dalam kalangan pendaki-pendaki baru. Iyalah, nak ke Bukit Broga jauh dari ibu kota.

Jadi lambat sikit nak sampai sana.

Haha.

Dah pernah pergi tak?

Kat mana Bukit Tabur?

Terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. 30 minit pandu dari KLCC je dah sampai. Wehuu. Dekat sangat.

Kenapa Bukit Tabur?

Kepada pendaki amatur, diingatkan bahawa tahap kesukaran mendaki adalah 3/5. Bukan seperti Bukit Broga yang kesukaran dia 1/5.

Trek dia ada dua trail iaitu Tabur West dan Tabur East. Disarankan kepada siapa yang baru nak cuba mendaki Bukit Tabur, lalu jalan Tabur West. Kerana Tabur West lebih mesra pengguna.

Trek memerlukan skil memanjat untuk sampai ke puncak.

Mencabar dan menarik. Dengan ketinggian 396 meter. Pendakian boleh sampai 3-4 jam. Tengok kepada skil pendaki dan trafik di bukit. Hujung minggu confirm ramai nak naik.

Sumber: trekntrail

Yeay. Boleh naik tak perlu guide.

Eh, jap jap. Sebenarnya guide perlu.

Sekurang-kurangnya pergi dengan rakan yang dah berulang kali ke Bukit Tabur. Jangan disangka air yang tenang tu tiada buaya ya. Trek ini boleh jadi merbahaya sebab tak biasa.

Lagi-lagi bila kita tak ambil berat tentang keselamatan.

Minum air berlebihan boleh jadi bahaya, selfie pun boleh jadi merbahaya. Yela, dah selfie hujung lereng bukit, salah langkah kan jatuh.

Sumber: nadzirahata

Selain stamina dan skill, persediaan lain ada?

Ni nak bagitau.

Sebelum ke Bukit Tabur, kita perlu ada permit.

Haa, kenapa?

Sejak Januari 2014 Jabatan Perhutanan Selangor mewajibkan orang ramai ambil permit. Kawasan Bukit Tabur ada di kawasasan hutan simpanan.

Tiada permit boleh menyebabkan kita disaman RM5000.

Banyak tu, baik buat permit.

Bawa lampu kalau pergi awal sebelum matahari naik. Pastikan kasut itu ada cengkaman yang kuat.

Kebanyakan trek ada panjat batu. Elak pakai selipar. Bahaya.

Bawa sedikit makanan ringan dan sebotol air mineral.

Dah ada semua?

Jumpa di puncak.

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

Share:

3 comments on “Kenapa Anda Perlu Pergi Hiking Di Bukit Tabur?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open