Jejaka Ini Kongsikan Pengalaman Manis Beliau Berkelana Di Thailand

Jejaka Ini Kongsikan Pengalaman Manis Beliau Berkelana Di Thailand

Share Artikel

Dalam entri kali ini, kami akan kongsikan travelog ringkas jejaka kaki travel ini bercuti ke Koh Lipe, Thailand. Mereka begitu teruja untuk melihat keindahan dan kecantikan alam di sana.

Ramai pelancong yang suka gelarkan Koh Lipe ni sebagai Maldives of Thailand. 

Perghh!

Mesti cantik kan?

Sampai dapat jolokan nama Maldives gittuw.

Oh ya! Perkongsian ini telah disunting khas daripada blogspot milik Tuan Qayyum Sunawan.

Jom kita ikuti pengembaraan mereka ke sana selama 3 hari 2 malam ini. Yeayy!

Pengangkutan

  • Kami bergerak dari Johor menuju ke Penang (kawan kami duduk di seberang sana).
  • Malam itu juga, kami terus gerak ke Kuala Perlis.
  • Kami bergerak dari Kuala Perlis menuju ke Jeti Kuah.
  • Tiket kami ke Koh Lipe pada jam 9.30 pagi.
  • Kami sempat qada tidur semasa perjalanan dari Kuah menuju ke Koh Lipe.
  • Feri turunkan kami di waiting area atas laut, jadi kami kena tunggu pulak bot untuk bawa kami ke darat.

Nota:

  • Kami pilih Kuala Perlis berbanding Kuala Kedah sebab ia lebih dekat dengan Langkawi.
  • Kami tempah tiket ke Koh Lipe secara online di Bundhaya Speed Boat.
  • Perjalanan dari Kuah ke Koh Lipe lebih kurang 2 jam saja.

Makanan

  • Makanan halal memang banyak di kawasan Walking Street.
  • Pastikan cuba pancake popular dan ayam goreng di sana. Terbaik! 
salah satu kedai makan halal yang kami pergi

Penginapan

  • Rancangan awal nak tidur dalam khemah saja, tapi disebabkan cuaca yang agak panas, kami pakat untuk cari hostel yang murah dan berpatutan.
  • Kami menginap dua malam di A Plus Hotel. Sangat berbaloi!
  • Hotel ini turut menyediakan ruang legar untuk bancuh kopi sambil lepak-lepak tonton TV.
comel kan ruang ni. yang ni khas untuk seorang je.
ruang legar di hotel

Aktiviti Kami Di Koh Lipe

  • Kami jalan kaki dari Walking Street ke Andaman Beach. Boleh tahan jauh juga.
  • Kami pergi snorkeling di 5 spot. Tapi air masa itu kurang cantik. Sebab kami pergi pun akhir musim tengkujuh.
  • Tengok matahari terbenam di Pattaya Beach. Cantik!
  • Kami dapat jumpa dengan ikan nemo tahu masa di Pattaya Beach.
  • Malam terakhir sebelum balik Malaysia, kami sempat pergi urut badan dulu.

Nota:

  • Dapatkan peta pulau ni siap-siap supaya lagi mudah nak berjalan.
  • Tuk-tuk di pulau ini special sikit berbanding kawasan Thailand yang lain.
  • Boleh naik tuk-tuk kalau nak ke Andaman Beach, tapi tuk-tuk tak lalu sekitar kawasan Walking Street.
  • Selain dari island hoping, boleh jugak buat aktiviti diving.
  • Kalau nak tengok air cantik, datang dalam bulan April atau Mei.
comel kan ruang ni. ni khas untuk seorang je.

Oh ya! Masa nak balik tu, pastikan anda datang awal ke jeti, sebab pihak imigresen nak selesaikan urusan kad pelepasan dan pasport. Kalau lambat, kena marah pulak nanti.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

One comment on “Jejaka Ini Kongsikan Pengalaman Manis Beliau Berkelana Di Thailand”

  1. Artikel yang amat berguna!
    Mungkin artikel ini lebih membantu sekira ade maklumat bajet perjalanan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open
Warning: is_file(): open_basedir restriction in effect. File(woocommerce.php) is not within the allowed path(s): (/home/admin/web/travelkliq.com/public_html:/home/admin/tmp:/bin:/usr/bin:/usr/local/bin:/var/www/html:/tmp:/usr/share:/etc/phpMyAdmin:/etc/phpmyadmin:/var/lib/phpmyadmin:/etc/roundcubemail) in /home/admin/web/travelkliq.com/public_html/wp-content/plugins/adsanity/vendor/device-detector/autoload.php on line 27