Jalan-Jalan Cari Makan Di Muar, Johor

Jalan-Jalan Cari Makan Di Muar, Johor

Share Artikel

Siapa yang belum pernah sampai ke Muar? Cuba angkat tangan sikit.✋

Eh! Ada yang tak pernah dengar nama Muar ke?

Okey, tak apa.

Dalam entri kali ini, kami akan bawa anda terjah ke Muar. Tak kenal maka tak cinta. Setuju?

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Muar merupakan bandar keempat terbesar di Johor. Ia lebih dikenali sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja. Ia terletak di muara bersempadan dengan Melaka.

Tidak lengkap rasanya jika anda datang ke Muar tanpa merasai keenakan makanan yang menjadi daya tarikan utama di sini.

Makanan

1. Gerai Asam Pedas Parit Jawa

Bagi yang mencari asam pedas Johor yang sedap dan murah di Muar, anda boleh singgah ke sini. Terdapat pelbagai gerai yang menjual asam pedas tetapi gerai yang paling popular ialah Gerai Asam Pedas Pak Yahya.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Kalau anda nak tahu, gerai ini pernah mendapat liputan dari media tempatan seperti akhbar Kosmo, TV3 dan juga media dari Singapura.

Hidangan asam pedas disini nyata tidak menghampakan. Kalau nakkan rasa yang lebih ‘kick’, anda boleh minta hidangan yang panas ye. Pengunjung yang datang menikmati asam pedas di sini terdiri dari pelbagai kaum.

2. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Kalau nak pekena mee bandung Muar yang sedap dan berbaloi, anda wajib ke sini taw. Resepi mee bandung ni dah kira legend la. Turun-temurun sejak 1930-an lagi. Port makan ni terletak di Jalan Abdullah, Muar berdekatan dengan Fung Seng Cake House.

Anda juga boleh mendapatkan perencah mee bandung di sini untuk dibawa balik dan masak sendiri di rumah. Mee bandung di sini turut menjadi pilihan bekas Presiden Singapura, S R Nathan dan chef selebriti terkenal, Chef Wan.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Mee rebus dan mee bandung adalah makanan yang sinonim dengan daerah Muar ini. Oh ye! Satay pun ada taw. Dan ini lah antara sarapan kegemaran penduduk di Muar.

3. Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Medan selera ini sangat popular dalam kalangan peminat ikan bakar dan makanan laut. Ada banyak gerai yang boleh anda pilih mengikut kesukaan. InshaAllah, semua gerai pasti menawarkan harga yang berpatutan untuk anda.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Tapi, antara gerai yang selalu menjadi pilihan pengunjung di sini ialah gerai Wak Jos Ikan Bakar. Ikan-ikan yang segar dan nasi panas yang sedap pasti membangkitkan selera anda.

Ruang letak kereta yang selesa dan pilihan gerai yang banyak memberikan keselesaan para penggemar ikan bakar untuk berkunjung ke sini.

4. Elephant Bean 434

Kafe ni khas untuk peminat tegar kopi. Dan kafe ini hanya ada di Muar sahaja taw. Sebab tu lah kopi di sini dikatakan sebagai kopi ekslusif. Ada macam-macam jenis minuman kopi yang boleh anda pilih taw.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Bagi anda yang memang suka minum kopi, mungkin tak cukup secawan kot. Jadi, jangan lupa beli serbuk kopi 434 ini ye. Nanti boleh sambung minum kopi di rumah pulak.

Lokasi kafe ini terletak betul-betul berhadapan dengan Terminal Bas Bentayan Muar.

Aktiviti Untuk Keluarga

Lepas dah menjamu selera tu, jom kita jalan-jalan pulak di sekitar bandar Muar ni.

Cuci-cuci mata gitu. Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, kita dapat merehatkan minda jugak kan. ?

1. Tanjung Emas

Ini adalah antara taman yang menjadi tempat santai untuk keluarga terutamanya pada hari minggu. Bagi anda yang sukakan alam semulajadi, ini pasti menjadi tempat lepak kegemaran anda.

Terdapat juga taman permainan untuk anak-anak kecil bermain. Sementara mereka bermain, anda boleh berehat di gazebo yang disediakan di sekitar situ.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Jeti Tanjung Emas turut menyediakan perkhidmatan Muar River Cruise untuk merentasi Sungai Muar. Setiap perjalanan memakan masa selama 45 minit hingga 1 jam.

2. Don Hu Jurassic Park Garden

Port ini pasti akan membuatkan pengemar filem Jurassic Park rasa teruja. Seorang pemilik nurseri di Muar telah membina sebuah taman dinosaur di Jalan Pintasan Muar. Iaitu berdekatan dengan laluan ke Jambatan Kedua Muar.

Tiada caj masuk yang dikenakan jika anda ingin masuk ke taman ini. Taman ini adalah milik persendirian dan dinosaur yang dipamerkan sangat menarik perhatian.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Dinosaur yang dipamerkan di sini seolah-olah hidup kerana dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih taw. Setakat ini, ada lebih kurang 40 buah replika dinosaur yang mempunyai pelbagai saiz dan spesis untuk lawatan umum. ?

3. Uptown Muar

Bazar yang luas ini dipenuhi dengan pelbagai gerai yang menjual pelbagai barang. Apa saja yang anda inginkan, pasti ada di sini.

Ini adalah tempat yang paling terbaik bagi anda yang ingin mencari buah tangan dari Muar untuk orang tersayang.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Bazar ini hanya dibuka pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sahaja. Dan mula beroperasi daripada jam 5 petang sehingga lewat malam.

Penginapan

Setelah puas berjalan di sekitar Muar, badan pula dah penat. Mata pun mula mengantuk. Tapi, jangan risau!

Banyak hotel yang ada di Muar ni yang boleh anda pilih untuk bermalam mengikut bajet anda.

Untuk anda yang sukakan kelainan, anda boleh menginap di PPT Container Hotel yang terletak di Jalan Bakri ini.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Walaupun asalnya dari sebuah kontena lama, tapi ia telah diubah suai menjadi sebuah kamar tidur yang begitu sempurna.

Kaunter pendaftaran dan kamar tidur bukanlah dalam satu bangunan yang sama. Maka, keselamatan anda lebih terjamin di sini. Hanya mereka yang mempunyai kunci bilik hotel sahaja yang boleh akses ke dalam ruang penginapan. Menarik kan?

Tatkala melangkah ke lobi utama, anda pasti terpesona dengan dekorasinya.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Walaupun tidur di dalam sebuah kontena, anda akan rasa begitu selesa dan nyaman sekali. Ohh ye! Tandas ada disediakan dalam setiap kontena taw. ❤

Ramai pengunjung yang sanggup datang ke sini semata-mata hanya untuk merasai pengalaman tidur di dalam sebuah kontena. ?

Apa kata hujung minggu ini anda dan keluarga masukkan agenda melawat bandar Muar sebagai aktiviti untuk dilakukan bersama? Anda sekeluarga pasti teruja!


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

One comment on “Jalan-Jalan Cari Makan Di Muar, Johor”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open
Warning: is_file(): open_basedir restriction in effect. File(woocommerce.php) is not within the allowed path(s): (/home/admin/web/travelkliq.com/public_html:/home/admin/tmp:/bin:/usr/bin:/usr/local/bin:/var/www/html:/tmp:/usr/share:/etc/phpMyAdmin:/etc/phpmyadmin:/var/lib/phpmyadmin:/etc/roundcubemail) in /home/admin/web/travelkliq.com/public_html/wp-content/plugins/adsanity/vendor/device-detector/autoload.php on line 27