Itinerary Ringkas Travel Ke Surabaya, Indonesia 5H4M Secara Solo

Itinerary Ringkas Travel Ke Surabaya, Indonesia 5H4M Secara Solo

Share Artikel

Artikel ini disunting dari dikongsikan oleh Zainal Azrin yang telah travel ke Surabaya, Indonesia selama 5 hari 4 malam secara solo. Pengembaraan ini ia meliputi jarak hampir 200KM dengan motosikal selama 3 hari.

Ikuti berkongsian ini untuk lihat itinerari beliau dan gambar-gambar menarik sepanjang pengembaraan di Surabaya, Indonesia.


Travel Ke Surabaya Indonesia

28 Julai 2019 - 01 Ogos 2019

Kos

  • Currency
    • RM 296 = IDR 1 Juta
  • Tour Guide / Entrance
    • Bromo - IDR 250K / RM 74*
    • Kawah Ijen - IDR 200K / RM 59*
    • Tumpak Sewu - IDR 10K / RM 3*
    • Kampung Warna Warni - IDR 3K / RM 1**

      (Rujuk nota * dan ** di bawah artikel)
  • Room / Hotel
    • RM 60 / IDR 205K 
      IG: @oyoindonesia - OYO 484 Ardhya Hotel Syariah (Sidoarjo near Airport)
    • RM 41 / IDR 129K 
      IG: reddoorzid - RedDoorz Syariah Near Karangasem Train Station (Banyuwangi)
    • RM 81 / IDR 275K 
      IG: @deartraveller.adv - Dear Traveller Guest House & Glamping (Tumpak Sewu Waterfall)

      Nota: Anda boleh booking guna link di bawah untuk dapat sedikit diskaun.

      Airbnb: https://goo.gl/odwhFH
      Booking.com: https://www.booking.com/s/32_8/02bf857c
  • Duit Jajan / Makan / Gojek / Ojek / Others / Parking
    • IDR 700K / RM 206
  • Train
    • IDR 348K / RM 103 (SGU-KNE-SGU)
    • IG: @tiketcom / Apps tiket.com

      Nota:

      SGU - Surabaya Gubeng
      KNE - Karangasem.
  • Motor
    • IDR 450K / RM 133 (3 hari, termasuk delivery / pick up)
    • WhatsApp: +62 857 3331 1117
    • Website: www.setia-abadi.com
  • Flight Ticket
    • RM 292.10 (Tax, Luggage & Food)

      Nota:

      Ticket percuma. Beli waktu promosi "0" point setahun lepas.

Total Cost: RM1054 (Rounding)

Itinerari Ringkas 5H4M Surabaya

Hari 1

  • Flight KUL-SUB
  • Pergi ke Karangasem dari Surabaya dengan kereta api. (6jam 30minit).


    Nota:

    Kalau nak selesa, jika ada Executive Seat lebih baik anda beli. Waktu saya pergi tak ada Executive Seat. Dapat economy seat, tempat duduk agak keras dan duduk tegak 6jam, sangkut lutut pada seat orang depan.

  • 21.30pm
    • Sampai Karangasem/Banyuwangi.
    • Berehat di hotel.

  • 23.00 - 00.00 naik ke Kawah Ijen.
    • Habis pula pukul 09.00am.

      Anda standby sesiap bawa baju panas, glove dan snow cap sebab waktu pagi memang sejuk. Pakai pakaian sukan atau pakaian hiking, Tak sesuai pakai smart sebab keadaan berdebu.

Hari 2

  • 11.30am
    • Balik ke Surabaya dengan keretapi.
    • Perjalanan balik ini selesa sikit sebab saya ambil executive seat.

  • 18.00pm
    • Tiba di Stesen Kereta Api Surabaya.
    • Terus gerak ke Bromo dengan motor

      Nota:

      Anda dinasihatkan supaya setting dulu Waze untuk mode kenderaan motosikal. Nanti Wasa akan bawa jalan lain.

      Jika anda tidak tukar mode kenderaan, Waze akan bawa anda masuk highway. Motor tidak boleh masuk highway. Perjalanan ambil masa 2 jam.

  • Sampai Bromo tak sewa hotel / bilik. Tidur dekat base camp Bromo saja. Tour yang cadangkan ini sebab aku sorang saja. Sebenarnya ini rumah pekerja / bujang. Layankan sajalah... janji dapat rehat.

Hari 3

  • Hiking Bromo
    • Mula jam 03.00am dan habis sekitar jam 11.0am.
    • Saya sarankan anda untuk bawa minyak urut, minyak angin atau apa-apa plaster otot.
    • Dalam perjalanan ke sini satu badan anda akan bergegar dan bersedia untuk benjol kepala. Sebab anda mestikan terhantuk kepala waktu dalam jeep nanti.

  • Bergerak ke Tumpak Sewu Waterfall / Lumajang dari Bromo dengan motor yang ambil masa dalam 2 jam.
  • Tumpak Sewu Waterfall area.
  • Check in dan berehat.

Hari 4

  • Tumpak Sewu - Kampung Warna Warni, Malang.
    • Perjalanan dengan motor ambil masa 2 jam.
  • Kampung Warna-Warni, Malang.
  • Malang - Sidoarjo.
    • Perjalanan dengan motor ambil masa 2 jam.
  • Pusing Surabaya dan bersantai.
    • Jalan-jalan cari souvenir. Jalan memang sesak habos masa ini. Nasib baik naik motor. Senang nak jalan.
  • Check in dan berehat.

Hari 5

  • Flight SUB-KUL

Nota:

* Saya dapat harga local entrance sebab tour adjustkan. Lagi pun saya boleh cakap Jawa. Jadi tak ada hal sangat. Tour pun cakap, kalau ditanya cakap dari Medan saja.

Satu kelebihan juga untuk rakyat Malaysia. Anda boleh cuba dapatkan harga local entrance. Pandai-pandailah...

** Ada 2 Kampung sebenarnya. Anda masuk ke kampung 1 kena bayar entrance. Kemudian nanti ikut jambatan tengah untuk kampung sebelah, kena bayar juga. Jadi ada 2 entrance.

Tips Travel Ke Surabaya

  • Jangan masuk highway naik motor kalau tak kena saman/denda, or boleh kena pow! (Pengalaman aku.)

  • Bila guna Waze, setting mode kenderaan jenis motosikal. Kalau tak tukar nanti Waze akan bawa anda masuk highway. Sebab tak tukar setting Waze inilah saya kena pow.

  • Anda tak perlu risau untuk naik motor di sana. Sebab tempat rehat memang senang dapat.

    Macam R&R tempat rehat dia nama Alfamart atau Indomaret. 2 ini paling terkenal dan ada yang beroperasi 24 jam. Pam minyak pun ada.

    Dicadangkan kalau jumpa petrol pam isi saja minyak. Harga lagi murah dekat petrol pam. Dekat sana petrol dipanggil "pom".

  • Untuk pilih kereta api, anda Google dulu stesen mana yang dekat dengan kawasan yang anda nak pergi. Kena rajin buat research.

  • Bawa baju panas yang tebal, gloves, snow cap atau pakaian yang boleh panaskan badan anda. Suhu 5-16 celcius.

  • Jika anda nak buat aktiviti hiking atau pergi ke kawasam gunung berapi, siap sedia dengan pakaian / kasut yang sesuai.

    Kalau anda pakai smart-smart tak sesuai. Kawasan berdebu, berkerikil, berpasir. Confirm berhabuk pakaian anda nanti.

Bagi saya kos di atas ini paling murah berbanding guna full tour. Tapi terpulang pada anda. Jika nak selesa dan senang, ambil full tour.

Tepuklah poket sendiri. Itu pilihan pasing-masing.

Foto

Gadget: iP7+, Mavic Pro, Gopro Hero 5. Editing menggunakan Lightroom CC Mobile & VSCO

bromo, surabaya, indonesia
Bromo
bromo, surabaya, indonesia
Bromo
bromo, surabaya, indonesia
Bromo
teletubbies hill bromo.
Teletubbies Hill, Bromo.
tumpak sewu waterfall lumajang
Tumpak Sewu Waterfall, Lumajang.
surabaya indonesia
kampung warna warni
Kampung Warna Warni, Malang.
Stesen Kereta Api Surabaya Gubeng
Stesen Kereta Api Surabaya Gubeng, Surabaya. Ada 2 side, Gubeng baru dan lama. Saya naik dari Gubeng baru. Dekat hujung itu sana itu Gubeng lama.
Seat Economy
Seat Economy. Memang duduk sambil sangkut lutut. Kurang selesa selama 6 jam. Tak ada pilihan lain sebab waktu itu ada seat economy sahaja. Belasah sajalah.
Seat Executive. Selesa, ruang kaki luas. Tapi jangan pilih seat depan dinding, kurang luas atau pilih yang seat 1. Depan dia lapang. Train ada cafe dan ada orang jual makanan bergerak. Jangan risa anda tak kan kebulur.
Station Karangasem, Banyuwangi
Station Karangasem, Banyuwangi. Aku tak faham apa maksud +82... Lupa tanya penduduk local.
Hotel dekat Banyuwangi.
hotel reddoorz
Selesa sangat untuk anda seorang.
halet dekat Tumpak Sewu
Chalet dekat Tumpak Sewu. Tak perlu kipas atau aircond, memang semula jadi sejuk.
halet dekat Tumpak Sewu
Selesa sangat untuk seorang.
surabaya indonesia
Babai... Surabaya, Insya Allah ada rezeki kita pergi Gunung Semeru pula.

Anda boleh follow Instagram dan like Page Zainal Azrin untuk lihat perkongsian lain.

Instagram: https://www.instagram.com/zainalazrin/
Facebook Page: https://www.facebook.com/zainalazrinofficial/


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open