Itinerari Ringkas Selama 2 Minggu Di India

Itinerari Ringkas Selama 2 Minggu Di India

Share Artikel

Assamalualaikum.

Kami ingin kongsikan kepada anda itinerary ringkas dari perkongsian cik Sabiha Husain yang telah travel ke India selama 2 minggu.


Destinasi: Delhi, Agra, Srinagar, Kargil, Ladakh, Jaipur, Jodhpur dan Jaisalmer.
Tarikh: 18 - 31 Oktober 2017 (2 minggu)

Hari Pertama

  • 10pm: Tiba di Delhi airport
  • Check in near to NDTS
  • Beristirehat

Hari Ke-2

  • 5am: Bergerak ke stesen kereta api
  • 6am:
    • Menaiki kereta api ke Agra
  • Tiba di Agra ambil pakej terus ke Taj Mahal
  • Agra fort
  • Baby Taj
  • Kembali ke stesen kereta api
  • Bergerak balik ke Delhi
  • Ambil backpack dekat hotel, mandi dll

Hari Ke-3

  • Pagi-pagi buta sudah bergerak ke airport untuk flight ke Srinagar. Kami pergi awal sebab masa itu hari Deepavali tak ada teksi
  • 8.30am: Tiba di Sinagar
  • Pemandu jemput kami
  • Bergerak ke Gulmarg
  • Tiba di Gulmarg
    • Pony ride di Gulmarg, lebih dari 2 jam.
    • Hiking turun dan luangkan masa dekat Gulmarg
  • Check-in di Gulmarg. Rumah dicari oleh pemandu kami sebab kami tak rancang pun nak check-in. Dekat sini internet pun tak dapat

Hari Ke-4

  • Bergerak ke Sonamarg.
    • Kami nak ke Ladakh. Tapi singgah jalan dekat sini dulu.
  • Tiba di Sonamarg.
    • Aktiviti pony ride sekali lagi. View di sini lebih awesome.
  • Bergerak ke Ladakh
  • Check-in di Kargil

Hari Ke-5

  • Check-out Kargil dan menuju ke Leh, Ladakh. View di sepanjnag jalan amat mengagumkan.
  • Jumpa magnetic hill
  • Check-in di Leh, Ladakh.

Hari ke-6

  • Check out
  • Bergerak ke Khardung La
  • Lepas dah lega pening muntah, naik ke Khardung La.
  • Makan tengah hari ke Leh.
  • Bersiap untuk bergerak balik ke Srinagar.
  • Check-in di Kargil

Hari Ke-7

  • Bergerak ke Srinagar
  • Tiba di Srinagar
  • Check-in ke houseboat.
    • Di sini boleh ambil Shikara tour dekat Dal Lake. Tapi kami pilih untuk berehat sahaja di houseboat.
  • Makan malam.
  • Beristirehat.

Hari Ke-8

  • Bersiar-siar di Srinagar
  • Nishat Bagh Garden
  • Hazratbal
  • Parimahal
  • Balik ke houseboat

Hari Ke-9

  • Check-out houseboat
  • Bergerak ke Srinagar airport
  • 2pm: Tiba di Delhi airport
  • Simpan backpack dekat Metro Station
    • Jalan kawasan sekitar luar airport
    • Pergi ke Chandi Chowk Market
  • Ambil backpack
  • Pergi ke stesen kereta api.
    • Pastikan anda tengok betul-betul, tiket kena beli di stesen mana satu sebab Delhi ada 4 stesen kereta api
  • Bergerak ke Jaipur.
    • Ambil masa 5 jam
  • Check-in di Zostel Hostel Jaipur

Hari Ke-10

  • Check-out.
    • Kami tinggalkan backpack di hostel.
  • Hawa Mahal
  • Amer fort
  • Nahargargh Fort
  • Balik ke hostel.
  • Malam kami naik bas ke Jodhpur.
    • Ini plan B sebab plan A malam itu patut naik kereta api ke Jaisalmer terus. Tapi sebab train cancelled kena tukar ke plan B.
    • Ambil masa 6-7 jam perjalanan.

Hari Ke-11

  • Tiba di Jodhpur terus cari bas untuk ke Jaisalmer.
  • 8am:
    • Naik bas ke Jaisalmer.
    • Perjalanan ambil masa 5-6 jam.
  • 1pm:
    • Tiba ke Jaisalmer
    • Bergerak pergi ke Fort Side hostel
    • Kemaskan diri, shower dll
    • Ambik pakej pergi ke desert.
  • 2.30pm
    • Pergi ke desert
    • Sunset camel ride
  • - Tidur di desert
    • Ini antara moment paling best!

Hari Ke-12

  • Bangun pagi, sarapan dan camel ride lagi.
  • 11am: Tiba di hostel dan mandi kemaskan diri.
  • 1pm:
    • Naik bas ke Jodhpur.
    • Hostel tolong hantar dan uruskan tiket bas kami.
  • 7pm:
    • Tiba di Jodhpur
    • Check-in Bedpool Hostel.
  • Dinner
  • Beristirehat

Hari Ke-13

  • Tinggalkan backpack di hostel, jalan kaki to Blue City.
  • Mehrangarh Fort
  • Balik dan berehat dekat hostel
  • Bergerak ke Jodhpur Airport
  • Flight dari Jodhpur ke Delhi
  • 11pm: Flight dari Delhi ke Kuala Lumpur

Hari Ke-14

  • 7am: Tiba di Malaysia
  • Penat dan berehat sepanjang hari.

Sebelum ke India, pastikan diri bersedia secara mental dan juga fizikal. Banyak kejadian yang tak diingini boleh berlaku. Di India banyak scam dan nanti anda banyak nak kena rushing untuk ikut jadual.

Kami ambil masa 1 tahun untuk rancang trip ke India ini. Tapi buat persediaan seminggu sebelum pergi. Mungkin sebab itulah kami kalut sikit.

Kami dapat pergi ke destinasi yang memang kami nak pergi.

Dan ia hebat sekali.

Sewaktu kami pergi India, cuaca sepanjang kami berada di Kashmir dan Ladakh memang sejuk teruk sebab nak masuk musim winter. Bila balik ke Delhi pula cuaca panas teruk. Berhabuk semua jangan ceritalalh.

Untuk trip ke India ini, saya belanjakan RM3000 all-in.

Saya tak beli souvenir sari semua bagai. Tapi ada beli beberapa fridge magnet dan poskad untuk diri sendiri.

Saya tak buat budget sebab tak berapa rajin. Initerary pun buat semudah mungkin. Sebaiknya anda kaji lebih mendalam dan buat persiapan yang lebih baik sebelum pergi travel ke India.

Ada rezeki saya nak repear Kashmir dan Ladakh lagi! Dan bahagian India yang lain.

Insyaallah.

Saya kongsikan sedikit gambar-gambar menarik semasa travel di India.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda buat itinerary travel ke India. Jangan lupa tekan share!

Share:

One comment on “Itinerari Ringkas Selama 2 Minggu Di India”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open
Warning: is_file(): open_basedir restriction in effect. File(woocommerce.php) is not within the allowed path(s): (/home/admin/web/travelkliq.com/public_html:/home/admin/tmp:/bin:/usr/bin:/usr/local/bin:/var/www/html:/tmp:/usr/share:/etc/phpMyAdmin:/etc/phpmyadmin:/var/lib/phpmyadmin:/etc/roundcubemail) in /home/admin/web/travelkliq.com/public_html/wp-content/plugins/adsanity/vendor/device-detector/autoload.php on line 27