Itinerari Ringkas Percutian Ke Pulau Maldives

Itinerari Ringkas Percutian Ke Pulau Maldives

Share Artikel

Siapa yang tak kenal dengan Pulau Maldives kan? Ni lah dia pulau yang tercantik, termahal dan popular dalam kalangan para pelancong. Setuju?

Keindahan pulau ini memang tak dapat disangkal lagi. Semua pelancong yang dah pernah ke sini pastinya akan menggelarkan tempat ini sebagai 'syurga dunia'.

Kali ini, kami akan kongsikan satu itinerari ringkas percutian ke Maldives. Perkongsian itinerari ini telah disunting khas daripada blogspot Tuan Qayyum Sunawan.

p/s: Ini bukan percutian bajet taw, tapi mereka cuba berjimat sebaik mungkin.

Hari 1

  • Bertolak dari KLIA2 pada jam 6.50 petang menaiki penerbangan AirAsia 
  • Tiba di MLE pada jam 7.30 malam (waktu tempatan)
  • Bermalam di Transit Inn Hulhumale - 300MYR/malam

Nota:

  1. Untuk lebih mudah, tempah hotel awal-awal sebelum terbang ke sini.
  2. Kalau nak redah, pastikan tahu nak tuju ke pulau yang mana.
Pemandangan dari Transit Inn Hulhumale
Selamat tiba di Male, Maldives

Hari 2

  • Bergerak ke Pulau Maafushi dengan menaiki bot
  • Check-in hotel di Maafushi
  • Jalan-jalan di kawasan Maafushi

Nota:

  1. Pengangkutan utama di Maldives adalah bot. Kalau hotel tak sediakan boat transfer, boleh je naik public boat.
  2. Public boat hanya beroperasi pada jam 7.30 pagi setiap hari dan ia cuma berhenti di Maafushi sahaja.
  3. Pulau Maafushi adalah yang paling murah berbanding pulau-pulau yang lain.

Hari 3

  • Kami lakukan aktiviti island excursion ke Centara Ras Fushi Resort & Spa - 130USD

Nota: Island excursion

  1. Anda akan dibawa ke sebuah private island dan tinggal di situ dari pagi hingga ke petang.
  2. Dibenarkan untuk guna semua kemudahan di pulau tu.
  3. Makanan tengah hari termasuk sekali dalam pakej yang telah dibayar.
  4. Harga untuk setiap pulau berbeza-beza. Jadi, kalau nak buat aktiviti ni, pilih ikut kesesuaian bajet.

Hari 4

  • Kami ronda-ronda ke pulau berdekatan  (island hopping) - 30USD
  • Lepak di sandbank yang cantik-cantik
  • Cuci-cuci mata di sekitar Maafushi

Nota:

  1. Spot yang kami pergi ialah Shark Point, Banana Reef, Turtle Reef dan Dolphin Cruise.
  2. Kurang gambar dalam air, kami banyak rakam video je.
  3. Boleh je kalau nak berbasikal keliling Maafushi, cuma larat atau tak je.
tengah laut pun ada sandbank taw

P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

2 comments on “Itinerari Ringkas Percutian Ke Pulau Maldives”

  1. Salam. Nak tanya, excursion ke Centara Ras Fushi Resort tu cam mane ye? Just jalan2 sekitar resort je ke atau bole masok tengok2 dlm room tu sekali? Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open