Itinerari Lengkap Selama 8 Hari Di Perth Western Australia.

Itinerari Lengkap Selama 8 Hari Di Perth Western Australia.

Share Artikel

Itinerari ini disunting dari perkongsian oleh Azrin Zin yang telah bercuti ke Perth Western 8H7M pada musim winter.


Percutian ini secara santai selama 8 hari 7 malam. Kebanyakan sepanjang travel berjalan kaki, naik pengangkutan awam dan 2 hari sewa kereta.

Baiklah ini perbelanjaannya.

  • Tiket Flight: RM398 (Redeem AirAsia Big Point).
  • Visa: Hanya RM20 Melalui Ejen.
  • Malaysia Hall: $135 / 5malam
    • $20 untuk 3 hari pertama, $30 untuk hari berikutnya, $15 processing fee, $100 deposit.
  • Sim Card Optus: $10 untuk 5 hari
    • $2 sehari dengan 1GB data, Unlimited Call dan Message.)
  • Makan: RM400
    • Charcaol Chicken Expressrepeat 3x, Lobster Shack, Cicerellos Fremantle, Insan Café, Cole Store, Woolworth Store.
  • Kereta: $132 / 2hari
    • $52.56/ $7 Non Australian Driver, $20 Insurance – pilihan.
  • Minyak: $70
  • Sand Board: $10
  • Caversham: $28

Sekarang mata wang RM3.38 bersamaan $1.

Travel Ke Perth Western

Kita lihat sama-sama travel Azrin dari hari pertama hingga hari ke-8.

Hari 1

  • 09:45am
    • Berlepas dari KLIA2 – PERTH
  • 04:00pm
    • Tiba di Perth International Airport
  • 04:30pm
    • Solat di airport
  • 05:30pm
    • Ke Elizabeth Quay Station dengan menaiki Bas 380.
  • 06:00pm
    • Elizabeth Quay Station ke Malaysia Hall dengan menaiki Blue CAT bus berhenti di Bus Stop 9 Franchis St.

Nota:

  1. Surau berada berdekataan dengan arrival hall di sebelah tandas OKU. Surau dikongsi bersama kaum lelaki & perempuan. Jangan terkejut ya.

  2. Bila dah sampai di Elizabeth Quay Station jangan melintas jalan di laluan bas. Dilarang sama sekali. Perlu naik ke platform di bahagian atas. Denda $100 jika tertangkap melakukan kesalahan. Macam Azrin, hanya dikenakan amaran sahaja

Hari 2

  • 08:00am
    • Corrica, Kings Park & Botanic Garden, Jacobs Ladder, John Oldham Park.

Nota:

  1. Corrica berada kurang 100m dari Malaysia Hall. Dah sampai sini jangan lupa untuk beli Apple Strudel berharga $22 untuk dibawa ke Kings Park. Sangat awesome menikmati Apple Strudel dengan pemandangan yang cantik di Kings Park.

  2. Untuk ke Kings Park dari Malaysia Hall. Ambil Blue CAT bus di Stop 9 Franchis St ke Perth Underground. Kemudian berjalan kaki ke Elizabeth Quay Station. Dari sini ambil Green CAT bus ke Kings Park.

  3. Kalau dah datang ke Kings Park jangan lupa untuk turun melalui Jacobs Ladder. Terdapat 274 anak tangga sepanjang 43 meter. Dari Jacobs Ladder boleh menyeberangi jalan ke John Oldham Park.

    Taman seakan berada di Alice in wonderland dengan pulau dikelilingi oleh sungai. Dekat sini juga terdapat gelongsor sepanjang 30m. Nak tahu macam mana, kena lah cuba.

Hari 3

  • 08:00am
    • Caversham Wildlife Park
  • 03:00pm
    • Solat di Masjid Perth berdekatan Malaysia Hall
  • 03:30 pm
    • Charcoal Chicken Express Dianella
    • Dari Fitzgerald St (Mirrabooka station bus no 960 berhenti di Dianella Plaza)
  • 05:30pm
    • Elizabeth Quay Bridge, Bell Tower.

Nota:

  1. Untuk ke Caversham, dari Franchis St ke Perth Station dengan Blue CAT bus. Kemudian ambil tren ke Bassenden Station (Zone 2, $4.70 sehala dan sah dalam tempoh 2 jam).

    Tiket yang telah dibeli jangan dibuang kerana boleh digunakan untuk menaiki bas dan sah selama 2 jam. Dari sini ke Whiteman Park menaiki Bus no 955 atau 956. Bila sampai di hentian Whiteman Park, lintas jalan dan bergerak ke pondok yang disediakan.

    Boleh telefon pihak zoo untuk mendapatkan khidmat transfer atau berjalan kaki sejauh 2km. Maklumat berkaitan ada di pondok tersebut.

  2. Di Caversham terdapat banyak pertunjukan. Anda akan diberi peta dan masa untuk setiap pertunjukkan. Bagi saya Farm Show adalah yang terbaik untuk dilihat.

  3. Charcoal Chicken Express (Lamb ribs with chips $15.90, Quarter spicy chicken with salad & bryani rice $14.90).

Hari 4

  • 09:00am
    • Aries Car Rental (Pickup dari Malaysia Hall)
  • 10:30am
    • Swan Valley (Margerat River Chocolate Co, Morish Nuts, Whistlers Choc, Mondo Nougat, Maali Park & Footbridge)
  • 01:30pm
    • Cervantes
  • 04:30pm
    • EMU Down Wind Farm
  • 06:00pm
    • Bermalam di Cervantes

Nota:

  1. Kereta perlu disewa minimum 2 hari bagi pemanduan luar kawasan bandar. Meliputi unlimited 500km radius dari CBD.

Hari 5

  • 07:30am
    • Pinnacles dessert
  • 08:30am
    • Lancelin Sand Dunse
  • 11:00am
    • Berpatah balik ke Cervantes untuk ke Lobster Shack
  • 02:00pm
    • Pulang ke Perth City
  • 03:30pm
    • Mirrabooka Mosque
  • 04:00pm
    • Chicken Charcoal Express Dianella
  • 06:00pm
    • Malaysia Hall

Nota:

  1. Masuk ke pinnacles FOC sebab datang sebelum 9am. Kaunter belum lagi beroperasi. Kalau tidak kena bayar $11 / kereta

  2. Sewa sand board di Lucky 7 shop ($10 / 2 jam, $50 deposit / board).

  3. Lobster Shack operation hour 11am-3pm (Harga half lobster $33/38 bergantung kepada grade).

Hari 6

  • 07:30am
    • Blue Boat House sebelum pulangkan kereta sewa
  • 09:00am
    • Freemantle
  • 06:00pm
    • Murray St, Hay St, Insan Café

Nota:

  1. Dari Aries car rental saya berjalan kaki sejauh 20 min ke Perth Station. Dari sini menaiki tren ke Fremantle (Zone 2, $4.70 sehala dan sah dalam tempoh 2 jam)

  2. Souvenir beli di Eshed Market. Nama kedai Aussin. Bagi saya barang dia lagi murah dari Megabes. Tapi korang boleh bandingkan harga bila dah sampai sana.

  3. Jangan lupa untuk menikmati Fish & Chips dan juga Black Pepper & Spicy Squid. Memang sedap. Tapi perlu berhati-hati kerana ada pilihan tepung sadur yang menggunakan beer sebagai bahan.

Hari 7

  • 08:30am
    • Kings Park & Botanic Garden (Lepak & photoshoot)
  • 10:30am
    • Watertown brand outlet centre (Berjalan kaki dari kings park dalam 30 minit)
  • 12:00pm
    • Chicken Charcoal Express Dianella
  • 04:30pm
    • Malaysia Hall (Kemas barang)
  • 11:00pm
    • Perth International Airport

Nota:

  1. Di Watertown, kasut converse boleh dapat dalam $40 selepas diskaun. Levis jeans $79 buy 1 free 1. Jangan rambang mata kalau datang sini.

  2. Menggunakan khidmat Uber dari Malaysia Hall ke airport. Bagi first time customer untuk bulan Ogos, gunakan code 20S1UPD untuk dapatkan diskaun $20. Macam saya hanya bayar $5.13 sahaja selepas diskaun.

Hari 8

  • 06:45am
    • Berlepas dari Perth - KLIA2
Sebahagian Pemandangan di Kings Park.
Inilah dia Jacob Ladders. 274 anak tangga.
Di Caversham Wild Park beramah mesra dengan kanggaroo.
Perth City pada waktu malam.
Tak tahu nak pilih yang mana.
Menikmati Fish n Chip di Cicerello's. Sedap!
Lobster!
Chips.

Fuhhh!

Lengkap yang dikongsikan oleh Azrin Zin, untuk anda yang pertama kali datang ke Perth disarankan baca itinerari lengkap ini. Siap nota lagi diberikan.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

2 comments on “Itinerari Lengkap Selama 8 Hari Di Perth Western Australia.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open
Warning: is_file(): open_basedir restriction in effect. File(woocommerce.php) is not within the allowed path(s): (/home/admin/web/travelkliq.com/public_html:/home/admin/tmp:/bin:/usr/bin:/usr/local/bin:/var/www/html:/tmp:/usr/share:/etc/phpMyAdmin:/etc/phpmyadmin:/var/lib/phpmyadmin:/etc/roundcubemail) in /home/admin/web/travelkliq.com/public_html/wp-content/plugins/adsanity/vendor/device-detector/autoload.php on line 27