Islam Itu Mudah, Kaedah Wudhu' Dengan Khuf Ketika Travel.

Islam Itu Mudah, Kaedah Wudhu' Dengan Khuf Ketika Travel.

Share Artikel

Artikel ini dikongsikan oleh Haiqal Zafri berkenaan kaedah berwuduk ketika travel. Ditulis ketika dalam train perjalanan dari Suwon ke Seoul, Korea.


Memandangkan hari ini duduk lama dalam train, saya nak share sikit tentang kaedah berwuduk dengan khuf.

Khuf ialah alas kaki daripada kulit yang menutup buku lali. Saya cenderung kepada pendapat yang membenarkan stokin tebal dijadikan sebagai khuf.

Kaedahnya mudah, iaitu:

1) Ambil wuduk dengan sempurna.
2) Memakai khuf yang menutup buku lali.

Andai kita berhadas, mudah untuk kita mengambil wuduk, terutamanya jika kita berada di negara non-muslim yang tiada kemudahan surau atau masjid.

Basuh anggota lain seperti biasa dan apabila tiba di bahagian kaki, ambil air dan sapukan di atas permukaan kaki sehingga ke tulang kering, kanan dan kiri.

Bagi yang bermukim, fiqh khuf boleh dipakai 1 hari 1 malam. Bagi mereka yang dalam safar(travel), ia boleh dipakai 3 hari 3 malam bermula dari sapuan pertama.

Boleh berwuduk tanpa mencuci kaki selagi:

1) Belum berakhir waktu menyapu khuf.
2) Tidak berjunub.
3) Tidak menanggalkan khuf dari kaki.

Jadi, kita tak perlu nak 'cover line' kiri kanan lepas tu bersusah payah angkat kaki ke singki untuk cuci kaki. Cukup sekadar sapuan sudah membolehkan kita solat.

Gambar sekadar hiasan.

Semoga bermanfaat.

P.S: Jangan lupa share artikel ini.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open