Impian Pemuda Ini Untuk Sampai Ke Turki Akhirnya Tercapai, Dan 90 Gambar Ini Pasti Membuatkan Anda Juga Ingin Ke Sana

Impian Pemuda Ini Untuk Sampai Ke Turki Akhirnya Tercapai, Dan 90 Gambar Ini Pasti Membuatkan Anda Juga Ingin Ke Sana

Share Artikel

Route: Istanbul - Bursa - Kapadokya - Pamukale - Antalya - Fethiye - Selcuk - Istanbul
Period: 25 Januari 2017 - 12 Februari 2017 ( 18 Hari)
Kamera: Dslr + Gopro Hero 4 Silver

Itinerari lengkap boleh baca di sini.

Hagia Sophia

Hagia Sophia, pernah menjadi gereja dan ditukar kepada masjid (Camii). Sekarang dijadikan muzium untuk tourist. Memang megah binaan dia .

Hagia Sophia

Bahagian dalam Hagia Sophia ada yang tengah construction maybe sebab ada part dalam tu yang rosak. But tetap memukau binaan dia.

Kalau dekat boleh nampak senibina zaman masa jadi gereja ada gambar-gambar tuhan orang Kristian.

Tramvay Metro Istanbul

Ini kira public transport area Istanbul. Setiap 5 minit memang ada. So tak payah risau kalau nak pergi mana-mana. Cuma kene faham route saja.

Hati-hati nak berjalan kaki sebab tramvay punya rail lane ini kongsi dengan jalan.

So silap-silap kalau jalan tak berapa nak tepi, nanti kene hon! haha Ada pemandu jangan risau. Perlu topup istanbul kart sahaja nak naik tramvay ni.

Sultanhamet Mosque (Blue Mosque)

Panggil Blue Mosque sebab tile dalam tu banyak warna biru sebab disukai pemerintah zaman dahulu. Nak masuk kena buka kasut tapi pakai stokin, kalau tak nanti kena marah.

Sultanahmet Mosque (Blue Mosque)

Ini pula bahagian luar dia. Memang tiptop hasil binaan orang zaman dahulu. Nampak gah! Lagi-lagi kubah dia.

Istiklal Caddesi


Sekitar jalan ini banyak yang jual cenderamata, kedai makan semua. Tapi jalan agak sempit. Kereta pun laju-laju, so hati-hati bila jalan kat sini.

Permandangan dari atas cruise sekitar Istanbul.
Bersama dengan sahabat dari Malaysia yang belajar di Turkey.
Topkapi Place

Tempat ini macam muzium zaman-zaman pemerintah Turki kerajaan Uthmaniyyah semua. Ada potret, pedang-pedang, tempat-tempat dia orang mesyuarat semualah.

Hagia Sophia waktu malam.

Tengok lampu-lampu di sekelililng pancar ke arah Hagia Sophia. Itu yang buat bangunan-bangunan kat Turki cantik bila malam.

Hagia Sophia

Kalau nak view macam ini kene naik atas. Ada bahagian lagi ikut tepi ada macam laluan. Kat sini boleh nampak lagi jelas gambar-gambar tuhan yang dia orang sembah masa Hagia Sophia ini gereja.

Gli - Penjaga Hagia Sophia

Kucing paling femes dekat Turkey. Tapi garang jangan main-main haaa.

Dia selalu duduk dekat area bahagian depan tempat khutbah. Kalau nak ambil gambar pun nanti dia posing pandai dia.

Galata Bridge

Sekitar kawasan Galata Bridge. Sejuk masa ni cecah -1 Celcius. Kene tiup angin lagi omaaaihhhhhh sampai tulang even dah pakai baju lapis-lapis β€” with Hasif Sharel.

Taksim Square

Mostly sini banyak tempat shopping macam zalora, HnM, Hard Rock. Kat sini kene hati-hati sebab kalau malam tempat ni banyak club, drug dealer, kes rompak ke pow duit haa jaga-jaga .

Galata Tower

Tempat ini masuk kena bayar kalau nak tengok seluruh kawasan Istanbul. Tapi disebabkan ramai dan beratur panjang masa kami pergi, so batallah niat nak naik atas sebab sejuk sangat tak mampu nak tahan .

Istiklal Caddesi

Dulu tempat ini ada laluan tramvay. Yang warna merah memang oldskool.

Tapi masa kami datang, dia tengah renovate jalan and rail tram ini. So kurang bernasib baik sikit. Kalau tak memang nampak oldskool je Istiklal Caddesi ni sebab tram tu cun!

Bahagian luar SultanAhmet mosque.
Bursa

Naik cable car dekat Uluferik. Nak sampai puncak untuk main ski adalah dalam 30 minit.

Sepanjang perjalanan memang view dia awesome sebab kawasan gunung yang dilitupi salji. Pokok-pokok penuh dengan salji-salji memang cantik gila Bursa!

Yang ni dah lepas station 2. Agak tinggi siapa gayat habislah.
View untuk ke station 3.
Sampai ke station 3.

Bila dah sampai ke station 3. Jalan-jalan cari tempat ski. Agak jauh dari station 3. Tapi tak ada rezeki nak main ski sebab dah lambat takut terlepas bas untuk ke Istanbul (Mudanya).

Sempat juga bergambar. Wuhhuuuuuuuuu! (Padahal masa ni -12 Celcius tahan je)
We love Cappadocia <3
Hot Air Balloon

Merasa juga naik benda ni. Nasib baik sebab cuaca okey. Dapat 65euro dari 75euro. Puas bodek dapat murah. Tips dia kalau naik benda ni memang kene bawak Gopro.

Nak murah Hot Air Balloon saya ada kongsikan no contact orang kat sana dekat itinerary. Tunjuk je gambar ni mintak diskaun kenyit mata! Dapat punya.

Sunset Point, Goreme.


View point dekat Goreme yang pagi-pagi boleh tengok belon naik dengan dekat. Kat sini memang jelas dekat apa semua.

Gambar ni bangun awal pagi pukul 7, suhu -20 selamba je amik gambar. Padahal tak rasa jari dan kaki dah. Hahaha. Tapi worth it sangat! Must do it early in the morning!

Panoramic View, Uchisar.

Dari sini boleh nampak semua belon naik dari jauh. Tempat paling tinggi dekat Kapadokya. View dia memang takyah cakap.

Cara nak pegi keluar awal pagi, tempat ni ada belakang Uchisar Castle. Jangan lupa cas kamera dan bawa semua kamera. Kalau tak rugi !

Sunset Point - Goreme

Cantik sangat kalau dulu tengok gambar orang je, sekarang Alhamdulillah tercapai juga ke sini.

The beautiful of Kapadokya!
Antara banyak-banyak belon, design yang ni paling cantik!
Hot Air Balloon

Difahamkan oleh pilot kalau masa off season tak banyak sangat belon naik sebab angin. Tapi kalau masa peak season (autumn, spring and summer) cecah 500 unit sekali naik. So boleh bayang belon penuh kat udara .

Evil eye


Benda ni lebih kepada kepecayaan orang Turki. Boleh nampak benda ni banyak digantung dekat premis kedai, luar rumah, dalam kereta dan sebagainya.

Dipercayai benda ni bagi luck yang baik untuk yang si pemakai. Sepanjang berada di Turki, benda ni memang bersepah nampak.

Panoramic View, Uchisar.

Muka tahan sejuk. Kaki dah tak rasa , tangan dah kebas. Suhu -20 . Pukul 7 pagi haha β€” with Hasif Sharel.

Ihlara Valley
Pigeon Valley. Tak nampk sangat rumah pigeon ni sebab kene tutup dengan salji.
Macam gambar kat Google kan?
Sweet brader kita declare nak kahwin dengan pasangan dia masa tengah Hot Air Balloon.
Pasangan yang bf dia declare masa tengah naik hot air balloon. Terkejut gf dia. Apa lagi capai kamera shot sekali!
Uchisar Top Hill

Tempat paling tinggi di Kapadokya. Boleh nampak seluruh kawasan. Paling cantik tengok view awal pagi.

Ihlara Valley

Hiking dekat lembah ambil masa 2 jam juga. Tapi disebabkan winter dan ada salji, tempat ini cantik!

Turkish Breakfast

Pagi-pagi kalau dekat hotel jangan harap la ada sosej apa semua. Haha ngadap la korang dengan 6 jenis cheese. Roti-roti sayur sayuran buah zaitun olive oil, Yogurt.

Boleh kata makanan dia orang ini sihat la.

Dari 7 hotel yang kami stay. Hanya satu hotel yang serve sarapan tak ikut sangat Turkish breakfast. Sedap memang sedap tapi kalau hari-hari kembang tekak wooo! Tapi sebab nak cuba culture orang, teruskan πŸ™‚

Bhosphorus Cruise , Istanbul.

Dapat juga duduk dalam bangunan sebab sejuk kat luar. Agak bosan sikit sebab dekat 2jam dalam cruise tengok kawasan Istanbul dari side Eropah dan Asia. Mengantuk pun ada.

Bhosphorus Cruise

Masa ini boleh tahan sejuk lagi. Tapi cuma 20 minit pertama sajalah. Lepas tu memang masuk dalam tak tahan sejuk sambil kene tiup angin.

Kalau nak bagi makan seagull, bawa siap-siap simit (makanan roti) sebab nanti nampak banyak seagull ikut cruise β€” with Hasif Sharel.

Pamukale Park - Suhu biasa dalam 12 Celcius. Sebab kawasan pamukale tak bersalji pun.
View di Ihlara Valley
Sakli Konak Hotel, Uchisar.

Service yang memang first class. Merasa semalam je sebab nak tengok Panoramic View esok paginya. Hotel yang direnovate dari asalnya sebuah gua.

Underground City, Kapadokya.

Agak jauh dari hostel. So nasib baik tour dah include kan sekali transport dengan entrance fee. Tempat ni lebih kepada tempat tinggal zaman dulu-dulu ada banyak lapisan bawah tanah.

Setiap lapisan ada fungsi dia contoh ada tempat simpanan makanan dan tahanan haiwan.

Memang jauh ke dalam bawah tanah. Digunakan juga semasa perang untuk bagi musuh keliru and sesat dalam ni.

Suasana di Pamukale Park.
Rome Theatre, Pamukale

Rome Theatre, Pamukale. Tempat ini agak jauh dari Pamukale Park. Kalau bawa family, tengok kudrat masing-masing larat tak jalan. Kalau orang muda, ayuh teruskan langkah.

View dari Kaleici Park.

Kaleici ni tempat agak oldskool, bandar pun tenang dan cantik. Bentuk-bentuk bangunan memang rare.

Old Harbour, Antalya.
Duden waterfall, Antalya.

Nak ke sini makan masa 45 minit dari bandar Kaleici. Musim sejuk pokok-potok tu mati. Tapi kalau musim lain warna hijau.

Hadrian Gate, Antalya.
Paragliding at Fethiye.

Aktiviti paragliding at Fethiye. Ambil masa sejam nak naik ke tempat take off. Sebab tinggi sangat. Kalau angin baik boleh terbang cecah 1500ft. Atas awan la kiranya.

Oludeniz Beach, Fethiye. Worth your money to fly around 20-30 minutes.
Downtown Fethiye Suite

Ceritanya kami tempah hostel di Oludeniz. Tapi disebabkan tengah off season dan hotel tengah renovation, owner hotel dekat Oludeniz transfer kami ke Fethiye. Dapat suite wooo selesa habis. haha.

Ephesus Library of Celcus. Jalan kaki je dari hotel dalam 5km. Jauh jugak tapi semua jenis kaki redah tak de hal.
RumelliHisari, Istanbul. Sejam dari Sultanahnet.
Kebab everywhere in Turkey.

Kebab everywhere in Turkey. Range price 3-8TL. Bila makan memang kenyang sehari. Dia ada dua satu yg roti and lagi satu wrap.Sekali dia orang masak guna ayam 70-80kg.

Wet burger.

Ada dekat area hujung Taksim square. Cornet lot. Ada banyak kedai tapi satu je yang paling ramai orang beli dan sedap.

Turkish pastry. Sedap tapi hati-hati memilih jangan ambil yang banyak cheese! Nanti muak.
Cili jeruk (Turshu).

Jeruk cili ini antara kegemaran kami dekat turki. Sebab nak gantikan rasa pedas. Makan bersama dengan kebab, nasi dan lain-lain menu. Tekak melayu kan...

Street food dekat Turki adalah heaven. Datang sini jangan diet kalau tak rugi?
Eyub Sultan. Ziarah sahabat sekolah, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.
Enjoying our Turkish breakfast for the how many times?
Hamsi

Hamsi ini harga dia 10TL. Macam ikan kecil dia goreng tepung tapi sedap. Ada mcm keropok lekor jugak

WC, toilet. Tak percaya tandas bayar? Haaaaa tengok ni siap ada gate lagi.
Γ‡ay in the morning and evening.

Memang culture Turkish pagi-pagi minum teh. Kadang-kadang kalau kita masuk kedai makan, dia bagi free saja. Kira macam sambut tetamu.

Boleh nampak dekat street, breakfast cay ni antara pilihan minum pagi dan petang. Macam kita la pagi nasi lemak petang pisang goreng.

Pramugara bas.

Setiap bas dekat Turkey ini ada pramugara yang melayan bagi makan semua. Kalau korang pergi tandas dan lambat naik bas, dia orang ini la juga yang akan cari korang kat tandas.

Kira dia orang akan follow up dengan driver dah cukup ke belum. Kagum dengan cara dia orang bekerja.

Garanti Bank.

Bank Garanti, kami guna bank ini untuk withdraw duit sebab kadar tukaran dia agak rendah berbanding bank lain.

Kucing terbiar.

Dekat turki mmg kucing besar-besar. Tak tau la makan kebab kot depa ni. Jangan bawak balik pula tak lepas luggage nanti sebab dorang ni gemuk-gemuk.

Cili jeruk (Turshu). Dalam bentuk lain.
Nak rasa pedas letak turshu ok!
Kedai yang affordable dan sedap dekat area Goreme Central.
Ini nama dia Simit. Banyak dijual sekitar Turki. Harga dalam 1.25-1.5 TL. Ada perisa nutella, cheese dan lain-lain.
Kunafe, Manisan.
Kumpir, ini kentang yang dibakar lepas tu letak isi-isi dalam dia.
Balik Ekmek (Fish Tuna). Ada dekat area Eminonu, Karakoy fish market. Tips… Standby cili siap-siap.
Apps yang diguna semasa di Turki.

Apps digunakan semasa di Turki:

  • Trafi: Untuk tahu naik bas, train apa dekat sekitar istanbul
  • Translate: Nak paham bahasa Turki.
  • Rome2rio: Nak check route yang bas available dekat luar kawasan istanbul.
  • Google maps: Nak check estimate time sampai tempat dituju dan rancang perjalanan.

Kad yang guna untuk explore sekitar turki guna public transport seperti bas dan tram, metro.

  • Istanbul Kart
  • Antalya Kart
  • Bursa Kart
Goreme Panorama - Green tour.
Sunset point view at Goreme.

Work culture dekat turki ini bagus sangat sampai driver bas pun akan pakai baju kemeja pejabat macam kerja office. Bertie lagi tak ada tak butang satu butang semua.

Dan kalau bus dalam perjalanan, dia orang tetap akan berhenti pkul 12-1 tengahari untuk lunch hour.

*Curi-curi ambil gambar ni maaf pakcik bas.

Pamukale. Nasihat nak redah kaki kene kebal sebab sakit kaki lalu sini macam kena urut.
Turkish Delight

Manisan yang popular dekat Turki selain baklawa. Boleh cari area spice bazaar. Stop tram dekat Eminonu. Lepas itu jalan kaki sikit.

Ada satu kedai nama harem saray boleh je mintak diskaun kenyit mata kat owner.

Spice bazaar

Tempat beli rempah ratus dan manisan. Kena pandai tawar menawar kat sini sebab harga starting memang tinggi!

Panoramic view, Uchisar. Penat dah bergambar duduk kejap.
Rumellihisari, Istanbul. Difahamkan tempat ini dulu tempat kubu pertahanan.
Bahagian dalam sultanahmet mosque.
Kopi Turki.

Turkish coffee... Pekat sungguh. Serbuk dia saja dah suku cawan. Tapi nak merasa kan...

Traveller cave pension, Goreme. Hotel kedua kami di Kapadokya.
Sunrise di Kapadokya.
Hot air balloon. wuhuuuuu!
Train oldskool di Antalya City.
Selcuk, Library of Celcus.

Selcuk, Library of celcus. Lokasinya 2.5 km dari bandar selcuk. So kita orang decide jalan kaki je pergi dan balik. Boleh tengok permandangan.

Hoping that one day you will be here! More pictures at instagram: @amrsyzwn.


P.S: Jangan lupa tekan butang share πŸ™‚

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open