Tidur Dalam Kapsul Ini, Seperti Berada Dalam Kapal U.F.O

Tidur Dalam Kapsul Ini, Seperti Berada Dalam Kapal U.F.O

Share Artikel

Tatkala pertama kali melangkah masuk ke hotel ini, kami dapat rasakan konsep futuristik yang cuba diterapkan dalam pembinaan hotel kapsul ini. Ia bertemakan warna oren dan sangat menarik perhatian.

Walaupun lokasi di waze menunjukkan ia terletak di Bayan Lepas, namun lokasi sebenarnya sangat dekat dengan Perhentian Bas Sungai Nibong. Hanya 5 minit berjalan saja, dah boleh sampai di hentian bas. Jadi, sesiapa yang backpacking ke Pulau Pinang ni, senanglah nak berjalan nanti.

Anda naik kereta ke Penang?

Tak usah risau, MQube hotel menyediakan parkir khas untuk tetamu mereka.

Lepas daftar masuk, staf MQube yang peramah itu akan bertanya jika anda membawa kereta. Jika ya, mereka akan memberi kupon untuk diletakkan di atas dashboard kereta.

Apa yang menarik sangat MQube Hotel ni?

MQube Hotel berada di tingkat 2. Jangan risau, dinding MQube berwarna oren terang. Dari jauh, dah boleh nampak dah. ✌

Kaunter penyambut tetamu terletak di pintu belah kiri. Masuk-masuk je, staf di sini pasti akan bantu anda. Staf-staf di hotel ini sentiasa murah dengan senyuman. Rasa tenang dan selamat je. hehe.

Selepas terima kunci, staf yang bertugas tadi akan tunjukkan pada anda serba-serbi dari A hingga Z. Bermula dari cara guna loker, di mana tandas, dan cara untuk kendalikan kapsul anda.

Jangan terkejut ye!

Kawasan kapsul ini campur lelaki dan perempuan. Jadi, bagi yang wanita, hati-hati dengan aurat anda masa melangkah keluar dari kapsul masing-masing tu ye.

Oh ye! Jangan risau, tandas untuk lelaki dan perempuan berasingan.

Ermm. Macam susah je nak solat.

"Mana boleh berdiri dalam kapsul tu.”

Haa, jangan risau ye. Kita akan dibenarkan untuk solat di ruang yang disediakan. Sejadah pun ada disediakan untuk kegunaan para tetamu yang beragama Islam. Mereka juga akan beritahu kepada anda di mana arah kiblatnya.

Tips sebelum ke sana

Kami cadangkan agar anda membuat tempahan atas talian. Sebab harganya lebih murah berbanding harga walk-in.

Banyak cara untuk anda membuat tempahan atas talian ni. Contohnya seperti di Trivago, Expedia dan Booking.com.

Seperti yang kami beritahu tadi, staf di sini sememangnya peramah dan baik hati. Jadi, kalau anda nak daftar masuk awal atau lewat, sebaiknya maklumkan kepada mereka agar mereka tahu.

Semestinya mereka akan tunggu ketibaan anda. Sebabnya penyambut tetamu akan sentiasa ada sepanjang waktu. ?

Wahh. Harga kapsul berapa eh?

MQube Hotel menawarkan 2 jenis kapsul kepada tetamu mereka. Iaitu single capsule dan double capsule.

Ingat ye! Hotel ini tidak menyediakan bilik tapi kapsul untuk anda. Masuk dalam kapsul tu, rasa macam berada di dalam UFO taw. hehe.

Harga untuk single capsule ialah RM44 manakala untuk double capsule ialah RM87 untuk satu malam. Tapi, harga ini bergantung di mana anda membuat tempahan. ☺

Jadi, untuk harga yang lebih murah dan berbaloi, buat tempahan anda di atas talian taw. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open