13 Fakta Menakjubkan Tentang Benua Antartika Yang Anda Patut Tahu

13 Fakta Menakjubkan Tentang Benua Antartika Yang Anda Patut Tahu

Share Artikel

Antartika merupakan benua ke-50 yang terbesar di dunia. Di sini jugalah terletaknya Kutub Selatan. Yang pasti, Antartika merupakan benua yang sangat cantik dan menawan. Tengok gambar pun dah cair taw!

Kumpulan pertama yang berjaya sampai ke Kutub Selatan adalah ekspedisi dari Norway yang telah diketuai oleh Roald Amundsen. Iaitu pada tahun 1911. Gigih betul mereka ni!

Imej dari sumber
Imej dari sumber
Imej dari sumber
Imej dari sumber

Jika anda merancang perjalanan untuk ke Antartika, itu tidak mustahil. Di mana ada usaha, di situ ada jalan kan?  Lagipun, dah hampir 20 ribu manusia berjaya menjejakkan kaki ke sini. Cayaaa lah!

Kami sediakan kepada anda beberapa fakta yang menakjubkan mengenai benua ini. Jom baca!

1. Antartika adalah kawasan belantara terbesar di planet Bumi. Ia meliputi 90% daripada keseluruhan ais di dunia. Jika ais di Antartika ini cair, paras air laut dunia akan meningkat kira-kira 200 kaki bersamaan 60m. Tinggi tu!

2. Memiliki keadaan alam yang sangat ekstrem, menjadikan ia sebuah daratan yang sangat tandus dan berangin kencang. Tundra merupakan satu-satunya spesies tumbuhan yang mampu hidup di sini.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

3. Purata hujannya adalah yang paling rendah di antara benua yang lain. Namun ais di benua ini bersamaan dengan 70% air tawar di planet ini. Ketebalan aisnya yang mencecah 2.2 meter, menjadikan Antartika sebagai benua tertinggi di dunia.

4. Cuba anda bayangkan! Hanya lebih kurang 2% sahaja daripada keseluruhan benua ini yang terdedah. Selebihnya adalah ais. Sejuknya! Grrrrr!

Imej dari sumber
Imej dari sumber

5. Pada tahun 1983, Antartika mencatatkan suhu terendah di Bumi iaitu -89°C. Laporang ini dikeluarkan oleh Stesen Vostok Rusia. Pada suhu ini, air membeku menjadi kristal ais hanya dalam 1 saat sahaja. Wow! Cepat betul!

6. Pada musim sejuk, ais laut di sekitar Antartika boleh mencapai kadar peningkatan sehingga 106,600 km persegi sehari. Memang tak dapat bayang dek akal sejuknya macam mana kan.

7. Antartika dianggap sebagai tempat pemburuan utama bagi meteorit. Permukaan ais membuatkan meteorit yang terhempas mudah kelihatan. Dan permukaan ais ini juga menyelamatkan meteorit daripada terhakis.

8. Mungkin tiada yang menyangka di Antartika wujudnya gunung berapi. Macam tak percaya pulak. Tapi memang betul! Satu-satunya gunung berapi yang masih aktif ialah Mount Erebus.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

9. Sebarang kegiatan ketenteraan, pengeluaran dan perlombongan mineral, ujikaji nuklear dan pelupusan sisa nuklear adalah dilarang sama sekali di Antartika. Larangan ini telah termaktub dalam Perjanjian Antartika yang dibuat pada tahun 1959. Sehingga ke hari ini, ia telah ditandatangani oleh 49 buah negara.

10. Antartika tidak dihuni secara tetap oleh manusia. Kebanyakan saintis akan pulang ke negara asal apabila tibanya musim sejuk. Kalau tak, mungkin boleh mati kesejukan di sini.

11. Ada lebih daripada 4000 saintis dari pelbagai negara yang menjalankan penyelidikan berterusan di benua ini. Dan usaha ini turut terkandung dalam Perjanjian Antartika. Kiranya penyelidikan mereka ni mendapat sokongan dari kerajaan dunia taw.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

12. Antartika adalah satu-satunya benua tanpa zon masa. Kalau anda tanya saintis yang berada di sini tentang waktu, pasti jawapan mereka berbeza-beza. Sebab mereka yang berada di sini akan menggunakan zon masa di negara asal mereka. Pening kepala jadinya!

13. Penguin adalah antara spesies yang boleh hidup di sini. Walaupun tidak boleh terbang, tapi mereka merupakan penyelam yang handal dan mampu bertahan dalam suhu yang sangat sejuk.

Imej dari sumber
Imej dari sumber

Bajet yang diperlukan untuk ke Antartika mungkin mencecah puluhan ribu ringgit. Tetapi jika anda mampu, nikmatilah peluang itu. Ia akan menciptakan sebuah kenangan terindah dalam hidup anda. Dan peluang ini mungkin datang sekali sahaja seumur hidup.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open