Bukit Broga untuk Hikers Amatur

Bukit Broga untuk Hikers Amatur

Share Artikel

"Tengok orang lain pergi hiking dengan kawan-kawan. Gunung Kinabalu dia tawan, tiba-tiba dah dekat Kepong, lepas tu tengok dah upload gambar di puncak Bukit Tabur pulak. ?

Teringin juga nak hiking. Tapi yang amatur macam aku ni nak hiking mana je? Dah lah tak ada pengalaman."

Eh! Janganlah cakap macam tu. Semua orang ada peluang. Kita yang pilih sama ada nak atau tidak.

Anda nak hiking?

Okey, jom ikut kami! Kita tawan Bukit Broga sama-sama! ?

Imej dari sumber

Tanyalah mana-mana pendaki tegar pun. Mereka mesti syorkan Bukit Broga untuk pendaki amatur. Tak susah sangat dan pastinya menawarkan pemandangan menarik untuk anda. Dah ramai pun pendaki amatur yang berjaya tawan Bukit Broga ni. Ada juga yang suka daki bukit ini sampai 3-4 kali taw.

Bagi anda yang merancang untuk memandu kereta ke sini, bolehlah letak kenderaan di kebun kelapa sawit ni. Kereta anda lebih selamat di sini berbanding di tepi jalan luar sana.

Tapi jangan lupa bayar duit parking ye. Eh! Jangan panik. RM2 je la. hehe.

Masa nak pergi tu kongsilah kereta dengan rakan-rakan. Jimat duit minyak, tol dan duit parking. Haha. ?

Imej dari sumber

Nak tengok matahari terbit!

Pemandangan matahari terbit kat puncak Broga ini sangat menenangkan kalbu. Hanya lebih kurang 40 minit pendakian untuk sampai ke puncak ini.

Tahap kesukaran tu hanya 1 per 5 je. Panorama indah di puncak Broga mampu buat anda tersenyum puas punya la!

Kebiasaanya, mereka yang berhajat untuk melihat matahari terbit di sini, akan mula berkumpul di kaki bukit sekitar jam 4.30 pagi. Pastinya kesesakan manusia akan berlaku terutamanya pada hujung minggu.

Imej dari sumber

Info tambahan

Di kaki bukit:

  • Pastikan anda memakai baju dan seluar yang sesuai. Kasut yang ada cengkaman. Sebaiknya, pakai kasut yang khas untuk hiking ye.

  • Mulakan sesi panaskan badan selama beberapa minit. Pastikan buat betul-betul taw. Nanti kalau kejang masa daki, akan jadi masalah.

  • Bawa lampu suluh, air dan makanan ringan seperti roti ye. Siapa yang tak biasa mungkin akan mudah mengah dan cepat lapar.

  • Bagi yang beragama Islam, bolehlah ambil wuduk siap-siap di bawah. Dekat atas takde tandas ye. Bawa juga alas atau surat khabar. Dan pakai pakaian yang tutup aurat. Senang nak solat di atas nanti. Kompas untuk penunjuk kiblat. Bila yakin masuk waktu nanti, dah boleh solat terus.
Imej dari sumber

Di puncak bukit:

  • Bukit Broga ada 3 puncak semuanya. Boleh je kalau nak pergi semua puncak tu pada hari yang sama. Tak lah jauh sangat. Ramai orang yang suka pergi ketiga-tiga puncak untuk tangkap gambar dan menikmati keindahan panorama yang mengasyikkan. ?

Masa Turun:

  • Setelah puas menikmati keindahan alam ciptaan Maha Esa, bolehlah mula beransur turun. Dengan perut yang lapar, mesti laju je bila nak turun tu.

  • Selalunya di kaki bukit akan ada beberapa gerai kecil yang jual makanan ringan, air kelapa, dan nasi lemak. Boleh pilih mana yang suka untuk isi perut yang kosong tu ye.

Nampak seronok kan? Memang pun. Jadi, bila nak pergi? ✌


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open