Bersantai Dalam Kehijauan Hutan Dengan Gaya Mewah

Bersantai Dalam Kehijauan Hutan Dengan Gaya Mewah

Share Artikel

Sesekali dapat bercuti dalam hutan pun seronok juga kan? Suasana yang lebih damai dan pastinya jauh dari kesibukan kota.

Dikelilingi dengan alam semulajadi yang menghijau, pastinya membuatkan anda berasa tenang dan aman.

Nikmati percutian gaya mewah anda bersama yang tersayang di Gerimis Senja Villa ini. Kawasannya yang luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, sesuai untuk anda yang ingin pergi bercuti bersama ahli keluarga yang ramai.

airbnbcom.sg
Imej dari sumber

Kalau anda merancang untuk berbulan madu di sini pun boleh. Tapi berani ke nak tinggal berdua sahaja dalam hutan tu? Kalau pergi ramai-ramai, tak lah rasa gerun sangat. Betul tak?

Vila ini bukan sekadar rumah perkampungan yang biasa-biasa taw. Walaupun terletak di kawasan hutan dan berbukit-bukau, vila di Hulu Langat ini pasti membuatkan percutian anda lebih menyeronokkan.

Hari-hari anda pasti akan dipenuhi dengan pemandangan dan alunan muzik semulajadi. Perghh! Pasti akan teruja punya lah!

airbnb.com.sg
Imej dari sumber

Kawasan vila yang seluas 3 ekar ini dilengkapi dengan 2 kamar tidur dan 2 bilik air. Turut dikelilingi pokok buah-buahan tempatan. Rasa macam pulang ke kampung halaman kan? Ada dusun keliling rumah pulak tu.

Beberapa kemudahan lain yang turut disediakan termasuklah televisyen, mesin basuh dan tab mandi untuk memberi keselesaan kepada penghuni vila ini.

airbnb.com.sg
Imej dari sumber

"Tak kan lah nak tonton TV setiap masa? Bosan lah nanti."

Eh! Nanti dulu. Kami belum habis cerita lagi ni.

Gerimis Senja Villa ini ada sediakan juga sebuah kolam renang (infinity pool) untuk pengunjung mereka. Anda bolehlah bermandi-manda bersama kawan-kawan atau ahli keluarga dalam kolam cantik ini.

azhafizah.com
Imej dari sumber

Perkhidmatan basikal sewa turut disediakan bagi anda yang ingin berbasikal bagi mengisi masa terluang yang ada.

Bagi anda yang kaki pancing tu, ada kolam ikan khas untuk anda. Bolehlah memancing puas-puas. Bila dah dapat hasilnya nanti, boleh buat santapan BBQ pula. Makan ramai-ramai mesti seronok kan.

Sebelum kami terlupa, ada maklumat tambahan untuk anda. Seperti yang kita sedia maklum, Hulu Langat begitu popular dengan beberapa lokasi tarikan untuk bersantai.

cuti.my
Imej dari sumber

Jadi, kalau anda menginap di Gerimis Senja Villa ini, jangan lepaskan peluang untuk untuk berkunjung ke Air Terjun Gabai, Sungai Congkak dan Kolam Air Panas ye.

Tak jauh pun. Hanya 15-20 minit pemanduan saja kalau dari vila ni.

Gerimis Senja Villa boleh memuatkan sehingga 10-15 tetamu pada satu-satu masa. Ini adalah untuk menjamin keselesaan anda juga. Harga bermula daripada RM1000 untuk satu malam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 017-2641602 dan 012-2122776 atau layari laman Facebook Gerimis Senja Villa.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open