Wanita Ini Berkongsi Pengalamannya Berkelana Selama 8 Hari Di Negara Matahari Terbit

Wanita Ini Berkongsi Pengalamannya Berkelana Selama 8 Hari Di Negara Matahari Terbit

Share Artikel

Konnichiwa! Hai semua! ?

Dalam entri kali ini, kami akan membawa anda terbang ke negara matahari terbit iaitu Jepun.

Terima kasih kepada Cik Dinie Hazirah yang sudi berkongsi pengalaman pengembaraan beliau ke Jepun baru-baru ini di laman Facebook.

Menurut beliau, percutian kali ini lebih ringkas dan rileks. Itinerari pun tidak terlalu padat dan pengembaraan ini hanya disertai oleh beliau dan dua orang lagi ahli kelurga beliau.

Nah, jemput baca!

Hari 1:

Perjalanan bermula dari Kansai Airport ke bandar Osaka. Dan kami mulakan sesi mencari guesthouse di Aikawa. Pada sebelah malamya pula, kami pusing-pusing di sekitar bandar Osaka dan Umeda Sky Building.

Hari 2:

Kami bergerak ke Hiroshima dengan menaiki Shinkasen. Kemudian, kami menaiki Japan Rail Train untuk ke Miyajima. Dengan adanya pas Japan Rail, kami boleh menaiki feri secara percuma dari Miyajima ke Miyajimaguchi. ?

Kami pusing-pusing di sekitar Hiroshima dengan menaiki bas percuma taw. Iaitu Hiroshima Sightseeing Bus. Kami menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat di Namaste Restaurant. Lokasi restoran ini terletak berdekatan dengan Hiroshima Station.

Mengikut perancangan, kami ingin singgah ke Namba sebelum pulang ke guesthouse, tapi masa tidak mengizinkan. Kami tiba di Osaka lebih kurang jam 9.00 malam dan kami buat keputusan untuk rehatkan diri setelah seharian bersiar-siar di bandar Hiroshima. ?

Hari 3:

Kami menggunakan perkhidmatan JR Loop Line menuju ke Kobe's Sannomiya Station. Setibanya di Kobe, kami membeli pas harian Kobe City Loop Bus Tour yang berharga 650 yen. Pas ini boleh dibeli semasa hendak menaiki bas tersebut.

Antara tempat yang kami pergi ialah Meriken Park, Motomachi Shopping Street dan Chinatown.  Semasa hendak menuju ke Kobe Mosque, kami turut singgah di Kitano Meister Garden untuk mencuci mata. ☺️

Usai solat, kami teruskan perjalanan ke Universal Studios Japan dan Hard Rock Cafe Osaka. Sebelum pulang ke guesthouse, kami berjalan-jalan ke Osaka Castle terlebih dulu. ?

Hari 4:

Kami pusing-pusing di bandar Osaka dan membeli-belah di Aeon. ?

Selesai membeli-belah, kami menaiki Shinkansen dari Osaka menuju ke Kyoto. Dan bergerak menuju ke Saga-Arashiyama Station menggunakan perkhidmatan Japan Rail Sagano Line.

Kami bersiar-siar di kawasan Arashiyama Bamboo Groove dan Togetsukyo Bridge. Juga sempat mencuci mata di sekitar bandar Kyoto dan bergambar di Kyoto Tower.

Hari ini kami pulang awal dan lepak-lepak di guesthouse saja.

Hari 5:

Sekali lagi, kami menaiki Shinkansen menuju ke Kyoto Station. Setibanya di Kyoto Station, kami menaiki pula Japan Rail Nara Line untuk sampai ke Inari Station. Dan berjalan menuju ke Fushimi Inari Shrine.

Seterusnya, kami singgah ke Gion District bagi mencari cenderamata untuk diberikan kepada ahli keluarga dan kenalan rapat di Malaysia.

Kami berhenti sebentar untuk makan tengah hari dan solat di Halal Ramen Gion Naritaya. Dan sambung perjalanan ke Tokyo Station dengan menaiki Shinkansen. Pada sebelah malam pula, kami keluar ronda-ronda di sekitar Uguisudani. ?

Hari 6:

Pada awal pagi, kami telah bergerak ke Sunshine City dan Tokyu Hands di Ikebukuro. Seperti biasa, mata kami akan tertumpu pada mana-mana kedai yang menjual cenderamata yang sesuai untuk dijadikan sebagai kenangan.

Kami membeli-belah di Takeshita Dori dan Omotesando Street. Oh ye! Ada sebuah kedai cenderamata murah taw di sini. Kedainya kecik saja dan terletak di bawah tangga. ?

Kemudian, kami pusing-pusing di sekitar kawasan Shinjuku. Dan balik ke guesthouse untuk mengisi perut yang kosong dan menunaikan solat.

Pada waktu petang, kami keluar bersiar-siar ke Shibuya dan menikmati makan malam di Little Kebab Station.

Hari 7:

Kami keluar awal untuk pergi ke Pallete Town. Mungkin sebab keluar awal sangat, jadi bila kami sampai ke sini, ia belum dibuka lagi. ? Berada di Pallete Town ni sangat menarik. Ada macam-macam nak dibuat dan banyak benda percuma taw.

Setelah puas bersuka-ria di Pallete Town, kami ke Divercity Tokyo Plaza pulak. Sempat menangkap gambar model kacak bersaiz besar ini. hehe. ✌

Kami berhenti di Akihabara untuk solat dan seterusnya ke Laox Main Store untuk sambung membeli-belah.

Dan kami menikmati makan malam di Star Kebab Akihabara. Kemudian, kami lepak-lepak sambil makan kacang berdekatan kawasan Tokyo Tower. Kami tak naik pun. ?

Hari 8:

Hari terakhir berada di Jepun. Kami dah nak balik Malaysia dah. Tapi sebelum tu, kami sempat singgah ke Ameyoko Shopping Street di Ueno. Cuci mata dan beli-belah lagi. ?

Di sekitar Ameyoko ini terdapat banyak kedai halal. Mudah bagi kita untuk menjamu selera. Dan untuk kali terakhirnya, kami menikmati hidangan tengah hari kami di Doner Kebab sebelum pulang ke tanah air. ?

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang berhajat untuk bercuti ke Jepun dalam masa terdekat ini.

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

.

p/s: Jom like FB Page kami untuk dapatkan lebih banyak info dan tips travel!

 

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open