Perkampungan Bambu Di Pinggir Kota Kuala Lumpur

Perkampungan Bambu Di Pinggir Kota Kuala Lumpur

Share Artikel

"Penatnya! Hari-hari fikir pasal kerja. Kerja. Dan kerja."

Biasalah tu. Urusan dunia ini memang tak kan pernah habis sampai bila-bila. Jadi, apa kata kami bawa anda berehat dan bersantai di perkampungan bambu di Kuala Lumpur ini.

"K.L? Tak nak lah.

Kalau nak bercuti, kenalah cari kawasan luar bandar. Baru lah boleh cari ketenangan."

Ha! Walaupun perkampungan ni terletak di bandar Kuala Lumpur, tapi anda pasti dapat berehat dengan tenang di sini. Bolehlah lupakan segala tekanan dan bebanan kerja untuk seketika.

Tak percaya?

Nah, jemput baca!

Bamboo Village Kuala Lumpur

Perkampungan ini telah dibangunkan oleh Tuan Mohd Ramadhan. Beliau merupakan seorang bekas kakitangan perbankan yang telah berkhidmat selama 24 tahun.

Akhirnya, pada tahun 2008, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mula mengusahakan perkampungan bambu ini. Lokasi ini dijaga rapi bagi mengekalkan keindahan flora dan faunanya.

Bilik penginapan yang disediakan di sini adalah berkonsepkan moden dan pastinya mampu memberikan keselesaan kepada para pengunjung.

Bambu yang digunakan di sini bukan yang biasa-biasa taw. Ia mampu menyerap haba pada siang hari dengan begitu baik sekali.

Jadi, anda akan berasa sejuk dan nyaman sahaja walaupun tanpa pendingin hawa. Menarik kan?

Bilik Penginapan

Terdapat pelbagai jenis bilik penginapan yang disediakan di sini. Jadi, pilihlah bilik penginapan yang bersesuaian dengan saiz ahli rombongan dan bajet anda.

p/s: Tempahan perlu dibuat melalui emel ni taw.

[email protected]

1. Bird of Paradise

Banglo ini boleh memuatkan seramai 12 orang. Dilengkapi dengan 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Dapur dan ruang tamu juga disediakan untuk kemudahan penghuni banglo ini. Oh ye! Loteng pun ada bagi mereka yang lebih suka tidur tanpa tilam.

Harga: RM 390/hari

2. Frog House

Kalau rumah ini, konsepnya lebih kurang seperti sebuah kotej. Reka bentuk rumahnya ala-ala gaya rumah petani Inggeris. Hanya mampu memuatkan seramai 5 orang sahaja.

Harga: RM120/hari

3. Eagle Nest

Rumah ini lebih kurang sama seperti Frog House. Tapi hanya boleh memuatkan sehingga 4 orang sahaja. Bilik mandi untuk penghuni rumah ini adalah di bahagian luar rumah ye.

Harga: RM 120/hari


Bagi anda yang berminat untuk menyumbang khidmat bakti di Bamboo Village ini, anda bolehlah berbuat demikian. Sukarelawan terlibat boleh tinggal di rumah buluh yang disediakan khas dengan harga RM 20.00 sehari. Dan hanya perlu bekerja 3-5 jam sehari sahaja.

Jika anda merancang untuk bekerja di sini lebih dari 7 hari, anda boleh tinggal di sini secara percuma sahaja. Para sukarelawan juga dibenarkan untuk memasak di dapur yang disediakan.

Lokasi Tarikan Berdekatan

Jungle Trekking (di bahagian belakang Bamboo Village)
Kolam Air Panas Sungai Serai (~15 minit berjalan kaki dari Bamboo Village)
Hutan Rekreasi Sungai Congkak (~20 minit pemanduan dari Bamboo Village)
Restoran Rimba Ikan Bakar (~15 minit berjalan kaki dari Bamboo Village)
Pasar Malam Taman Connaught (~20 minit pemanduan dari Bamboo Village)

Info tambahan:

Lokasi: Off Lorong Serai 4, Sungai Serai, Batu 11 43100 Hulu Langat, Selangor.
Tel: 019-2275620 / 016-2226424
Website: Bamboo Village
Facebook: Bamboo Village Kuala Lumpur
Emel: [email protected]

Apa lagi? Jomlah bercuti ke sini. Hilangkan segala kekusutan di kepala dan nikmati keindahan alam di Bamboo Village ini.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open