Backpacker Ini Kongsikan Tips Penting Sebelum Mulakan Pengembaraan

Backpacker Ini Kongsikan Tips Penting Sebelum Mulakan Pengembaraan

Share Artikel

Setiap kali nak travel, mesti kita harapkan sebuah pengembaraan yang sempurna kan? Tipulah kalau ada yang kata tak harap macam tu.

Hmm. Kalau ada barang yang tak cukup pun, boleh stres jadinya. ?

Jadi, kali ni, kami kongsikan perkara yang wajib anda tahu sebelum mulakan pengembaraan sebagai seorang backpacker. ?

Perkongsian tentang cara pack and unpack  ini  kami sunting khas dari blogspot Tuan Qayyum Sunawan untuk rujukan anda.

Waktu Packing

Menurut beliau, ini adalah cara yang beliau amalkan, sama ada travel dalam negara atau pun luar negara.

Mulakan sesi packing 2 hari sebelum trip atau paling lambat pun sehari sebelum trip. Biasalah, nak tunggu mood berjalan tu sampai.

Tak salah kalau nak kemas last-minute ni, tapi risiko tertinggal barang tu sangat-sangatlah besar ye. ?

? Barang-barang yang perlu di pack :

Baju, seluar dan pakaian dalam yang mencukupi. Walaupun anda amalkan konsep backpack, kebersihan ni wajib jaga ye. Bukan jaga untuk diri sendiri je, tapi keselesaan orang sekeliling kita jugak.

? Guna dua beg jaring yang berbeza: satu untuk baju dan satu untuk seluar dan pakaian dalam. Ini akan memudahkan untuk ambil masa nak guna nanti. ?

? Nak susun tu pun ada cara taw. Barang berat letak di bahagian tengah, barang ringan letak di bahagian bawah. Ini untuk elakkan bahu anda dari sakit dan lenguh.

Alatan mandi - Paling penting ubat gigi dan berus gigi. Pastikan mulut berbau segar setiap masa. Nanti orang tak nak berborak dengan kita pulak kalau mulut berbau busuk ni. ?

Pasport - Yang ni paling penting. Sebelum keluar rumah, pastikan ada dalam beg. Kalau rumah dengan KLIA tu dekat, boleh tahan lagi. Kalau jauh, nangis tepi penjuru KLIA la jawabnya.

Duit, kad debit dan kad kredit - Ini pun dalam kategori penting. Amalkan untuk selit duit MYR dalam raincover backpack untuk waktu-waktu kecemasan. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Jadi, sebaiknya, sediakan payung sebelum hujan. ?

Jurnal - Kalau anda kategori yang suka update pengembaraan dalam blog atau website, bawak la jurnal ni. Senang nak catat aktiviti seharian anda. Nanti tak lah pening kepala kalau nak recall kan.

Stokin - Wajib! Ni nak elakkan bau cagu. Lagi-lagi pulak kalau dah berjalan sehari suntuk.

Kamera - Mestilah kena bawak kan. Nak ambik momen-momen berharga masa travel ni. Barulah ada kenangan untuk tunjuk pada anak-cucu kan. Bawak Go-Pro dan smartphone pun dah memadai. ??

Perfume @ Deodoran - Jangan sampai orang tak nak kawan dengan kita sebab bau badan kita taw.

? Barang kurang penting, tapi boleh dibawa:

Earphone 

Pillow neck 

? Bagi pengguna i-phone, boleh la bawak pin untuk bukak tempat sim kad nanti ye.

? Kalau untuk backpacker wanita, mungkin panjang lagi kot list ni. hehe ✌️

Waktu Unpacking

Macam biasa la kan. Ada orang memang suka betul packing barang, tapi paling tak suka bila nak unpacking. Rata-rata lepas trip, mesti letih punyer kan.

Tapi, sebaik-baiknya, sampai je rumah, terus unpack. Terus basuh baju dan kemas barang. Bab penat tu, kita letak tepi dulu.

Selagi belum selesai unpack, selagi tu lah belum berakhir lagi trip kita tu. Jadi, cepat-cepat selesaikan semua. Lepas tu, rehatlah sepuas-puasnya ye.

? Nak senangkan kerja, basuh je semua pakaian tu. Tak kisah lah bersih atau kotor. Jadi, tak payah susah-susah nak pilih kan. haha ?

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

.

p/s: Jom like FB Page kami untuk dapatkan lebih banyak info dan tips travel!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open