Artikel ini disunting dari perkongsian Cik Nurul Azida. Pada bulan lepas dia telah travel ke Taiwan, The Heart of Asia.
Destinasi: Southwest Taiwan, Chiayi / Alishan, Tainan dan Kaohsiung
Tempoh: 8 hari 7 malam
Itinerary Travel Ke Taiwan
Berikut adalah itinerary pengembaraan Cik Azida selama 8H7M di Taiwan.
Hari Pertama
- Flight landing di Kaohsiung dalam pukul 1 petang.
- Dari airport ke railway station.
- Naik train ke Chiayi.
- Stay 2 malam di Chiayi.
Hari Kedua
- Awal pagi ambil bas naik ke Alishan @ Gunung Ali.
- Jalan bengkang-bengkok selama 2 jam.
- Untuk yang tak tahan better prepare untuk motion sickness.
- Seharian di Alishan, naik forest railway, jalan dalam hutan cypress dan relaks di sister pond.
Hari Ketiga
- Pusing-pusing Chiayi.
- Sewa E-bike di Chiayi Station - rate 200NTD/day.
- E-bike adalah electric scooter, tak perlu lesen apa-apa. Cuma prepare passport untuk dia snap gambar.
- Petang, ambil train ke Tainan.
- Stay 2 malam di Tainan.
Hari Keempat
- Pusing-pusing Tainan naik public bus.
- Boleh naik bas no 88 & 99 yang memang cover tourist spot.
- Ataupun, guna google maps pilih option bas/train, then bolehlah naik bas accordingly.
Hari Kelima
- Pusing-pusing Tainan lagi.
- This time, saya try public bicycle @ T-Bike - pusing-pusing area Anping.
- Petang, ambil train ke Kaohsiung.
- Stay 3 malam di Kaohsiung.
Hari Keenam
- Pusing-pusing Kaohsiung.
- Naik bas & public basikal (C-Bike).
- Malam naik Love River Cruise.
Hari Ketujuh
- Naik feri ke Cijin Island.
- Sewa basikal, pusing-pusing pulau.
- Malam ke Ruifeng Night Market.
Hari Kelapan
- Hari balik.
- Flight dari Kaohsiung airport pukul 1.30pm.
Tips Dan Panduan Travel Ke Taiwan
- Beli simkad Taiwan di airport.
Saya beli simkad Chunghwa Telecom, reception sangat bagus. Dekat atas gunung pun tiada masalah. Harga saya beli 500NTD untuk 7 hari dengan unlimited data. Lebih burang RM75 duit Malaysia. Selepas 7 hari masih ada ekstra 36 jam. - Restoran halal ada. Cuma tak banyak.
Dekat 7E pun agak susah nak cari makanan yang halal. Jadi kalau nak jalan-jalan, boleh standby maggi. Air panas senang nak dapat lebih-lebih lagi di kawasan awam. - Public transportation agak efisyen terutamanya train intercity.
Dari pengalaman saya, train di Taiwan sentiasa penuh. Ramai yang berdiri. Jadi kalau nak selesa elok book siap-siap untuk dapat tempat duduk. - Waktu Taiwan sama dengan Malaysia. Tak perlu adjust jam.
Cuma di Taiwan lebih cepat gelap dan cepat cerah. Pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 8 pagi di Malaysia. Pukul 6 petang pula dah gelap. Jadi sila rancang masa anda sebaiknya.
Hari pertama, saya book tiket train ke Chiayi. ETA dalam pukul 6 petang. Bila saya sampai hari dah gelap. Jadi agak susah sikit nak cari hotel.
Dari pengalaman itu, saya tukar tiket train ke Tainan dan tiket ke Kaohsiung supaya sampai sejam lebih awal.
Nak tukar tiket boleh buat di kaunter stesen. Cuma kalau tak silap, pertukaran kali pertama adalah percuma. Kali ke-2 mungkin dikenakan caj. - Beli EasyCard.
Saya beli dan deposit 100NTD. Bila perlu saya topup lagi.
EasyCard berguna untuk naik bas dan train. Malah E-Bike di Chiayi dan T-Bike di Tainan pun boleh bayar guna EasyCard. Selain itu, EasyCard juga berfungsi sebagai kad prepaid.
Boleh guna untuk beli barang di 7E dan kad ini tarikh tamat dia 20 tahun. - Penginapan di Taiwan agak mahal.
- Taiwanese sangat helpful.
Walaupun ada language barrier, tapi mereka masih nak tolong juga kita. Lagi-lagi bila nak tunjuk jalan. - Travel bulan 9, cuaca sangat panas atau bahang.
Untuk travel ke Taiwan, waktu paling ideal katanya bulan April (late spring) dan November (late autumn).
Jumlah perbelanjaan untuk trip ke Taiwan ini lebih kurang RM2000.
- Tiket Flight — RM600
- Pengangkutan — RM300
- Penginapan — RM730
- Makan — RM150
- Fee & Simkad — RM220
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang merancang untuk travel ke Taiwan. Share dengan kawan-kawan anda juga ya!
One comment on “Travel Ke Taiwan, The Heart of Asia”
Salam awk, simkad tu kalau pergi taiwan or mane2 luar negara memang kene beli ke?
- mimi (first timer going to travel to taiwan)