Travel Ke Taiwan 5H4M Dengan Budget RM1500

Share Artikel

Artikel ini disunting dari perkongsian oleh Aqilah Shah. Dia telah travel ke Taiwan 5H4M pada 14-18 Ogos 2017 berdua bersama seorang kawannya.


Currency Rate

1000: RM142.35
100: 14.235
0.14235

Travel Ke Taiwan

Flight Airasia, RM535 seorang without meal dan luggage. Insurance AXA, RM26.50. Wifi pula book di klook.com. Dapat RM11 sehari, sewa untuk 5 hari = RM55

Hotel di Taiwan

Taipei: RM307.50 / 2pax (RM153.75/pax)  : TWD2160

Hostel HERE X THERE, hotel ini lokasinya berdekatan Taipei Main Station.

Dari hostel ke station memang dekat. Tapi dari dalam station nak berjalan ke MRT airport ambil 30 minit berjalan dalam station sahaja!

Taipei main station sangat besar.  

Disarankan jika travel 4 orang, boleh ambil airport transfer, price range dari NT900-NT1000.

Hualien - RM153.738 / 2pax (RM76.90), TWD1080.

Pengangkutan di Taiwan

Sepanjang 5 hari di Taiwan, kami belanjakan RM223.

Kos ini termasuk untuk

  • Tiket train pergi balik ke Xincheng Taroko National Park. Harga tiket hanya NT311 one way.
  • Tiket one day pass MRT dan Maokong Gondola NT350.
  • Tiket MRT from and to Airport NT320 / two way.
  • Uber 550m, NT60~NT73.
  • Taxi start at NT70, 3km = NT150 / NT160.

Makanan di Taiwan

Sepanjang 5 hari di Taiwan, kami belanjakan NT1592.5 (RM226.70).

Kami makan makanan mahal. Sebenarnya bajet boleh dikurangkan lagi.

Sepanjang perjalanan kami makan di restoren Halal di Taipei. Semasa di Hualien sahaja kami beli makan vegetarian.

Semasa membeli makanan, kami sudah pastikan supaya makanan tidak diletakkan pork or lard. Kami minta tolong information centre di airport untuk translate kan.

Bila beli kami tunjuk sahaja pada orang kedai.

Selain itu, kami juga ada beberapa list perkataan Chinese, untuk ditunjukkan kepada mereka sebelum membeli apa-apa makanan.

Lain-Lain

Di sana kami ada beli beberapa souvenir NT450: RM64.05. Satu lagi kos pengangkutan dari Ipoh ke KLIA: RM65.

Sejujurnya, 5H4M tidak mencukupi jika flight sampai di Taiwan pukul 12 tengah hari. Sebab ½ hari kami habis di airport dan mencari hotel dan rehat sebab tak cukup tidur.

Mungkin patut ambil flight pagi subuh (jika ada), atau pergi  6H5M.

Depan Hotel. 
Depan Memorial Hall.
Sun Yat Sen Memorial Hall.
Chiang Kai Shek Memorial Hall.
Di hadapan Dongmen Station.
Pemandangan Di Taroko National Park.

Semoga Bermanfaat !


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

One comment on “Travel Ke Taiwan 5H4M Dengan Budget RM1500”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tagsfolder-open