Anda baru pertama kali nak travel ke Kundasang dan Kota Kinabalu? Perkongsian oleh Puan Mar Ziana ini mungkin boleh membantu anda. Lebih-lebih lagi jika anda baru pertama kali nak ke sana.
Puan Mar Ziana telah bercuti ke Kundasang dan Kota Kinabalu selama 4H3M bersama suaminya.
*Artikel ini telah disunting dari post asal Puan Mar Ziana.
Tips Travel Ke Kundasang & Kota Kinabalu, Sabah
- Ambil tiket flight ke sabah waktu pagi. Dari Pulau Pinang ke Kota kinabalu ambil masa 3 jam flight. Flight saya dari Pulau Pinang pukul 10.10pagi sampai sana pukul 01.00petang.
Sebab apa ambil flight pagi? Sebab bila sampai Sabah nak ke kundasang pula. Dari KK nak ke Kundasang ambil masa 2 jam. Di sana 06.30 dah Maghrib.
Elok rancang supaya sampai Kundasang sekijar jam 5 gitu untuk elak lalu jalan bukit bukau waktu hari dah gelap. Bila sampai awal, dalam perjalanan ke Kundasang anda boleh singah di Rumah Terbalik Sabah dan Jambatan Tamparuli. - Sila bawa sweater sebab angin di Kundasang memang sejuk. Saya terlupa bawa sweater. Langsung tak teringat nak bawa. Dekat dairy farm esok paginya angin kuat sangat. Memang sejuk bila tak pakai sweater.
- Di Kundasang sebaiknya menginap di Kinabalu Pine Resort. Terus request bilik view gunung. Waktu kami pergi tak dapat bilik view gunung. Esoknya awal-awal pagi lagi kami dah keluar bilik ke kawasan yang mengadap gunung dan sunrise.
Nak menginap di sini kena book awal sebab resort ini memang jadi tumpuan ramai, bilik memang cepat penuh.
Saya book direct di website resort ini. Rezeki saya dapat percuma makan malam dan sarapan. Bila check di booking.com, agoda semua kata bilik penuh.
Elok anda telefon resort terus bila nak book bilik. - Tolong bangun awal. Di sama subuh awal. Sunrise dalam pukul 06.00-06.15pagi. Bangun subuh, mandi terus siap pakai cantik-cantik terus. Bersiap untuk snap view macam dalam gambar saya.
- Bagi yang suka suasana sejuk dan view Kundasang, direkomen luangkan 2 malam di Kundasang. Rasa mengesal ambil semalam saja. Tak puas tengok view pagi sebab dapat tengok sehari saja.
- Pilih kereta yang CC tinggi dan pickup cepat supaya senang mendaki bukit masa nak ke Kundasang nanti. Saya pilih kereta Myvi. Memang terbaik.
Saya tak ambil kereta Saga sebab dari pengalaman, walaupun CC kereta sama kereta pickup lambat. Bunyi dia saja yang lebih. - Lepas dapat kereta sewa di airport, terus isi minyak siap-siap. Lepas ini nanti anda akan jalan naik bukit bukau. Kalau minyak habis jenuh nanti.
- Jika anda tak biasa hiking, elok tak payah pergi canopy walk di Poring. Nanti kena jalan lebih kurang 20-30minit juga untuk ke canopy walk. Dan kalau nak guna kamera kena bayar RM5.
Kalau anda pergi nak pergi juga canopy walk pastikan pakai kasut yang selesa. Saya tak tahu yang kita kena hiking dulu sebelum naik canopy walk. Sampai lepas dah balik rumah pun sakit peha tak lega lagi. - Rumah terbalik Sabah tak pergi pun tak apa kot. Tak ada apa pun dalam rumah terbalik ini. Pengunjung tak dibenarkan bergambar dalam rumah. Hanya boleh bergambar di luar rumah sahaja.
- Kalau rancang nak ke pulau, di Kota Kinabalu elok ambil hotel yang berdekatan Jetty Jesselton. Boleh jalan kaki saja dari hotel. Jarak jeti dengan Pasar Filipino dan Todak Waterfront tak jauh pun.
Untung ambil hotel dekat dengan jeti. Tak payah pening nak bawa kereta. Kereta pun tak perlu sewa dah. Untuk ke airport nanti guna Grab saja.
Saya cuma sewa kereta 2 hari saja. Itu pun untuk pergi dan balik Kundasang. - Sebelum ke pulau, kalau rancang nak buat aktiviti pulau macam naik parasailing, jetski, zipline, banana boat elok cuba pakej yang saya ambil.
Harga dia lebih murah dari kita ambil di pulau. Beza weyhh! Parasailing saya bayar RM160 saja untuk 2 orang berbanding kalau di pulau RM190. - Breakfast di hotel atau jeti sesiap sebelum island hopping. Boleh bungkus makanan dari kedai dekat jeti. Nanti boleh makan bila lapar di pulau. Air mineral pun beli sesiap dekat jeti. Dekat pulau nanti harga 2x ganda.
- Jika nak makan seafood, cuba makan di Todak Waterfront. Lokasi dia dekat dengan roundabout ikan todak. Ramai yang rekomen dan situ kedai dia dalam khemah banyak-banyak.
Hasil Google ramai yang rekomen gerai Haji Manja. - Sila simpan resit imigresen sabah. Nak kena bagi balik masa nak balik nanti.
Budget Travel
Ini kos untuk 2 orang travel ke Sabah selama 4 hari 3 malam dari Pulau Pinang.
- Tiket flight RM859.02 return termasuk luggage 20kg
- Sewa kereta Myvi 2 hari RM230
- Petrol RM46
- Kinabalu Pine Resort 1 malam RM250
- Tiket dairy farm RM5 / 1pax
- Rumah terbalik RM12 / 1pax
- Canopy walk RM3 / 1pax
- Nak masuk kena RM3 / 1pax.
- Kamera RM5 / 1pax. Guna 1 henfon saja kalau pergi ramai-ramai.
- Kira sekepala RM6 untuk tiket saja
- Hotel Oceania RM332.70 / 2malam
- Hotel tak dekat dengan jeti. Kena naik Grab untuk ke jeti dan pasar. Entah macam mana boleh silap pilih hotel.
- Kos Grab
- Hotel ke jeti RM6
- Hotel ke airport RM9
- 2 island + snorkelling RM55 / 1pax
- Parasailing RM160 / 2pax
- Total RM2059.72
Nota:
- Ini kos untuk 2 orang tidak termasuk makan dan souvenir.
- Saya beli tiket dan buat tempahan hotel Kundasang bulan April. Jadi tak rasa sangat keluar duit sekaligus. Mungkin sebab tempah hotel awal, itu yang dapat percuma makan malam di Kundasang.
- Ini pertama kali saya tempah hotel dapat makan malam percuma.
- Di Kundasang susah nak cari kedai untuk makan malam. Tapi tak payah risau, dekat hotel harga makan malam berpatutan.
Gambar Bercuti Di Kundasang & Kota Kinabalu, Sabah.































Follow Puan Mar Ziana di Facebook untuk baca perkongsian lain.
P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂
2 comments on “Ini Tips & Budget Travel Ke Kundasang & Kota Kinabalu 4H3M Bagi Anda Yang Pertama Kali Ke Sana.”
Salam akak boleh share ke whatsapp orang yang buat pakej snorkeling ke pulau tu?
snorkling di kundasang
harga?
masa?