Tips Masuk Hutan Ketika 'Period'

Share Artikel

Segan pula rasanya tulis artikel tentang pad wanita. Tapi kena tulis juga sebab isu pad wanita dibuang merata-rata dekat hutan ini sudah banyak kali berulang.

Sedih ada. Geram pun ada dengan kerenah orang yang macam ini.

Jika ada kawan-kawan anda yang period dan nak masuk hutan untuk hiking mahu pun trekking. Mohon ingatkan mereka untuk buat persiapan awal. Sediakan pad wanita, suratkhabar dan beg plastik.

Nak ganti suratkhabar itu dengan tisu pun boleh.

Apa Nak Buat Dengan Pad Itu?

Ini haa… Ikut langkah-langkah ini:

  1. Cuci darah pada pad elok-elok supaya bersih.
  2. Selepas cuci pad, perah pad tadi supaya beg tidak basah.
  3. Letak pad dalam beg plastik atau balut dengan suratkhabar.
  4. Simpan dalam beg dan buang selepas keluar dari hutan.
  5. Tidak disarankan taman pad dalam hutan. Dikhuatiri nanti akan digali oleh binatang liar.

Nota:

Jika tak ada air atau air tidak mencukupi.

  1. Balut pad dengan suratkhabar dan letak dalam plastik beg.
  2. Ikat dan simpan dalam beg.
  3. Buang selepas keluar dari hutan.

Penutup

Mudah sahajakan?

Kita masuk hutan sebab nak dekat dengan alam semulajadi. Mesti akan rasa lebih seronok bila tak terlihat sampah-sarap merata-rata.

Mohon kongsi artikel ini dekat wall anda. Moga mesej ini sampai kepada mereka. Ke arah memastikan pemandangan hutan yang lebih hijau.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tagsfolder-open