
Sabah merupakan sebuah negeri yang dianugerahi dengan keindahan alam yang cantik dan menakjubkan. Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi adalah daerah Ranau.
Ranau sangat terkenal dengan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau. Dan juga dikenali sebagai pengeluar sayur-sayuran tanah tinggi yang terbesar di sekitar Sabah. Wow!
Kami senaraikan 5 lokasi tarikan yang wajib anda singgah kalau anda pergi bercuti ke Ranau, Sabah.
1. Kundasang
Kundasang terkenal dalam kalangan pengunjung kerana pemandangan sekitarnya yang cantik. Ditambah pula dengan cuaca yang sejuk dan nyaman, pasti menjanjikan kenangan yang sukar untuk dilupakan. Di sini, anda berpeluang untuk melihat Gunung Kinabalu dengan jarak yang sangat dekat dan jelas. ?
Kinabalu Park

Kundasang dan Kinabalu Park memang tidak dapat dipisahkan. Di sinilah titik permulaan bagi mereka yang nak mendaki Gunung Kinabalu.
Kalau nak datang sekadar untuk bersiar-siar pun boleh. Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, dengan suhu yang sejuk, anda pasti teruja. Kinabalu Park adalah satu destinasi yang wajib anda lawati.
Kundasang War Memorial

Ini merupakan lokasi yang penuh bersejarah di Kundasang. Ia menceritakan segala pengorbanan askar-askar British dan Australia ketika Perang Dunia Kedua berlaku. Ini adalah bagi menghargai jasa mereka mempertahankan negara daripada serangan pihak Jepun pada ketika itu.
Ada 4 taman yang dibina di sini. Antaranya ialah British Garden dan Australian Garden. Setiap taman dihiasi mengikut tema tertentu mewakili nama taman tersebut.
2. Sabah Tea

Ini adalah satu-satunya ladang teh organik yang terdapat di Borneo dan mungkin juga di dunia. Walaupun suhu di sekitar Kundasang sangat sejuk, tapi suhu di ladang ini agak panas.
Pelawat yang berkunjung ke sini berpeluang untuk belajar dan cuba sendiri cara untuk memetik daun-daun teh. Kehijauan ladang teh ini pasti dapat merehatkan mata dan membuat hati kita tenang je.
Di ladang teh ini juga, anda boleh beriadah di Taman Rekreasi Sapaon atau mendaki Bukit Kamunsu untuk mengisi masa terluang.
Sebelum pulang, jangan lupa nikmati teh segar dari ladang ye. ☕️
3. Arnab Village

Perkampungan arnab ini sangat sesuai dan menarik bagi anda yang sukakan arnab. Tempat ini beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang pada setiap hari.
Ia terletak di Kg Purakagis, Ranau. Iaitu di antara pekan Kundasang dan Pekan Ranau.
Anda akan diberi peluang untuk memberi makan kepada arnab, bermain dan bergambar dengan hampir 100 ekor arnab daripada pelbagai baka taw.
Perkampungan arnab ini pasti mampu menceriakan lagi percutian anda sekeluarga. Mesti seronok rasanya dapat membelai dan bermanja dengan arnab yang comel-comel ni kan. ?
4. 'Tagal' Luanti

'Tagal' bermaksud tidak boleh memancing. Tujuan utama kata larangan itu adalah untuk memulihara alam untuk generasi akan datang.
Sungai yang jernih ini sangat popular dalam kalangan para pelancong. Di sini, anda berpeluang untuk alami sendiri pengalaman spa ikan.
Ratusan ikan kelah yang terdapat dalam sungai ini akan melakukan rawatan spa pada kaki anda. Menurut kata penduduk tempatan di sana, semua ikan kelah ini telah dilatih khas oleh orang-orang kampung untuk tujuan spa ikan ini.
Ikan kelah di sini sangat mesra dengan manusia. Jadi, sebaik saja anda masukkan kaki ke dalam sungai, ikan-ikan ini akan berpusu-pusu menuju kepada anda. Dan sedia buat rawatan spa kepada kaki anda.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini kalau nakkan kaki anda jadi lebih lembut nanti ye. ?
5. Poring Hot Spring

Kolam ini merupakan kawasan tadahan air panas semulajadi yang datangnya dari aliran air gunung berdekatan.
Destinasi ini memang tidak lekang dengan kunjungan orang untuk mandi-manda apatah lagi pada musim cuti sekolah. Jadi, sila datang awal untuk elakkan kesesakan ye.
Dalam entri sebelum ini, kami telah berkongsi cerita mengenai kolam air panas yang terletak di Ranau, Sabah ini.
Klik sini untuk baca lebih lanjut mengenai Poring Hot Springs ni. 🙂
P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂